15.3.14

Petua untuk Kebersihan Rumah

AssaLamualaikum
Salam hujung minggu you all! Mesti hari ini dan esok adalah hari untuk membersih dan mengemas rumah. Maklumlah, bagi yang bekerja hujung minggu inilah kesempatan tu baru ada. Mana tau bolehlah guna petua-petua dibawah ini dalam proses mengemas rumah:)
Kuasa Kopi Menghilangkan Bau Tandas:

Mungkin tidak ramai yang tahu khasiat hampas kopi bukan?
Kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Mengembalikan Seri Lantai Marmar

Bagi mengembalikan seri lantai marmar, ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan permukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Cicak Anti Kulit Telur Ayam
 
Sekiranya ingin mengelakkan keadaan ini daripada berterusan, anda boleh cuba elakkan kehadiran cicak tersebut menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi dengan mineral  kulit telur ayam. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membasuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari . Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz lima atau sepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod menggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang anda ingin elakkan daripada di kunjungi cicak. 
SumberImpiana

Selamat mencuba. Moga memberi manfaat.
WasSaLam^_^

22 comments:

  1. nice sharing dear, pertama kali singgah.. nak follow tapi tak tahu kenapa blogspot ada masalah ke...

    ReplyDelete
  2. mau cuba semua....
    dan kebetulan cik pon akan berpindah ke rumah baru nanti...Sonang lah cik guna pakai tips ne.....tq kak atie....

    ReplyDelete
  3. Akak pun ada masalah cicak tu Atie.. boleh akak cuba ni.. tq sharing ;)

    ReplyDelete
  4. menarik juga petua ni..esp yg no 1..tp kt rumah ni takde kopi..tak minum kopi.hehe

    ReplyDelete
  5. menarik petua ni... boleh cuba terutamanye no.3 tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Pertama kali dengar petua ni.....tq share
    baru tahu cicak pun ada alergik kan :D

    ReplyDelete
  7. banyak petua nya ni Atie..kalo part kopi tu, tak da nak cari hampas, SB minum nescafe lorrhhh...tapi kulit telur banyak kat dapur, pasni boleh la SB tabur atau lekat kat siling pasal rumah kita banyak cicakkkkk...

    ReplyDelete
  8. nice sharing atie..memang mencari petua nak musnahkan cicak2 yang dok merayap kat rumah... hehe
    thanks atie...

    ReplyDelete
  9. wah!nice sharing kak atie..berguna nih...happy weekend.. :D

    ReplyDelete
  10. part kulit telur tu best.. boleh buat hiasan.. letak kaler sikit pas tu framekan. waduh.... mesti lawa...

    ReplyDelete
  11. Yang petua pertama tuh mcm nak cuba jugak atie...tapi yg cicak tuh rs was2 sket sbb pernah bc kat blog rakan yg kulit telur takleh letak merata2 sbb ianya makanan jin..takutlah jugak..hhuhuh

    ReplyDelete
  12. bagus ni, mesra alam dan mesra bajet, I loike tapi umah kami lantai laminat, bukan marmar and cicak pun tiada di sini, tapi yang pertama tu boleh la nak cuba nnt.

    ReplyDelete
  13. wuuuu,manfaat ni alhamdulillah ... nnti tunjuk kat mak In. hehe

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atie..kongsikan disini
    nak kena beli kopi ni..dirumah acik jarang sangat beli kopi.

    ReplyDelete
  15. TIPS YANG BERGUNA NI.. TAK TERCAPAI DEK AKALKU.. :)

    ReplyDelete
  16. guna bhn semulajadi je kan kak.. cikna plg suka kulit telur tu sebab cikna paling tak suka cicak.. geli.. grrrrr.. bolehla cuba tips ni.. tenkiu kak..

    ReplyDelete
  17. wahhhhhh syok nya dia punya tips. boleh simpan dan guna nie!!!

    ReplyDelete
  18. Nice sharing, Atie... Boleh gunapakai kat rumah nanti ni.. ^__^

    ReplyDelete
  19. kalau rajin semuanya bolehr...

    ReplyDelete
  20. Bagus petua petua tu Atie...nk cubalah....
    cantiknya rumah tu Atie...

    ReplyDelete
  21. wah pestime ni tau cicak arlergik telur..mau mencuba lah tips ni nti..tq ya aTie

    ReplyDelete
  22. nice sharing.
    cntik berkilat rumah tu.sukanya

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..