30.9.14

Musim Haji-Rindu Baitullah!

AssaLamualaikum
Musim Haji tiba lagi. Rindu panggilan Baitullah. Sukar digambarkan perasaan itu. 
Walaupun belum pernah sampai ke sana.
Bila dengar lagu ini memang rasa hati terpanggil-panggil. Moga Allah mendengar doa-doa kita semua untuk menjejak kaki ke Tanah Suci. Amin!
\
Teringat. Sedikit ralat. Tapi aku tau mungkin ada hikmah semuanya. Allah maha mengetahui. Tahun 2011 ada dapat offer dari company untuk mengerjakan haji. Perbelanjaan ditanggung. Tapi aku tolak masa itu, sebab Tumpis belum sampai setahun dan ada lagi beberapa masalah peribadi. 
Mental pun belum bersedia, sebab dapat offer tiba-tiba. 
Mungkin Allah merencanakan yang lebih baik. Aku percaya itu.
WasSaLam^_^

Ini sahaja??

AssaLamualaikum
Jam 7.10minit dah sampai office. Sarapan apa pagi ini? Aku ni sarapan ikut mood. Kadang makanan berat, kadang ini sahaja. Tapi kurus nya tidak. 
Mimpi lah nak dapat 45kg seperti zaman-zaman anak dara dulu. Haha! 
Suka sebenarnya dengan Oat Krunch (Dark Chocolate) tu. Dari pertama rasa terus jatuh cinta. Banyak khasiat Oat terutama dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah. So, ini adalah kudapan kegemaran dikala senggang. Dalam beg mesti ada. Boleh kunyah di masa lapar. Hihi! 
WasSaLam^_^

29.9.14

UPSR-Paper Ulangan. Moga Berlapang Dada..

AssaLamualaikum
Esok anak-anak yang UPSR akan mengulangi paper Bahasa Inggeris dan Sains. Dilaksanakan serentak seluruh negara. Moga anak-anak dapat melaluinya dengan lapang dada. Ramai kawan-kawan mengadu, anak mereka down lepas dikatakan dua kertas tersebut bocor. Nak belajar pun dah malas. Ditambah lagi dengan subjek Matematik pun bocor. adoi! Kesian anak-anak.
Apapun moga berjaya mengharunginya. Ayat-ayat di atas yang paling memberi makna. Belum tau semua dapat melaluinya. Ya Allah! moga dipermudahkan 'perjalanan' kita nanti.
WasSaLam^_^

Ibu Punya Superhero!

AssaLamualaikum
Selamat bekerja pada yang bekerja hari ini. Selamat menjalankan tugas-tugas harian bagi yang berada di rumah. Biasalah Isnin, mood masih suam-suam kuku. Haha! Idea pun masih terpendam (kononlah, kalau ada idea, haha). So, layan gambar Tumpis lah pagi-pagi ni:
Koleksi topeng superhero si Tumpis. Ini kalau ikutkan nak tambah lagi. Wajib beli kalau dia ternampak dimana-mana kedai. Haha! kedekut pun ia, jangan harap orang lain boleh sentuh topeng-topeng dia ni. Kedekut! haha! Dia jaga dengan baik tau topeng ni. 
Lepas main mesti dia simpan elok-elok.
WasSaLam^_^

27.9.14

Edisi Kudapan Sabtu & Ahad :)

AssaLamualaikum
Cerita makan yang simple dihujung minggu lepas. Kalau rajin datang, maka adalah makan-makan dihujung minggu. Hehe! Kalau tidak, makanlah nasi putih, sayur dan ikan goreng (itu tahap bila malas melampau) haha!. Weekend baru ini, memang sedikit rajin sebab dah siap beli bahan Jumaat petang tu. Mulanya nak belajar masak LAKSAM tapi tak jadi sebab tak jumpa Daun Kesum dan Bunga Kantan. Adoi! sini memang susah nak jumpa dua bahan ni. Selalu sangat kehabisan. Fikir punya fikir, akhirnya buat Sanggar Pappek.
Resepi Sanggar Pappek ada di SINI.
Minum plak dengan Teh Tarik Halia. En kuling yang buatkan. Bangun je tidur dah ada teh tarik. Seronoknya. Haha! (dasar isteri kurang rajin). Buah Naga pemberian jiran. Sedap lah makan buat pencuci mulut. Alhamdulillah, semuanya rezeki dihujung minggu.
*Weekend ni tak tahu nak makan apa pula?? hehe!
WasSaLam^_^

