3.11.12

:: BiLa c Tumpis Tak nak Makan ::


AssALamuaLaikum J
Happy weekend you all…
Dalam 2 tiga minggu kebelakangan ni My hero kecik ni a.k.a Pa’e susah sangat nak makan nasi.. Jenuh juga nak pujuk dia supaya makan, tapi tetap tak mau.. dah jadi macam iklan kat TV tu hah.. nak bagi anak makan, penat lah ke sana-kemari mengejar untuk suap nasi…hihi… nasib baik lah kan kalau dapat suap sesudu dua…J
Tapi aku rasa Pa’e ni dah tahap kritikal tak mau makan nasi… hari tu adalah bagi makan Scot’t Emulsion tu.. OK dalam seminggu je nak juga suap nasi, pastu balik kepada asal.. bila aku cakap “ Pa’e, makan nasi ya nak? “… keluar lah ayat dia yang biasa tu..”tak mau matan (makan) nasiiiii”… hah! Panjang lagi ayat dia tu…siap golek2 nangis tanda protes tak mau makan..isk..isk.. RISAU tau!
Macam ni lah gaya tak mau makan :(
Erm.. Ibu tau lah Ibu tak pandai masak nak:)..tapi sekurang-kurang nya aku cuba  juga masak apa yang dia suka..lauk mesti ada kuah-kuah macam Sup Ayam.. Sayur bening ke (org Sabah je kot tau ni)hehe.. Ikan masak singgang ke? reti lah juga aku masak… yang lain2 boleh jg masak tapi tak lah sepandai kawan2 blogger yang lain( kesian anak aku dapat ibu tak pandai masak J)hehe…
Baru2 ni adalah jalan2 ke GUARDIAN masa lunch time.. memang niat nak cari Vitamin utk Pa’e.. buat tambah selera makan.. belek punya belek beli lah CHAMPS Multivitamin Lysine Chewable-Orange flavour. 
Kalau tengok, 3 empat hari ni berselera juga Pa’e makan.. Minum susu pun kuat!..  dah pandai minta nak makan nasi..lapar kotJ
Paling best bangun pagi je minta makan nak breaksfeast..hihi.. Pandai dah minta buat MILO nak minum cecah biskut.. pagi2 makanan berat jarang nak mau… klu tidak sebelum ni penat suruh minum/makan pagi semua tak mau.. bangun2 dah ngadap mainan dia.. hehe.. Dah pandai minta nak makan vitamin dia tu “ibu, Pae nak makan mimin (vitamin) yang ada gambar gajah2 tu)…J
Harga?? lupa lah..hehe..
bangun pagi makan biskut ni..
kismis Minda pun Pa'e suka :)
ALHAMDULILLAH.. harap-harap berterusan lah selera makan dia ni.. risau juga, kang orang kata tak bagi anak makan ker?? Kurus je!.. badan je makin tinggi, besar nya tidak J

*Info: Lysine memang bagus utk selera makan kanak2*

WassALam ^_^

2.11.12

:: SeJenak FikirKan ::


AssAlamuaLaikum…

Salam pagi Jumaat.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..
Allah Maha Mengetahui..

"Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara"
Harap kita tidak terleka :)
sumber : FB

Sekadar berkongsi… Apa yang kita ada di Dunia ini hanya lah pinjaman semata..
Yang kekal Cuma AKHIRAT sana…

**Sama-sama lah kita memperbaiki diri.. (renungan buat diri sendiri & semua)**

WassALam ^_^

1.11.12

:: Jiwa Mudah TerseNtuh ::

AssaLaMuAlaikum...
Entry kali nak cerita tentang tuan punya blog plak :)
Dulu2 sebenar nya aku ni “hati keras” juga lah..hehe.. Mungkin disebabkan kesusahan hidup, so automatic hati tu kental… TABAH & KUAT  dengan semua dugaan.. betul apa?? hehe..
Aku rasa aku juga seorang yang amat berdikari masa dulu2.. boleh pergi belajar jauh2 (rentas Laut Cina Selatan tu) tinggalkan parents di kg.. walaupun sedih, tapi kaki tetap melangkah..membawa segunung harapan Mak & bapa… Very independent sebab di tempat orang semua keputusan kena buat sendiri.. tiada adik beradik @ Mak bapa yang boleh fikirkan utk aku.. seingat aku, aku pernah menangis sendiri masa tengah jalan kaki balik dari kuliah.. masa tu rasa nya berat sgt masalah.. air mata memang tak boleh dibendung.. dlm hati dah cuba pujuk “ jangan lah jatuh wahai air mata”..tapi terlerai jg…huhu..

Rindu zaman2 kampus..
Kenangan .. Pengalaman :)
TAPI itu lah reality kehidupan kan??? Semua itu mematang kan aku dan membuatkan aku seorang yang amat berdikari…tak suka mengharapkan orang lain selagi mampu buat semdiri :)
Cuma yang hairan, sekarang ni pula jiwa aku tersangat2 lah sensitive.. tambahan sejak bergelar IBU ni… memang senang sgt air mata nak mengalir… wahai jiwa, kuat lah engkau!
Kalau sekarang ni, tengok @ baca sesuatu yang memgusik jiwa (ceh! Ayat) pasti air mata tak segan2 tumpah.. tak kira lah depan org ke.. memang automatic!.. Lagilah kerja di Hospital..hari2 tengok orang sakit... dengan macam2 situasi... kritikal, nazak semua ada.. sedih you! :(
Belum lagi kalau Wad kanak-kanak, lagi aku tak sanggup tengok.. mau nangis!.. tak sanggup nak tengok kanak2 yang kena jarum sana-sini..  sakit macam2 dan kadang2 pelik.. Rasa tersentap jiwa!.. tak sanggup…tak sanggup tengok…
Bila tengok bayi yang dibuang lagilah menitis air mata..Tengok penderitaan Kanak-Kanak Palestin lagi lah aku tak sanggup :(

Tuan punya blog a.k.a Ibu Pa'e
Mungkin disebab kan dah bergelar IBU kot, tu yg rasa sensitive lg kuat kan?? Bila dah bergelar Ibu jg aku makin SAYANG pada wanita yang ku panggil “MAK”.. betul kata orang, selagi takde anak sendiri, kita tak akan faham erti pengorbanan seorang Ibu pada anaknya... Betapa besar jasa mereka… PENGORBANAN yg tiada nilai… 

**MAK, I Love YOU so Much**

WasSaLam ^_^