4.8.17

Bila fobia cabut gigi..

Salam Jumaat yang mulia. Minggu jari jemari agak malas nak menaip. Mood yang on off. Walhal banyak juga benda yang boleh diceritakan. Nasiblah ko blog, dapat tuan tanah yang makin suam-suam kuku. Haha! baru balik dari Klinik gigi ni, adoi tak hilang lagi takut tu. Asal ada sakit yang berkaitan gigi ni, aku sawan sikit. Haha!
Takut aku tu sampai tahap tekanan darah aku boleh naik. Hahaha! rasanya masa nak bersalin kan si Abang Pae tu takdo sampai takut macam ni. Hairan! Tadi mula-mula doktor check dulu gigi apa yang nak kena tampal. Lepas tu dengar dia cakap, gigi dah tak boleh nak diselamatkan sebab lubang dah besar katanya. So, dia advice baik cabut sahaja. Sebab ini gigi paling belakang. Fungsi pun tak penting sangat (Doktor yang cakap). Aku punya takut, kena check tekanan darah dulu. Darah naik OK! haha! sebab takut lah tu. Hahaha. Doktor suruh tenangkan diri dulu, then baru masuk balik. 10 minit kat luar baru masuk bilik balik. Depa suruh tarik nafas, bernafas macam biasa. Siap pesan, lembutkan badan ye kak! Haha! kita ni macam nak  kejung dah. Kikih. Tap..tap doktor buat dalam 5 minit kot, siap! Dah! lega. Siap staff bungkuskan gigi tu dan bagi, Buat lawak lagi 'kak letak gigi ni bawah bantal tau'. Haha. Nak buat apa?? 

2.8.17