26.9.14

Bawal AJ - New Release Aidil Adha

AssaLamualaikum
Korang minat tak dengan tudung bawal Aidijuma? aduh! semenjak pandai 'berbawal' semula ni makin menjadi-jadi plak perangai aku nak beli tudung Aj ni. Haha! addict lah! teringat plak zaman study dulu memang pandai pakai tudung bawal jak lah. Sekarang ni, pilihan tudung pun dah pelbagai tu yang banyak pilihan. Salah satunya Bawal Aidijuma. 
Yang ini akan release esok 27/09/14 sempena Hari Raya Aidil Adha (Black Label). Waduh! memang cantik-cantik semua. Tak tahu nak buat pilihan. Rambang mata jadinya. Haha! Dah mula buat koleksi tapi takut tak terpakai semuanya nanti. Adoi! atie oi, control nafsu tu. Haha!
WasSaLam^_^

25.9.14

Agar-agar & Kek Bertingkek-Tingkek

AssaLamualaikum
Saja nak abadikan di blog picisan ku ini. 
Kek-kek dan agar-agar yang dibuat sempena majlis akikah si Tumpis suatu ketika dulu. 
Eh! belum plak sharing cerita itu disini. Nantilah ya. Hehe!
Ini sebahagian kek dan agar-agar yang disajikan kepada para jemputan. Ada lagi beberapa kek buah dan manisan yang tak sempat nak ambil gambar. Maklum sibuk, tak ingat dah. Hehe!
WasSaLam^_^

FAKTA: Peristiwa Kanak-Kanak diserang Binatang Liar

AssaLamualaikum
Mesti kawan-kawan dah baca tentang berita seorang bayi 8 bulan yang digigit biawak beberapa hari lepas di Pulau Tioman. Hanya ditinggalkan sebentar oleh ibunya di dapur, last-last biawak datang gigit. Isk! Amat mengerikan. Betul-betul malang tak berbau.
Fakta bergambar tentang kes kanak-kanak yang diserang binatang liar. 
Jarang berlaku, tapi ianya juga perlu diambil perhatian. 
Berhati-hati sentiasa, awasi anak-anak kita terutamanya bila melawat kemana-mana.
WasSaLam^_^

24.9.14

Tak Tahu Nak Salahkan Siapa??

AssaLamualaikum
Tak tahu nak salahkan siapa sebenarnya bila perkara-perkara begini terjadi pada anak kita. Aku tak salahkan sangat orang lain, cuma rasa ralat tu tetap berbekas di hati. Bagi aku senang, kalau dah tahu tahap kenakalan anak kita, maka pandai-pandai lah kita sebagai ibu bapa memantau. Sebab? tak mahulah sebab anak kita, anak orang lain yang menjadi mangsa keadaan. Dua hari sebelum kejadian ini, tangan dia luka juga calar (dalam tau). Di tolak juga then jatuh.
Ini kepala Tumpis. Minggu lepas punya cerita sebenarnya. Sekarang, Alhamdulilah dah sembuh. Al-kisahnya, Pa'e main-main di luar rumah. Then dia kata ada kawan tolak dia sampai jatuh. Jatuh plak atas bucu batu. Mau tak risau, baju tidur dia habis basah dengan darah. Ya Allah! aku tengok, terus menjerit panggil En Kuling hantar pergi Emergency, Hospital. Ingatkan kena jahit, last-last sampai hospital depa cuci (bengkak) dan balut sahaja. Tak perlu jahit katanya. Yang tumpis ni dah ketakutan, tak mahu jahit kepala. Masuk Emergency pun, dok pegang tangan aku tak mau lepas. 
Takut! Sabor jak lah. Sedih tau!
*Pengajaran: Aku bukan Ibu yang sempurna, mungkin anak aku juga nakal. Tapi aku sedaya upaya jaga anak aku, aku TAK MAHU sebab anak aku, anak orang lain tercedera*
WasSaLam^_^

Salad Buah+ Makaroni..

