3.6.13

::RE- Publish: Kesayangan Kami...

AssaLamuaLaikum....
Entry yang pernah dipublish sebelum ini pada 06/05/2011. Beberapa keping gambar Pa'e yang sempat di edit. Zaman-zaman baru belajar berblog. Dulu suka sangat edit gambar budak tumpis ni. Tapi sekarang masa dah kurang. Setakat snap gambar, transfer dalam lappy boleh lah. Suka sebenarnya bila melihat gambar-gambar anak sendiri ni kan? sejuk rasa hati. Damai rasa jiwa. Penghilang stress. 
Antara koleksi gambar yang menjadi kegemaranku. Terutama gambar dia tersenyum lebar tu. Lain benar rupanya masa tu. Rambut pun panjang je, rambut jatuh guna shampoo Anakku. Haha! Makin besar muka makin berubah. Alhamdulillah! Sekarang dah berumur 3 tahun 3 bulan. Semoga membesar menjadi anak yang soleh ya sayang..
WaSSaLam ^_^

2.6.13

::Uniknya Jalan - Extra berhati-hati..

AssaLamualaikum
Pernah lalu tak di jalan yang terlalu bengkang-bengkok? kekadang bila jalan terlalu banyak selekoh memang menakutkan. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku kan? Itu yang kena lebih berhati-hati. Contoh macam jalan di bawah :
picture:FB
Di Sabah pula, ada satu jalan juga yang digelar 'jalan ular'. Jalan Sapi Nangoh. Jalan ini boleh digunakan untuk ke Kota Kinabalu. Tapi dengar cerita memang kurang lah yang melalui jalan ni sebab terlalu berliku-liku. Kami pernah melalui jalan ini masa hendak ke Kota Marudu suatu ketika dulu. Itu lah pertama dan terakhir kami melalui jalan itu. Babah tak berani, apatah lagi kalau dia sorang je yang drive (maklum isteri  jadi penumpang shj, tak pandai drive.haha!).
Jalan Sapi Nangoh
credit picture : SINI
Jalan nya memang berliku-liku. Kena double berhati-hati. Tapi kat mana pun sebenarnya, kena lah pandu berhati-hati kan? Ingat orang tersayang :)
WasSaLam^_^

1.6.13

::Beloved Bongsu....

AssaLamualaikum
Sempena cuti sekolah ni adik bongsu ku datang lah melawat kami. Jarang sebenarnya dia menjejakkan kaki di bumi Lahad Datu ni. Maklum masih bersekolah di tingkatan 6 atas. Datang ke LD pun memang masa cuti sekolah je lah. Bila rindu dengan anak buahnya yang tumpis tu hanya tag gambar dia di FB. Haha! senang. Tengok je gambar-gambar di FB.
Babah Pa'e memang dah ajar dia dari kecil panggil mak saudara dia Mak Cu, Mak Ngah, Pak Lang & Pak Su. Budak tu pun dah terbiasa panggil macam itu. Pa'e memang rapat dengan semua adik-adik. Maklum seorang ini je lah anak saudara mereka. Anak saudara yang mereka manjakan. Adik bongsu ni  pula memang paling rapat dengan aku. Teringat masa dia kecil dulu masa tu dia umur 5 tahun kot, aku dapat sambung belajar di Kedah, sampai demam-demam dia teringatkan aku. Demam rindu! Tak sedar masa berlalu, sekarang ni dia dah 18 tahun. Dear sister, you still our beloved bongsu until the end! love!
WasSaLam^_^