25.7.17

Ada yang RINDU abg Pae tak??

AssaLamualaikum. Ada yang rindu abang Pae tak?? haha! perasan lah ko Pae ramai peminat. Last update beberapa bulan lalu, rasanya my bujang tu masih Tadika 6 tahun. Sekarang sudah darjah 1 di sekolah kebangsaan. Alam persekolan yang mencabar pada mulanya. Haha! banyak dugaan masa dia mula masuk darjah 1. Dekat sebulan jugak on off kejap mau sekolah, kejap tak mau! Haha! Ibu ni lah yang pening masa tu. Hari-hari pujuk. hadoi! Babah masih di Sibu, Sarawak dapat cuti 1 minggu sahaja untuk temankan dia awal-awal sekolah tu. Tak mau sekolah konon cikgu garang dan ada kawan jahat. Haha! budak-budak.
Sekarang dah semangat sekolah, mungkin dah ramai kawan. Cikgu pun baik-baik. Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Berkejar juga pagi-pagi. Haha!
Sebelah petang balik sekolah, pergi mengaji. Dah semakin biasa dengan rutin itu:)
Sehari sebelum raya. Rambut raya lah konon! 
Inilah antara koleksi gambar terbarunya. Dah makin susah nak suruh dia posing, mintak maaflah memang non hado. Haha! ini jugalah gambar sepanjang raya. Limited edition. Salam sayang dari abang Pae buat semua. Jumpa lagi.

18 comments:

  1. Auntie rindu dgn abg pae' 😍
    Ibu jer yg tak nak update blog kan abg pae..
    Wah dah semakin hensem dia 😙

    Rajin2 gi sekolah ye..😊

    ReplyDelete
  2. rindu nak baca cerita abg pa'e, makin ensem tu...dah seronok pergi sekolah tu oklah kan, risau juga bila anak2 tak mahu le sekolah ni kan.

    ReplyDelete
  3. Babah jauh abg Pae la bff mama..sekarang babah dah sebumbung..Pae dengan babah sama2 jaga mama..happy together till Jannah..amin...acik PC rindu abg Pae tau..belajar sungguh2 bukan kerana mahu no 1 tapi kerana Allah dan ibadah.

    ReplyDelete
  4. nsb lah fren ngn mak nya kt fb, ada jgk lah kadang3 cite psl abg pae kan...
    nampak dh bsr betul abg pae, pandai bergaya dh

    ReplyDelete
  5. nampak soleh je abg pae ni..kawan dengan kawan yg baik2 ye abg pae..

    ReplyDelete
  6. Bergaya Abang Pae. Patutlah ramai peminat :)

    ReplyDelete
  7. WAH MAKIN HENSEM ABANG PAE ANAK SOLEH MAMA ATIE

    ReplyDelete
  8. segak jugak dia. terutama dgn baju melayu. itu baru darjah satu.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam kak. Lamanya tak nampak akak beronline. hehe. tulah selalu dulu citer pasal abg pae kan ;D

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi rabu atie

    Anak atie dah masuk darjah 1 ya

    Kejap je usia anak dah 7 tahun kan. Kesian budak zaman sekarang ni

    Silibus darjah satu pun dah melalut susah

    Selak helaian buku mereka

    Budak darjah satu dah kena belajar tahap yang tinggi

    Bukan belajar abc lagi dah

    Semoga anak atie boleh berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat

    Dan semoga atie dan suami dapat jadi ibu dan ayah yang OHSEM

    ReplyDelete
  11. Ada iras2 pelakon Adi Putra. Handsome dah besar nanti ni.

    ReplyDelete
  12. hahaha budak2 macam tu lah kan. mula masuk sekolah je drama bersiri. bila dah jumpa geng, dah biasa, suka la gi sekolah.

    ReplyDelete
  13. Makin ensem la abg pae ni..
    Sekejap je da darjah 1 kan..
    Skg da nak masuk bulan 8, tak lama lg abg pae darjah 2..
    Cepatnya masa berlalu..
    Semoga rajin pegi sekolah ye abg pae..

    ReplyDelete
  14. Hai abg Pae, selamat berkenalan,moga jadi ank yg soleh yea.

    Wah serious sangat muka tu nape?kontrol macho ek, hihi

    ReplyDelete
  15. Handsome nya abg law. Umur berapa Tu? Budak2 lelaki mmg gitu kot. Syafi pn susah nak suruh bergambo

    ReplyDelete
  16. da makin beso dia malu nak posing2 kot hehe..

    ReplyDelete
  17. wahhh!lama tak dengar citer abang Paei, awat hensem sangat ni, macam tak percaya baru darjah1 :)...selamat kembali menulis atie.

    ReplyDelete
  18. Dah semakin tinggi abang Pae...muka pun dah jadi semakin bujur...

    Budak lelaki biasalah Atie, manalah suka bergambar tambah lagilah bila dah semakin besar

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..