AssaLamualaikum
Aku sebenarnya confuse sebab salad buah yang selalu kami makan rupanya memang begini. Mungkin juga ada versi lain di Sabah ini. Itu aku tak pasti, sebab korang faham jak lah aku ni memang failed bab-bab masak dan segala menu bagai ni. Haha!
Tu yang aku pelik bila tengok komen dari kengkawan blogger ni. Ingatkan semua orang tau nak buat salad buah ni ( ataupun ala-ala salad). Haha! Kalau ikut memang senang nak buat, simple dan cepat. Aku memang lah suka buat, sebab Tumpis suka makan. Kira kesukaan dia juga. Sekadar nak share disini boleh lah, kot-kot ada kengkawan nak cuba jugak (ada ker?) :

Bahan-bahan: (semua main agak sendiri)
1. Makaroni (selalu aku guna San Remo)
2. Susu Creamer
3. Mayonis
4. Buah-buahan Tin (boleh juga guna buah segar-di potong dadu/hiris)
5.*Boleh tambah hirisan cheese chesdale bagi sesiapa yang suka (salad akan lemak berkrim)
Cara-Cara:
1. Rebus makaroni sampai korang rasa masak lah..hehe (dalam 7@8minit lah lebih kurang)
2. Bila dah masak, campurkan semua bahan susu, mayonis & buah-buahan tin. Masukkan juga sedikit air buah dari buahan tin tu, supaya sedikit cair. Kalau suka pekat tak perlulah tambah air. Ikut suka hati nak letak mayonis & susu tu sesedap rasa. Kalau suka manis, letak lebih lah. Kalau tak, tak perlu lah banyak susu. Gaul hingga sekata.
3. Sejukkan dalm peti ais. Bila dan sejuk, bolehlah makan:)
Gambar ulang tayang. Inilah hasilnya.
Selamat mencuba!

23.9.14

Lawak Petang 25

AssaLamualaikum
Petang-petang ni memang suka nak buat lawak. 
Sebab majoriti mengantuk. Haha! betul tak? 
1. Ada berani nak bagi tunjuk kat suami?? hahaha! pengsan depa!
hah! en abang kalau berani, boleh lah cuba kan?
2. hahaha! yang ini memang tak boleh tahan. Kang tak pasal-pasal kena sebiji penampar!
Tak berani den nak cuba. Kihkih.
WasSALam^_^ 

Sistem yang Slow. Den yang Poning!

AssaLamualaikum
Maka bermula lah rutinku dan kawan-kawan untuk meronda di Klinik Pakar setiap pagi. Sebab: terlalu banyak aduan yang diterima. Sistem slow!! patient banyak. Masa menunggu terlalu lama. adui! apa nak buat. Dah pening nak explain dengan user. Dah penat nak bagi auta. Haha!
Google
So, sejak seminggu ni orang-orang yang berkaitan mulalah mencari sebab dan musabab. Yang kami ni ditugaskan untuk memantau. Yang mencari penyebab orang-orang yang mahir tentang database lah. Bukan kami. Kami hanya kuli-kuli biasa. Haha! Mungkin juga server dan tua, dah menjangkau 10 tahun sistem ini digunakan sejak ianya mula bermula (2004). 
Mungkin juga dah minta ganti baru. Semuanya mungkin!
*So, aktiviti BW mungkin lewat sedikit lah, masa rehat pukul 1.00pm @ petang*
WasSaLam^_^

22.9.14

Soyfresh Hershey's..Pernah Rasa??

