31.10.16

Tahniah KEDAH - Rindu jelapang padi

Assalamualaikum. Saja nak ucap tahniah pada sahabat-sahabat blogger Kedah. Sapa orang Kedah?? haha! Che sayang Kedah. Kedah dekat dihatiku. Terbayang-bayang suasana sawah padi yang terbentang luas. Penuh kehijauan. Tahun 1999-2006, aku menghabiskan waktu di Kedah. Sintok, Chang Lun, Jitra, Alor Setar, Ayer Hitam dan Sungai Petani tempat menimba ilmu, bekerja sementara dan melepak. 2007 balik ke Sabah, berbakti disini plak. Satu Kedah dah ronda. Sahabat-sahabat baik ramai dari Kedah. Rindunya! Entah bila dapat kesana lagi.
Tengok perlawanan akhir semalam dengan si abang Pae. Dia siap tanya, "Ibu, kita nak sokong yang baju merah kah Kuning ni?". Haha! Ibu bagitau dia. Sokonglah yang mana-mana abang Pae suka. Apapun untuk pasukan Selangor, TAHNIAH juga untuk anda. Kalah dan menang adat pertandingan. 

30.10.16

Sarapan ala kadar..

Selamat berhari minggu. Bila hujung minggu layan anak tekak lah. Versi sarapan pagi ala kadar. Nasi goreng ikan bilis selalu jadi kesukaan abang Pae. Minum dengan Teh O kosong. Hehe. Kuih tu breakfast kat kedai sementara tunggu majlis graduasi abang Pae bermula. Minum dengan Nescafe dan Horlick susu suam. Jadi lah untuk alas perut. Alhamdulillah! Jumpa lagi you all.

27.10.16

Cari Bahagia Dalam Diri mu..

AssaLamualaikum.
Sekadar berkongsi. Carilah kebahagiaan dari dalam diri kita sendiri. Pasti hidup akan lebih bermakna. Jangan pernah bandingkan hidup kita dengan orang lain.
**Banyak yang aku belajar dalam hidup ini. Dengan memerhati sekeliling. Betapa bernasib baiknya aku, walau serba sederhana. Betapa banyak nikmat yang telah Allah berikan. Apa lagi yang aku mahu? Malu pada diri. Malu pada Allah! Azam untuk perbaiki diri dari masa ke semasa. Kurangkan mengeluh.
Sekian.