AssaLamualaikum
Perkongsian dari Group WhatsApp. Amat terkesan di hati.
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf As, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yangg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus As, yang terperangkap didalam perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub As, yangg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa As, yang tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah Ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam As, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh As, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad SAW, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat.
Subhanallah, Masyaallah. Allahuakbar!
Allah SWT mewujudkan personaliti yg hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti manusia seperti aku dan kamu, bila mana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU DIUJI BEGINI?".
Moga bermanfaat. Sama-sama kita renungkan.
WasSaLam
sama2 motivasi diri... InsyaAllah...
ReplyDeleteBetul tu tapi kekuatan mental dan fizikal kita tak sehebat mereka itu yg biasanya kita kalah
ReplyDeleteKena belajar sabar itulah yg termampu buat kita.
makanan rohani... :) salam jumaat
ReplyDeleteAllahuakbar. terima kasih perkongsiannya.
ReplyDeleteNice sharing..Sangat bermanfaat buat kita..
ReplyDeleteBelajar sabar wlupun kadang2 pahit utk menerimanya ....
ReplyDeletehidup kita tak lama. masalah akan pergi jua...
ReplyDeleteSalam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html
ReplyDeletetq for sharing atie..iye kan...la tahzan..innallaha ma'a na...
ReplyDeleteTq for sharing... Allah sentiasa ada...
ReplyDeletesalam Jumaat Atie dan salam Aidil Adha...
ReplyDeleteterkesan bila membaca saat diri di landa masaalah...
menarik la sis..singgah sini dan berkenalan dengan rakan blogger satu kampung... :)
ReplyDeletekathyrbain.blogspot.com
follower #686
DeleteKata2 motivasi yang sangat terkesan dihati untuk kita ingat dan contohi...
ReplyDeleteNice sharing, Atie...
ReplyDeleteMoga2 memberi manfaat buat kita semua... :)
Munasabah diri...terima kasih atas perkongsian ini Atie...
ReplyDeletesis menganggap apa saja yg berlaku sbg ujian dr Allah . itu lbh mudah memujuk hati ...
ReplyDeleteAllahuakbar. betol kak, Allah uji nabi terdahulu, supaya bila kita diuji sekarang, kita mampu jadi lebih kuat dan bersabar kan.
ReplyDeleteAllahuakbar.....apalah sangat dugaan yg Allah berikan pada kita jika nak dibandingkan dengan baginda nabi yg lebih dahsyat ujiannya....
ReplyDelete