AssaLamualaikum
Petang-petang biasalah, ngantuk pastu lapar balik walaupun dah lunch. Haha! Asyik nak mengunyah dan minum jak. Pergi kedai kat bawah opis ni dan beli minuman kotak Soyfresh Hershey's. Wah! memang lemak dan sedap. Terus mata rasa segar. Korang pernah cuba tak? 
Aku beli yang perisa Mocha.
Satu lagi perisa coklat. Nanti baru  nak cuba:)
Kat kedai hospital ni biasalah mahal sikit. Tempat lain mungkin murah sikit. Sini RM1.80 sekotak. Korang kalau nak rasa, cuba lah. Hehe!
WasSaLam^_^

The Versatile Blogger Award

AssaLamualaikum
Dah selalu sangat kena tag. Tapi jarang nak join. Tahap kemalasan melampau. Minta Maaf No. Haha! Tapi hari ini rajin tetiba teringat ada kena tag dengan Kak Sura dan Cik Nor. TQ sebab sudi tag!
Untuk tidak menghampakan mereka, maka aku cuba lah ya:
Rules:
1) Thank the person who nominated you
2)Provide a link to the person's blog
3)write 7 Facts about yourself.

7 Fakta tentang Ibu Pa'e @ Tumpis:
1. Asal Tawau, bekerja di Lahad Datu Sabah tapi berkhawin dengan orang Melaka (En Yusof)
2. Ibu kepada tumpis a.k.a Muhammad Irshad Rifae (kenal tak? hehe)-belum ada rezeki nak memberi dia adik. Doakan ya!
3. Masa sekolah dulu pemalu sangat, tak glamour. Haha! tapi bila dah belajar jauh, sikit-sikit dah OK dan dah boleh berhadapan dengan apa-apa pun situasi. Strong person. InsyaAllah!
4. Suka warna Ungu & coklat (banyak sangat koleksi baju & tudung warna ni)
5. Sahabat & teman-teman suka meluahkan masalah kat aku, entah kenapa??
6. Aku plak tak suka sangat kongsi masalah dengan orang. Selalu pendam sendiri sahaja. Duka atau gembira memang orang takkan tahu. Sebab? aku seorang yang happy go lucky. 
Kanak-kanak ribena. Haha!
7. Tak pandai sangat masak! hahaha! ( sabor lah en Kuling & Pa'e)

*OK dah kot, kan Kak Sura & Cik Nor? boleh lah kan. Suka-suka tapi dapat juga kita mengenali antara sesama sahabat blogger. Tak tag siapa-siapa, nak join boleh saja ya.
WasSaLam^_^

20.9.14

Melayan Bos Kecik

AssaLamualaikum
Salam Sabtu semua. 
Dok buat apa tu? Ada plan ker? Nampak nya kami berkampung di rumah hari ini. Melayan si bos kecik. Siapa lagi kalau bukan Tumpis tu. Bangun pagi terus minta nak makan nasi goreng Planta. Lepas makan nasi, minta salad buah pula. Nasib baik dah buat siap-siap. Haha! banyak request Tumpis ni. Layankan sahaja lah, nak manja-manja dengan Ibu waktu weekend jak pun. Huhu. 
Bah, jumpa lagi! 
WasSaLam^_^

