21.9.12

**Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur**


Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.


Indahnya kejadian Hawa....

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

penyayang, pengasih...

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Bersyukur lah kerana bergelar wanita...

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
Kredit to : penpatah.blogspot.com.

Related Posts:

  • Sekeping gambar si Abang Pa'e.. AssaLamualaikum Masih berkisar cerita di Pulau. Kali kedua bawa budak ini cuti-cuti di Pulau-pulau sekitar Semporna. Si abang ni semangat nak mandi … Read More
  • Ibu, telan abang Pa'e kah? :) AssaLamualaikum Soalan-soalan dibawah adalah lebih kurang soalan abang Pae. Memang tergelak dibuatnya. Dia siap tanya " sebelum ibu lahirkan aban… Read More
  • Ceria si Tumpis.. AssaLamualaikum Dah nak masuk 4 tahun bulan Februari nanti. Dah makin panjang akal budak sorang ni. Ada sahaja karenah yang menggelikan hati. Tak ku… Read More
  • Abang Pa'e dah kaya, banyak duit :) Salam Jumaat yang barokah. Cerita tentang si abang Pa'e yang dah semakin membesar. Dah tahu nilai duit, tapi berbelanja memang tak pandai langsung. … Read More
  • :: Irshad & BFF.... AssaLamualaikum Pa'e kalau jumpa dengan abg Azim (anak pegawai kami) ni memang tak berenggang. Cuma kekadang pandai plak gaduh bila dah lama sangat … Read More

0 comments:

Post a Comment

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..