AssaLamualaikumJ
Salam pagi Isnin
kawan-kawan..
sekadar berkongsi dari apa yang aku baca dari Majalah Al-Ustaz
bagi mengisi hujung minggu ku…
Ibu adalah Insan mulia
bagi seorang anak.. Ibu & Ayah adalah contoh teladan terbaik anak-anak dan
oleh kerana itu, ibu bapa harus menekan kan soal akidah semenjak anak-anak itu
masih kecil…
Seorang Ibu pula adalah
berperanan dalam menanam Aqidah yang sahih dalam Jiwa anak-anak…
Terdapat beberap perkara
asas dalam pembinaan akidah yang sahih kepada anak-anak. Antaranya ialah:
- Menanam kan kalimah Tauhid kepada anak-anak, mendidik mereka memahami dan menghayati kalimah Tauhid.
- Berusaha mencintai Allah S.W.T dan merasa diawasi oleh-NYA, memohon pertolongan kepada Allah serta beriman kepada Qadak & Qadar.
- Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda.
- Mengajarkan Al-Quran kepada anak-anak
- Menanamkan akidah yang kuat dan kerelaaan berkorban demi akidah tersebut.
- Memastikan persekitaran yang soleh untuk tumbesaran anak-anak dan membimbing anak-anak untuk memilih sahabat yang baik & soleh.




