AssaLamualaikum
Berkongsi info tentang keburukan menahan kencing. Mesti ada diantara kita yang pernah buat kan? Tahan atas sebab sengaja atau tahan di atas sebab-sebab yang tertentu. Apapun banyak keburukan bila kita selalu menahan kencing.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir. SUMBER : SINI
Moga memberi manfaat pada kita semua. WasSalam^_^
Salam Atiey....pernah juga menahan kencing tapi mmg tak disengajakan. Thanks for the info :)
ReplyDeleteinfo yg baik.akak kalau tahan kencing jap je pun mesti jadi sakit kat bhgian bwh rahim
ReplyDeletesalam kak...emmm...kdg2 saye pun thn buang air kencing....tp..bila keadaan tertentu je. x selalu. kalau selalu parah. apa2 pun thanks for info.
ReplyDeleteKakak ni kan Atie kadang tahan juga lagi-lagi kalau masa busy. Rasa macam kejap lagilah tapi lama-lama bila dah tak tahan baru pergi. Memang tak baik tapi itulah bila tak nampak depan mata risikonya jadi lupa seketika..
ReplyDeletejarang tahan kencing sbb minum air byk sgt he3
ReplyDeleteThanks berkongsi info nie atie...sy jenis tak suka tahan2 kencing nie..heheh ..tp anak bujang tuh suka sangat dia tahan kencing..sehari pun dlm 3 kali sahaja pegi tandas..kalo bangun pg bukannya dia nak sibuk2 cr tandas..risau jugak tuh..
ReplyDeleteAkak pun suka tahan kencing Atie.. hendaknya tengah memandu.. aduh.. smpi rumah lagi lah tak menyempat nak ke tandas.. berkejaran hahaha.. anak2 pun tahu.. ni mama dah sesak nak kencing lah tu..
ReplyDeleteHari ni akak dapat ilmu baru dari Atie.. Tq kongsi ilmu yg bermanfaat ni..
selalu kalo tahan waktu tengah tido la atie..adoi memang malas sungguh nak bangun..rela menahan sampai pagi..
ReplyDeleteBatu karang kak tahan kencing.. huhu :)
ReplyDeletealhamdulilah kira masih normal. kalau minum banyak duduk dalam ekon ofis memang rasa nak terkucil je huuu
ReplyDeletekasyah suka tahan kencing kat sekolah sb die takut nak ckp dgn cikgu..geram betul.. pdhl dah pesan kat die dah...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteThanks berkongsi info nie =)
trima kasih untuk info yg berguna nie :-)
ReplyDeleteNak masuk tido tu yang tahan sebab tak nak terjaga lepas kena air :), tahu batu karang, sekarang tahu lebih dari info atiey ni, tq.
ReplyDeletepernah jugak tahan kencing ni...
ReplyDeletenice sharing
tahan kencing dalam keadaan tertentu..selalu juga buat..
ReplyDeletegood info atie..
seksa sebenarnya bila terpaksa menahan kencing ni ...
ReplyDeleteMmg bahaya pun... Boleh rosakkan buah pinggang gak lama-lama..
ReplyDeletethanks share kak atie..pernah gak terbaca pasal ni..niesa dulu masa kat poli mmg sll tahan kencing sbb takut nk g toilet..hahaha..biasalah duduk asrama kan..
ReplyDeletemasa kecik dulu...ada tahan kencing...lepas tu kena jenis kencing tak puas...terpaksa g klinik ambil ubat...paling tak boleh nk terima...tahan kencing bila time jem...bagai nak rak menahan...hehehe
ReplyDeletebahaya kan.
ReplyDeleteperingatan bersama
thanks sis berkongsi ilmu
Terlupa nak kira berapa lali membuang....takut jugakkan Atie kalau kita terlebih kencing....sah sah ada masalah moga dijauhkan.
ReplyDeleteTp okje kalau nk tido mesti nk kencingkan jugak walaupun tak terasa....Kalau tak rasa tak selesa !
Bahaya tahan kencing ni... tapi ada keadaan yang buatkan kita terpaksa tahan jugak... i.e kalau tengah drive, pastu jem plak & xde tempat terdekat nak berenti... memang terpaksa tahan... nrl ada jugak camtu...
ReplyDelete