19.9.14

Kenangan Tumpis di Rumah Nenek Aji

AssaLamualaikum
Cerita basi tapi tetap nak cerita disini. Haha! sabar lah kome ya. Kisah tumpis di rumah nenek aji dia (kg Jus, Selandar Melaka). Tumpis panggil nenek sana 'nenek aji' (nenek hajjah). Suka Pa'e kalau balik sana. Kalau boleh nak balik selalu. Apo nak buek, jauh bebenor. 
Kena naik belon baru sampai. Haha!
Rumah nenek aji yang di rindui. InsyaAllah tahun depan jumpa lagi. 
Nyaman cuaca dipagi hari. Sejuk!
Suka dia main buaian. Tiap pagi bangun tidur terus ke sini :)
Buaian yang mengingatkan aku pada masa kecil ku. Sekarang dah jarang nak jumpa, kan?
Pokok Mangga dan rambutan. Masa ni dah tinggal sikit, tapi sempatlah juga kami anak beranak merasa. Alhamdulillah! Pa'e pegi petik sendiri rambutan tu, sebab rendang jak pokoknya.
Mangga! tiap petang duduk bawah beranda makan mangga ni. Nyum, manis!
Bila balik kampung, seminggu memang tak cukup masa. Tak cukup masa nak menziarahi sanak- saudara. Nak melawat tempat-tempat menarik. Memang tak best kalau cuti tak banyak. Apapun tetap bersyukur dapat jumpa MIL, melihat beliau masih sihat dan gembira dengan kepulangan kami. 
Itu sudah cukup bermakna.
WasSaLam^_^

18.9.14

Seni Si Tocang Rambut

AssaLamualaikum
Teringat dulu zaman kecil-kecil, rambut panjang. Mak & kakak-kakak sepupu suka tocangkan rambut aku. Maklum masa kecil dulu, aku suka simpan rambut panjang. Bila pergi sekolah mesti tocang rambut. Kalau tak pun ikat dua. Hehe! Lepas tu mak suka sapukan minyak kelapa. Rambut memang lebat dan hitam lah. Tak pernah rambut pendek. 
Tak silap dah lepas dari Universiti baru pandai pendek kan rambut.
Cantik kan? suka tengok! :)
Unik nya! macam mana ntah dia buat:)
Yang ini siap ada bunga:)
Kreatif cara mereka tocangkan rambut. Berseni gitu. 
Tak sabar nak ada anak perempuan, boleh tocangkan rambut dia. Haha! (angan-angan dulu).
Sekarang ni masalah keguguran rambut berleluasa. Tensen kekadang. 
Faktor umur & persekitaran mungkin mempengaruhi kan?
WasSaLam^_^

17.9.14

Surat Cinta Anak Zaman Sekarang:)

AssaLamualaikum
Senyum sendiri bila baca ayat-ayat dalam gambar ini.
Punya parah anak-anak zaman sekarang (bukan semua lah).
Aku jadi cuak & sedikit gentar.
Ya lah! macam manalah nanti zaman membesar si tumpis tu. Makin besar cabaran.
Yang ibu bapa ni lah kena bekerja lebih keras agar anak-anak tidak tersasar.
1. Cuba baca ayat-ayat yang ditulis. Adoi! sangat-sangat merisaukan. 
Dari manalah belajar semua ni. Huhu!
2. Kecil-kecil dah pandai bersayang-sayang kan? ber 'B' segala. Haha! yang aku zaman bercinta dulu nak panggil sayang pun agak sedikit janggal. haha! sabor jak lah!

*Bukan maksud mengaibkan, cuma mungkin kita boleh belajar dari anak-anak ini. Ya Allah! moga Allah mempermudahkan urusan kita dalam mendidik anak-anak. Moga diberi kesabaran dan kekuatan. Sebenarnya aku takut dengan cabaran membesarkan anak zaman ini. 
Banyak yang aku fikirkan*!
WasSaLam^_^

16.9.14

Selamat Hari Malaysia 2014

AssaLamualaikum
Selamat Menyambut Hari Malaysia you all. Semua tengah bercuti hari ini kan? seronok menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.
Moga keamanan yang kita kecapi akan kekal sampai bila-bila. Hidup di Malaysia negara yang berbilang kaum dan harmoni.
Sentiasa ingat "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Sayang Malaysia selamanya.
WasSaLam^_^

