Salam #24 Ramadhan. Mengimbas kenangan konvokesyen dulu-dulu. Zaman kegemilangan. Haha! Terjumpa di time line member sekampus. Sudah 13 tahun berlalu. Zaman penuh suka duka bergelar pelajar. Jauh merantau menyeberang Laut Cina Selatan. Terasa dah tua sangat sekarang. Haha
Antara sahabat-sahabat baik saya sepanjang berada dirantauan.
Sahabat yang berkongsi suka duka.
Ada ramai lagi kengkawan yang bersama, tapi gambar dah tak jumpa.
Jangan gosip! berdosa. Hahaha.
Ini pun kawan baik masa study hingga lah sekarang.
Abang Mie. Orang Perlis, baik sangat. Sekarang kerja Perkeso.
Yang ni aku panggil Chik. Sebab orangnya kecil ja. Orang Tawau juga, sama-sama merantau menimba ilmu. Bersama suka duka, Dah khawin dengan orang Perak. Dia cikgu.
Merantau belajar tahun 1999 hingga 2003. Konvokesyen kena tunggu setahun 2004. Tahun 2007 baru balik menetap di Sabah. Konvokesyen pun hanya ditemani kawan-kawan baik. Sedih juga masa itu, tapi berjaya juga diharungi. Mak dan arwah bapa tak dapat datang sebab faktor kewangan dan kesihatan. Apapun alhamdulillah, semuanya menjadikan aku seorang yang amat berdikari. Struggle untuk hidup. Syukur untuk nikmatmu hari ini ya Allah!
Kenangan yg terindah sampai bila-bila kan Atie..
ReplyDeleteUntuk menimba ilmu, sanggup mengharungi suka dan duka kan..
Jauh dari keluarga..
Dengan membawa segulung ijazah sudah cukup menggembirakan ibubapa tu Atie :)
Best kan bila tgk gambar konvo?
ReplyDeleteTiba2 rasa nak pegi konvo bulan depan...
Tapi jauhnya la hai...
uhuk uhuk....
alhamdullilah tahniah
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..kenangan untk ditatap bersama..menjadi inspirasi Pa'e juga..
ReplyDeletekenangan yang terindah bersama kawan2
ReplyDeleteseronok kan tengok gambo2 kenangan lelama...sume dah berjaya dah dalam hidup syukur alhamdulillah :)
ReplyDeleteTeringat zaman suka duka juga masa study,time konvokesyen mama, abang dan kakak saja yg datang, syukur
ReplyDeleteKenangan yg sngt indah bersama kawan2 kan Atie alhamdulillah ada gmbr utk membuka memori dulu2
ReplyDeleteBelakar dimana dulu atiey..di kedah ye..kenangan zakaj belajar ni memori yg sangat indah kan
ReplyDeleteWah...kenangan semasa dulu.
ReplyDeleteMesti best kan kalau diingat ingat balik
Walaupun dh lama berlalu...
ReplyDeleteKenangan tetap tersemat dlm2..
Kenangan yang sangat best dan tak boleh dilupa ni Atiey ...
ReplyDeleteMSTI RINDU KAN KAK..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah berjaya bersama kawan-kawan.. pasti rindu zaman study, boleh la cerita dengan Pae ni.
ReplyDeletekenangan masa belajarlah kenangan yg paling best bagi sis lah ...
ReplyDeletesaat manis seorang pelajar...bila ijazah ada dlm genggaman..
ReplyDeletekenangan mgusik jiwa
ReplyDeleteTahniah ATie....Kenangan terindah ye ATie meski pun mak dan arwah abah tak de tapi doa mereka tetap mengiringi, Rezeki tu tau Atie dapat kawan kawan yg baik, sentiasa bersama susah dan senang ...
ReplyDeleteManalah gambar konvo saya, lagilah makan bertahun-tahun sudah rasanya ^_^
ReplyDeleteSesekali mengimbau kenangan lalu, seronokkan Atie! Kadang tu terfikir pulak di manalah rakan-rakan yang dah lama tak dengar khabar.