14 Jul 2017

Pasar Gantung, Tawau musnah dalam kebakaran

Assalamualaikum. Berita sedih bagi warga Tawau pagi tadi. Tempat membeli ole-ole paling famous di Tawau musnah dalam kebakaran awal subuh hari ini. Dikenali sebagai Pasar Gantung, tempat ini memang menjadi tumpuan warga Tawau mahupun para pelancong yang datang. Di sinilah tempat untuk membeli segala macam kain batik, baju, segala jenis perhiasan rumah yang berasaskan kraftangan, mutiara, kerongsang dan pelbagai lagi. Sedih, moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik nantinya.
Dari kecil aku membesar di Tawau dan tempat ini selalu aku kunjungi. Sahabat-sahabat dari serata tempat juga pasti kesini jika menjejakkan kaki ke bumi Tawau. Salam Takziah pada semua peniaga dan keluarga yang terlibat. Moga ada hikmah disebalik kejadian.
Kredit gambar : Tawau

13 comments:

  1. Alahai...kesiannya..SA baru bercadang nak ke Tawau nanti sebab tau destinasi membeli belah mmg popular...

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah...PC yang tengok gambar ni sayu rasa...yang tengok sendiri depan mata pasti berganda rasa kesedihan dihati...sabarlah...pasti Allah sediakan ganjarannya yang sangat luar biasa..

    ReplyDelete
  3. Sedihnya..
    Semoga mereka redha dan semoga Allah menggantikan dengan sesuatu yg lebih baik..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah. Mesti terasa jugak kan Atiey nak2 tempat yang selalu kita pergi.

    ReplyDelete
  5. SEDIHNYA..SALAM TAKZIAH KPD YG TRLIBAT MOGA BRSABAR N TABAH DGN UJIAN-NYA

    ReplyDelete
  6. Setiap yang berlau pasti ada hikmahnya

    Semoga bersabar dan teruskan hidup

    ReplyDelete
  7. Allahu..moga Allah memberikan rezeki yang lebih baik buat mereka nanti

    ReplyDelete
  8. Salam takziah, moga segera ada bantuan dari mana2 pihak berkuasa.
    Litar pintas ke?

    ReplyDelete
  9. Salam takziah, moga segera ada bantuan dari mana2 pihak berkuasa.
    Litar pintas ke?

    ReplyDelete
  10. Takziah buat mrk yg terlibat..
    Kesian mrk ye atie..
    Semoga mendapat rahmat yg lebih baik..

    ReplyDelete
  11. Kasihannya. Moga mereka tabah dengan dugaan ini.

    ReplyDelete
  12. Salam takziah kpd semua mangsa yg terlibat. Mestilah sedihkan Atie....tempat dari kecik kita tengok. Moga Allah gantikan dgn yg lebih baik hendaknya.

    ReplyDelete
  13. allahuakhbar.. sempat singgah sini hujung tahun lepas. ya rabbi takziah untuk mangsa. insyallah Allah akan ganti dgn yang lebih baik..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..