15.9.14

Balik KG JUS Melaka 2014- Flight Asyik Delay

AssaLamualaikum
Baru ada masa nak menaip kisah balik kampung kami ( Jasin, Melaka) pada 20hb-28hb Jun 2014 lalu. Punya malas nak update, hah! entry basi lah jawabnya. Sabor lah kome membaca ya. Haha! Kami bertolak dari Tawau pada 20hb/06/14. Sepatutnya Flight jam 6.50pm. 
Las-last tunda sampai ke pukul 7.50pm. 
Memang tensen kalau flight tunda ni, sebab kami dah terpacak kat airport tu seawal 5.00pm.
Wajah-wajah kebosanan di waiting room. 
Tumpis tu sampai baring-baring minum susu, hampir tertidur kepenatan.
Lega bila dah ada atas kapal terbang. Tunggu nak terbang:)
Sempat lagi selfie tiga beranak. Tengok lah bibir tumpis tu. 
Mencebik tak tentu pasal. Haha!
Ingatkan kisah flight delay berakhir disini, tapi rupanya masa nak balik ke Sabah pun pada 28hb June 2014 tu lambat lagi. Ya Allah! memang dugaan, patut bertolak dari KLIA2 pukul 3.50pm last-last ditunda lagi ke jam 5.00pm. 
Dah macam ayam berak kapur jak menunggu kat aiport tu. Haha! Sabar jak lah!
WasSALam^_^

14.9.14

13.9.14

Sabtu- Jemputan Kenduri Khawin Adik Pengasuh Si Tumpis

AssaLamualaikum
Korang buat apa hari ini? Keluarga kecil ku insyaAllah akan menghadirkan diri ke majlis khawin adik kepada pengasuh si Tumpis. Tak pergi kang apa plak kata mereka. Lagipun dah kenal sangat dengan mak mereka. Plannya akan pergi sebelah tengah hari, sebab petang jam 4.00pm nanti En Kuling kerja. Harapnya Tumpis duk diam-diam lah ke majlis ini nanti. Haha! Sebab sekarang ni, kadang hilang kawalan juga dia, suka sangat berlari kesana kemari. Bah, jumpa lagi!
Selamat berhujung minggu ya.
WasSaLam^_^

12.9.14

Sakit Kepala plak!

AssaLamualaikum
Sakit kepala plak petang ini. 
Takkan sebab makan nasi lemak sotong dan kerang pagi tadi. Tiada kena mengena kot. Haha! Alhamdulillah, pagi tadi semua staff kena sponsor nasi lemak dari en Bos. Bos beli 25 bungkus. Mahal juga, kena RM4.50 sebungkus. 
Sedap  makan, sampai nak tangkap gambar pun tak sempat. haha! Sabor je lah!
OK lah, jumpa lagi.
WasSaLam^_^

11.9.14

Lawak Petang 23

AssaLamualaikum
Hah! dah lama tak up entry lawak petang ni. Seakan aku lupakan. 
Terjumpa gambar ni di FB terus masukkan di sini. Sindiran paling sadis dari para suami ni:
Hahaha! gila kalau En Kuling cakap macam ni kat aku. 
Mau perang dunia ke-3 meletup. 
Sabor jak lah! kihkih. 
Nasib lah aku ni bukan jenis yang shopping branded 
( kalau nak pun, guna duit sendiri sesekali. Hehe!)
WasSaLam^_^

Shopping di Zalora.Com

AssaLamualaikum
Korang mesti dah biasa shopping di www.zalora.com ni kan. Terutama Cik Nor, rajin shooping zalora. Hehe! bagi aku yang duk ceruk rantau ni memang first time lah nak mencuba. Selalu dok window shopping jak. Selalu juga tengok kengkawan shopping di zalora. Macam best plak. 
Teringin nak cuba. Oleh kerana kehabisan kasut. Boleh pakai ke alasan ni, haha.
Dua-duanya kasut flat (memang tak pandai pakai tinggi. Huhu)
Hasil rembatan di zalora.com. Untuk tiga item aku beli hanya RM186.50 (2 pasang kasut dan beg) dapat plak free postage walapun ke Sabah. Bayar pun senang, guna Maybank2U ataupun kad kredit. Service memang memuaskan. Senang dan cepat. 
Rabu petang aku beli, hari Jumaat tu dah sampai opis aku. 
Dapat plak kupon untuk next shopping (kalau ada lagi nak beli lah..hehe). Potongan 15% untuk setiap pembelian. Memang berbaloi. Sesiapa yang berminat menjadi duta zalora pun boleh. 
Belek punya belek, memang puas hatilah barangannya. 
Bagi aku janji selesa nak dipakai dan aku suka, itu dah cukup syarat.
WasSaLam^_^

