29.12.13

::Semua Naik! Apa yang Turun??

AssaLamualaikum
Erm! sana-sini kita dengar tentang kenaikan pelbagai harga. Kita sebagai rakyat biasa nampaknya kena redha jak lah! Nak buat macam mana. Sabor je lah den! Apa yang penting sekarang ni macam mana kita nak mengharungi tahun-tahun hadapan dengan beban kos hidup yang makin meningkat. 
Kena fikir langkah berjimat-cermat. Di antaranya:

1. Ubah cara anda berfikir mengenai Wang
2. Kawal perbelanjaan anda dan keluarga
3. Tambahkan pendapatan sampingan
4. Kurangkan kehendak, utamakan keperluan
5. Tambah ilmu pengurusan wang

Tips dari : Dr Wan Shah Razali

Bagi kami yang berada di Sabah ni kenaikan harga tol & tambang LRT tu kami tak terlibat lah ya! Sebab sini tiada tol & LRT. Cuma kesian juga kat kawan-kawan di Bumi Semenanjung. Memang kena bayar tol kan. Maunya tempat laluan pergi dan balik kerja. Sabar je lah kome. Harapnya pihak bertanggung jawab akan mengkaji semula segala kenaikan yang berlaku (ada ker yang nak baca?) haha!
WasSALam^_^

18 comments:

  1. Bukan nak cakap apa. Gaji dalam 2k, hidup di KL. PArking paling murah RM7 satu kali masuk. Minyak kalau naik motor, seminggu boleh cecah 30 - 50 ringgit. Apatah lagi orang macam saya yang selalu kena jadi runner. Makan tengahari dari 7-10 ringgit. Pagi saya tak makan luar, makan biskut dan air je sebelum turun ke ofis. Malam makan je apa yang ada di rumah. Sewa rumah lagi. Saya dah abeh berjimat dah... pakaian 2 tahun sekali pun belum tentu ada yang baru, kalau ada pun pakaian baru untuk raya. Motor kereta nak kena maintenance dan servis. Kalau nak suruh saya buat part time malam or jual burger ke apa, kerja saya kena stand by 24 jam. acaner? Sedeyh...

    ReplyDelete
  2. tolonglah kak.. sy sedih betull bila pikir pasal kenaikan harga brg ni.. sobs.. sobs.. nak jimat celah mana dah taktau dah.. yang dok bg tips bagai tu depa kaya.. boleh lah nak bg tips bagai.. mujurlah sy buat keputusan pindah.. kalau dok bandor.. entah apa lah nasib.. maaflah hati ini tak boleh nak redha.. T___T

    p/s : sedih pulak baca luahan en khamsi abdullah.. sangat2 betul..

    ReplyDelete
  3. Bila tengok semua naik tuh rasa risau plak nak balik nanti...ntah2 tak dptnya nak nyimpan duit...mungkin kena begitu berhemah dalam berbelanja..inshaallah

    ReplyDelete
  4. yups atie,poning orang2 semenanjung dok pikiaq tang kenaikkan harga ni 。◕‿◕。

    ReplyDelete
  5. Salam atie,
    Kt sini rata2 pkerja buruh kutip smpah, pemotong rumput, basic pay nya rm 900. Depa hidup juga mcm org lain. Anak brsekolah juga.
    Stuju dgn atie ckp, utamakan keperluan. Kemahuan tolak tepi dahulu
    Insyaallah d permudahkan perbelanjaannya nnti

    ReplyDelete
  6. aduiii...nasib sabah teda tol...mati katak juga..sy yang cuma 2 hari drive di kl pon terasa beban tol..apatah lagi yang hari2 kena lalu jalan tu untuk kerja.huh!

    Saya paling tak suka kenaikan astro...mentang2 la pedalaman cam keningau ni kalau x pakai astro, susah mo dapat siara..haish!

    Kerajaan pun kena kurangkan kos berbelanja..lebih2 lagi bab event2 keramaian!

    ReplyDelete
  7. ramai mengharap gaji naik kak.. hehe..

    ReplyDelete
  8. geram sangat dengan begitu banyak kenaikan harga di sana sini. saya baru je beli susu anak petang tadi. sudah naik harga RM8 untuk satu tin. Sebulan anak minum 3.5 tin. So banyaklah tu naiknya. Itu baru bab susu, bab lain-lain tak tahulah lagi sebab belum pegi belanja lagi.

    Lagi geram dengan jawapan bijak pandai menteri2 tu semua. Kalau tak suka dot dot dot, sila pindah ke dot dot dot. Aduhaiiii... sedih dengar jawapan tu.

    ReplyDelete
  9. kos hidup semakin tinggi..semua barang terus naik....

    ReplyDelete
  10. kesian rakyat marhean yg jadi mangsa..

    ReplyDelete
  11. semua nak naik...gaji gak yg tak naik...betul tu Atiey..utamakan keperluan dari kehendak..

    ReplyDelete
  12. Hurmmm... Entahla Atiey. Sedih fikirkan tentang tu semua. Nak tak nak kena susun strategi untuk jimat berbelanja.

    ReplyDelete
  13. Bercakap memang senang sebab diaorang gaji besar...x habis nak guna..kami yg peringkat bawah & sederhana..memang sakit dari segala segi.. huhu

    ReplyDelete
  14. Betullah Atie ...semuanya naik, kesian kulingku... nampaknya kena kurangkan makan luar ni OKje ni Atie oii...

    ReplyDelete
  15. semua dah naik....semakin tinggi kos hidup..
    kena berjimat..kena menabung...kena kurangkan makan kat luar....haihhhhhhh...

    ReplyDelete
  16. salam...berkunjung ke sini...naik belaka..gaji naik pon x ada guna juga sebab bila naik gaji brg pon turut naik...acaner nak nyimpan

    ReplyDelete
  17. Sedih bila fikir pasal brg naik ni...semua naik..gaji x naik2.. Lepas ni mkn nasi dgn ikan bilis goreng sos je lah..hukhuk...

    ReplyDelete
  18. Adui memang sedih sangat dengan semua kenaikan menjelang 2014 ni..ape yang boleh buat,resha dan tabah je lah rasanya..huhuu..hadapi dengan tenang..insyaALLAH segalanya akan dipermudahkan..Amin!

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..