12.12.13

:: Bila Pa'e Berpantun...

AssaLamualaikum
Budak tumpis rajin berpantun sekarang. Haha! 
Tiap hari ada je pantun yang kami dengar darinya. Pengaruh betul lah Upin Ipin ni. 
 Pantun 1 :
Dua tiga si kucing belang ,
Jangan tipu Jarjit Sing.

Pantun 2 :
Dua tiga ayam goreng,
kami nak tangkap Jarjit Sing.

Kalau ikut pantunnya memang berkisar tentang pantun Jarjit Sing dalam Upin Ipin tu. Haha! bangun pagi je dah berpantun. Aku dan babah memang tergelak kalau dengar.
Nah! Gambar budak yang suka berpantun. Haha! ada-ada je kan budak-budak ni.
WasSaLam^_^

11.12.13

::Maybank #LiveLifeAmplified Facebook Challenge ...

AssaLamualaikum
Dapat email ni dari pihak Nuffnang:

Time to #LiveLifeAmplified!
Dear Nuffnanger,

You have been invited to take part in
 “Maybank #LiveLifeAmplified Facebook Challenge” and stand a chance to win a brand new iPad Mini with Wi-Fi 16GB! 

Register now and tell us what could help amplify your life, then spread the love of Maybank 2 Cards to your friends and family. The more people you refer, the more points you will earn and the higher chance for you to win the prize!
Hurry! Contest ends 31 December 2013, so visit www.facebook.com/Maybank. For Terms and conditions, click here for more info.
Cheers,
Anne Cheah
Community, Manager
Nuffnang Sdn. Bhd.

** Best juga kalau menang ni. Harapan mungkin lah nipis, tapi tak salah untuk mencuba kan? Sesiapa yang nak join, sila lah klik link berkenaan.
WasSaLam^_^

:: Random Picture Pa'e - 7...

AssaLamualaikum
Gambar budak tumpis bertandang lagi. Hihi! sabar lah nak, memang Ibu suka letak gambar-gambar awak kat sini. Besar nanti tengok lah sendiri ya. Jangan marah Ibu sudah lah. :
Versi tayang gigi.
Mak Su bagi kotak pensel. 
Dalam ada patung2 Ultraman, Jadinya kemana-mana dibawanya:)
Shopping Teh Boh:)
Muka penat & blur!
Pengaruh Upin Ipin pada budak tumpis ni memang kuat. Sekarang ni kan bila aku tegur dia, suruh mandi ker apa pandai psiko Ibu balik. Kalau dah dua tiga kali tak mau, last-last di jawabnya "Ye lah Intan Payung". Haha! Ibu ni dipanggil Intan Payung. Adoi! Memang nak marah pun tak jadi. Kihkih!
WasSaLam^_^