10.9.14

Ringkasan Gambar Syawal 1435H

AssaLamualaikum
Baru nak tayang gambar raya 2014 yang tak berapa nak raya. Raya yang suam-suam kuku. Sebab En Kuling kerja, so tak meriah mana. Syawal ke-3 baru dapat berjalan. Itupun setakat melawat saudara mara terdekat. Sempatlah melawat 3 buah rumah. Erm! memang sadis sikit raya tahun ni. Huhu!
Yang peace tu pangkat 'sepupu'. Bakal bergelar guru, graduan USM. 
Yang dua lagi MakCu & MakLang si Tumpis.
Anak-adik perempuan ku. 
Yang lelaki semua menghilang entah kemana.
Ahli keluarga yang sempat dilawati:)
Lepas ke rumah mereka, tukar plak depa datang rumah sebelah malam nya.
Duit raya untuk anak-anak yang datang ke rumah:)
Apapun tetap bersyukur, sebab dapat juga menyambut Syawal dengan aman damai. Berbanding saudara-saudara kita di Gaza masa ini, pasti keseronokan raya tak dapat dirasai pada masa itu. Alhamdulillah, umur panjang jumpa lagi di Syawal mendatang.
WasSALam^_^

9.9.14

Kononnya Minum Petang...

AssaLamualaikum
Cerita petang semalam. En Kuling datang jemput, pastu sembang punya sembang dalam kereta terkeluarlah plak ayat 'lapar'. Hehe! cuaca mendung-mendung semalam memang buat lapar memanjang. So, decide lah nak makan roti canai dan teh tarik sahaja. Sampai di restoran Auliah, lain plak yang aku order. Haha! En Kuling dan Budak Tumpis sahaja yang setia dengan roti canai.
Hah! mulanya nak makan roti canai, last-last order Wantan Ho.
RM7 penuh sepinggan. Makan tak habis, en Kuling juga yang tolong makan. 
Teh tarik halia kaw-kaw pun tak habis minum. Hehe!
Itu tangan Budak Tumpis. Roti canai telur memang kesukaan dia. Boleh habis sehelai tu sorang. Cecah kari kambing. Haha! (anak & bapa suka daging kambing)
Makan kat atas bangunan sambil menikmati pemandangan:)
Konon untuk alas perut sahaja, last-last sampai ke malam kenyang. Bukan minum petang dah ni, dah kira dinner sekali. Hehe! Alhamdulillah! 
WasSaLam^_^

8.9.14

AssaLamualaikum.. Tajuk nya:)

AssaLamualaikum
Hai semua. Apa khabar? harap semua sihat lah ya. Macam dah kekok nak menaip ni hah! haha! adoi! (teruk sangat penyakit malas ko ni atie). Ini baru entry pertama di bulan September. Tengok tu, punya dasyat kemalasan aku sekarang ini. Maafkan beta ya! Beta lagi mengumpul mood. Haha! Entah bila mood baik punya nak datang. Sabar jak lah! Bila mood rajin datang, confirm hari-hari aku bertandang rumah korang. Tapi bila malas itu sudah mari, maka berhari-hari lah aku menyepi. Haha!
Apapun, aku tak pernah lupakan korang. Selalu ingat. selalu di hati.
Sekeping gambar tuan tanah bersama budak Tumpis & En Kuling.
Jangan menyampah plak! kihkih.
WasSaLam^_^