Assalamualaikum. Moga semua sihat-sihat hari ini. Semalam tidur cukup tak? hehe! atau ada yang mengalami gangguan tidur? Tidur yang cukup dan berkualiti amat penting untuk kita semua. Walaupun kebanyakkan ibu-ibu ni selalu lah tak cukup tidur. Komitmen pada keluarga menghadkan waktu tidur. Pengorbanan namanya.
27.7.17
25.7.17
Ada yang RINDU abg Pae tak??
AssaLamualaikum. Ada yang rindu abang Pae tak?? haha! perasan lah ko Pae ramai peminat. Last update beberapa bulan lalu, rasanya my bujang tu masih Tadika 6 tahun. Sekarang sudah darjah 1 di sekolah kebangsaan. Alam persekolan yang mencabar pada mulanya. Haha! banyak dugaan masa dia mula masuk darjah 1. Dekat sebulan jugak on off kejap mau sekolah, kejap tak mau! Haha! Ibu ni lah yang pening masa tu. Hari-hari pujuk. hadoi! Babah masih di Sibu, Sarawak dapat cuti 1 minggu sahaja untuk temankan dia awal-awal sekolah tu. Tak mau sekolah konon cikgu garang dan ada kawan jahat. Haha! budak-budak.
Sekarang dah semangat sekolah, mungkin dah ramai kawan. Cikgu pun baik-baik. Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Berkejar juga pagi-pagi. Haha!
Sebelah petang balik sekolah, pergi mengaji. Dah semakin biasa dengan rutin itu:)
Sehari sebelum raya. Rambut raya lah konon!
Inilah antara koleksi gambar terbarunya. Dah makin susah nak suruh dia posing, mintak maaflah memang non hado. Haha! ini jugalah gambar sepanjang raya. Limited edition. Salam sayang dari abang Pae buat semua. Jumpa lagi.
24.7.17
Oh Durian RM70- 2 biji...
AssaLamualaikum. Musim sekarang ni sana-sini orang post tentang durian. Yang kita ni pun teringin lah nak makan. Dah beberapa hari asyik dok cakap nak makan durian. Tapi masa tu dok kalut habiskan puasa 6. Hehe. Jumaat lepas last puasa, malamnya En Kuling belikan lah 2 biji durian. Makan punya makan, sembang tentang harga. Mak aii harga cekik darah!! Sambil makan sambil membebel. Hahaha! terkejut den!
Durian yang dah buka tu RM18 sekilo. Yang kecil belum buka tu RM25 sekilo (dalam hati dok cakap juga, En Kuling ni kena tipu ke apa? haha!). Bagi aku memang mahal. Nasib lah manis juga. Kat Lahad Datu ni durian memang mahal. Paling murahpun pernah jumpa RM12 sekilo. Bila teringin sangat nak makan tutup mata jak lah sambil bayar. Haha!
21.7.17
Berdekatan semula...
Assalamualaikum. Masa Ramadhan hari tu, memang betul-betul menggembirakan sebab En Kuling dapat transfer balik ke Lahad Datu. Mau tak gembira, dah 2 tahun 4 bulan berjauhan antara Sabah & Sarawak. Selalu menghitung hari, doa tak pernah putus. Membesarkan anak seorang diri dalam tempoh itu memang sangat-sangat mencabar. Macam-macam dugaan! Kagum sangat dengan ibu-ibu yang sedemikian.
Allah Maha Mendengar dan sebaik-baik perancang. Banyak hikmah tersembunyi. Bukan saja dapat transfer balik kesini, yang paling best dapat juga kerja sekali di tempat yang sama. Pulang balik kerja bersama. Hehe! jimat. Abang Pae pun sukalah! siap cakap bolehlah selalu pegi Pizza. Haha! (itu yang difikirnya. Budak-budak) Alhamdulillah, alhamdulillah.
**Masa dapat surat transfer tu, En Kuling siap prank lagi. Katanya dapat transfer ke Kota Kinabalu ja. Tetap jauh! Aku memang dah start sedih balik. Hihi. Bila balik cuti raya tu, baru dia tunjuk surat sebenarnya dapat pindah sini.
14.7.17
Pasar Gantung, Tawau musnah dalam kebakaran
Assalamualaikum. Berita sedih bagi warga Tawau pagi tadi. Tempat membeli ole-ole paling famous di Tawau musnah dalam kebakaran awal subuh hari ini. Dikenali sebagai Pasar Gantung, tempat ini memang menjadi tumpuan warga Tawau mahupun para pelancong yang datang. Di sinilah tempat untuk membeli segala macam kain batik, baju, segala jenis perhiasan rumah yang berasaskan kraftangan, mutiara, kerongsang dan pelbagai lagi. Sedih, moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik nantinya.
Dari kecil aku membesar di Tawau dan tempat ini selalu aku kunjungi. Sahabat-sahabat dari serata tempat juga pasti kesini jika menjejakkan kaki ke bumi Tawau. Salam Takziah pada semua peniaga dan keluarga yang terlibat. Moga ada hikmah disebalik kejadian.
Kredit gambar : Tawau7.7.17
Cak..Cak...
Assalamualaikum. Kelu jari jemari nak menaip ni hah! haha! berkurun menghilang, bertapa di gua. Kihkih!
Masih adakah yang ingat?? Kalau lupa, apo nak buek? redha ja. Hehe! sapa suruh malas sangat kan??
Belanja sekeping gambar jer lah. Kot-kot rajin nantilah yang lain menyusul. Entah bila plak. Hihi. tapi bukan gambar raya. Gambar raya masih tersimpan dalam peti besi. Haha!
Cak! :P
Harap kerajinan melanda lepas ni. Peti besi dah penuh dengan pelbagai cerita. Pelan-pelan kayuh.
Salam Syawal you all! Maaf Zahir Batin. Walau lama menyepi, kalian tetap dihati.
Love, from Lahad Datu Sabah.