4.12.15

Power Of Sedekah..

AssaLamualaikum
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah utk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?
1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2) Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru-hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
9) Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yangg baik dan punca doa malaikat buatnya
11) Orang yangg bersedekah adalah orang yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
13) Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.
17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.

Moga memberi manfaat pada kita semua. Jom rebut pahala dengan bersedekah! 

23 comments:

  1. Nak bersedekah bukan mestinya yang mewah atau banyakkan kak..yang utama ikhlas dan berpanjangan..terima kasih perkongsian ni kak..

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi...kuasa sedekah itu sangat besarkan atie, moga kita sentiasa bersedekah walapun sedikit

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share info yg bermanfaat ni..
    Semoga terus istiqamah dlm bersedekah.. :)

    ReplyDelete
  4. insyallah... mari lah sama2 kita memperbanyakkan sedekah

    ReplyDelete
  5. terlalu bnyk kelebihan bersedekah di dunia n akhirat.

    ReplyDelete
  6. Begitu banyak kelebihan sedekah kan atie...
    Dengan senyuman juga kita boleh sedekah kan keceriaan..

    ReplyDelete
  7. salam kak atie, betul tak rugi pun bersedekah.:)

    ReplyDelete
  8. kita tak akan jadi susah dengan sebab bersedekah..malahan akan dipermudahkan urusan kehidupan kita.

    ReplyDelete
  9. :)
    Tgh sedekahkn senyum
    :)

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini atie...sedekah adalah amalan yang paling mulia dan di sukai oleh Allah..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah....moga kita akan sentiasa bersedekah untuk mereka yang memerlukan..Aamin

    ReplyDelete
  12. Moga Allah sentiasa memberi kita kecukupan supaya dapat terus bersedekah

    ReplyDelete
  13. Asalam sedekah itu penenag jiwa..rezeki kita yang ada dariNya..kita perlu kongsikan kepada anak2 juga keluarga lain..tak apa jika sedikit niat ikhlas banyak pun jika tak ikhlas tak sedekah tu.

    ReplyDelete
  14. Good sharing. Marilah sama sama kita bnykkan amalan bersedekah

    ReplyDelete
  15. SALAM PAGI ISNIN ATIE.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum atie...atie sihatkah? lama tak muncul ni

    ReplyDelete
  17. Betul tu Atie....tp persoalannya kita masih liat lagi nak bersedekahkan walaupun tahu kelebihan dan ganjarannya besar....huhu

    ReplyDelete
  18. nabi pun pernah bersabda..bersedekahlah walau hanya sebijik tamar...
    atie mohon izin kopi pes ye?

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..