3.5.13

2.5.13

:: TQ Kak Hainom OKjer ::

AssaLamualaikum
Hadiah dari Kak Hainom OKjer dah selamat aku terima. Terima kasih banyak Kak. Lama tunggu hadiah ni baru selamat sampai ke tangan hari ini. Maklum jauh terbang nya dari Kuala Lumpur ke Lahad Datu, Sabah. Sebab musabab dapat hadiah ini ialah kerana menjadi pengomen lalok di blog beliau. Dah hari-hari terjah blog beliau, kalau tak kesana tak lengkap pula dunia blog i. Haha. Bukan apa, suka hiburkan hati bila ke blog beliau. Tulisan-tulisannya memang sempoi. Selalu buat aku tergelak bila baca. Ada sahaja idea Kak OKjer yang melucukan. 
Kak OKjer ni pun peramah tau. Memang terhibur lah kalau baca komen-komen beliau. Orang Johor asal Muar (betul kan Kak?). Sesiapa nak berkenalan dengan beliau, bolehlah terjah ke blog http://hainomokje.blogspot.com/.
wajah-wajah kebahagiaan OKje...
Comel-comel semuanya :)
Moga persahabatan alam maya ini berkekalan hingga akhirnya ye Kak. Happy dapat kenal akak di dunia blog ini. Moga kehidupan akak sentiasa diberkati Allah S.W.T. Salam persahabatan, ikhlas dari Bumi Sabah. 
WasSalaLam^_^

1.5.13

::Happy Labour Day 2013::

AssaLamualaikum
Selamat Hari Pekerja 2013. Hari ni bercuti dari kerja. Tapi kerja-kerja di rumah tidak bercuti ya. Hehe. Moga kita semua menjadi pekerja yang penuh dengan dedikasi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
sumber : google

Kerja juga merupakan satu ibadah. Kerja dengan ikhlas dan jujur. Rezeki yang diperolehi akan berkat. InsyaAllah!
WasSaLam^_^