15.3.13

:: Waktu SHOLAT, Aura Warna & Hikmahnya::

AsSaLamualaikum
Terjumpa info di SINI. Kaitan antara waktu sholat, warna, pengaruh dan hikmah nya pada tubuh badan kita. Tersangat besar kebaikan bila kita mematuhi perintah Allah S.W.T yang satu ini. 
**Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

**Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

**Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur lah tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

*Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

**Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Sholat tiang agama. Aku pun masih memperbaiki diri dari masa ke semasa. Sedang cuba untuk selalu awal kan sholat bila masuk waktu. Sedang cuba memperbaiki bacaan-bacaan surah dalam sholat. Sedang cuba untuk tidak lalai dalam melaksanakan perintah Allah. Ya Allah! semoga kita TIDAK tergolong dalam kategori orang-orang yang lalai. Amin! 
WasSaLam^_^

19 comments:

  1. info yg sgt2 bagus atie..tq

    ReplyDelete
  2. Islam itu lengkap,dari segala sudut.

    ReplyDelete
  3. Wahh.. baru tau info nih.. :D thanx sis ^^

    ReplyDelete
  4. thanks atie berkongsi ilmu ini...

    ReplyDelete
  5. Samalah kita atiey.....sedang cuba untuk memperbaiki diri sendiri..Tq share

    ReplyDelete
  6. Insya Allah, sama-sama kita perbaiki solat :)

    ReplyDelete
  7. TQ Atie ...moga kita sentiasa diberikan hidayah untuk terus memperbaiki solat

    ReplyDelete
  8. menarik. good sharing sis. harap dpt dijadikan panduan. :)

    ReplyDelete
  9. atie..info yg sangat bagus...thx for sharing..

    ReplyDelete
  10. Nice sharing Atiey...sangat bermanfaat buat kita...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian ini atie. Saya dulu pernah buat satu research berkaitan kecemerlangan diri dan solat, banyak sangat kehebatan solat yang telah di study oleh mereka2 bukan islam dari sudut sains. Insya Allah bila berkesempatan nanti saya pun ingin berkongsi.

    ReplyDelete
  12. setiap benda/perkara yg dijadikanNYA..ada manafaatnya utk kita

    ReplyDelete
  13. lagi satu,org kata bgn lewat(tak solat subuh la tu) payah rezeki...mmg betul la dgn kenyataan diatas,kan..

    ReplyDelete
  14. perkongsian yg bagus.selama ni tak terfikir plak kaitan warna dengan solat..sungguh Islam itu indah..:)

    ReplyDelete
  15. Salam atie...mmg Allah tidak jadikan sesuatu itu dgn sia2 kan..tiap ssst ade hikmahnya tu...

    ReplyDelete
  16. menarik la info ni.,..sambil baca duk bayang suasana setiap waktu tu hehe

    ReplyDelete
  17. gud info atie..
    dapat juga ilmu dari sini..tq atie..

    ReplyDelete
  18. Gud info. Baru tau

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..