Salam Jumaat yang mulia. Minggu jari jemari agak malas nak menaip. Mood yang on off. Walhal banyak juga benda yang boleh diceritakan. Nasiblah ko blog, dapat tuan tanah yang makin suam-suam kuku. Haha! baru balik dari Klinik gigi ni, adoi tak hilang lagi takut tu. Asal ada sakit yang berkaitan gigi ni, aku sawan sikit. Haha!
Takut aku tu sampai tahap tekanan darah aku boleh naik. Hahaha! rasanya masa nak bersalin kan si Abang Pae tu takdo sampai takut macam ni. Hairan! Tadi mula-mula doktor check dulu gigi apa yang nak kena tampal. Lepas tu dengar dia cakap, gigi dah tak boleh nak diselamatkan sebab lubang dah besar katanya. So, dia advice baik cabut sahaja. Sebab ini gigi paling belakang. Fungsi pun tak penting sangat (Doktor yang cakap). Aku punya takut, kena check tekanan darah dulu. Darah naik OK! haha! sebab takut lah tu. Hahaha. Doktor suruh tenangkan diri dulu, then baru masuk balik. 10 minit kat luar baru masuk bilik balik. Depa suruh tarik nafas, bernafas macam biasa. Siap pesan, lembutkan badan ye kak! Haha! kita ni macam nak kejung dah. Kikih. Tap..tap doktor buat dalam 5 minit kot, siap! Dah! lega. Siap staff bungkuskan gigi tu dan bagi, Buat lawak lagi 'kak letak gigi ni bawah bantal tau'. Haha. Nak buat apa??
kalau bab gigi memang seram sejuk...akak pun takut juga nak cabut gigi tapi kalau dah sakit sangat sebab berlubang memang suruh cabut je, tapi masa pergi klinik dokte taknak cabut pula nak tampal je
ReplyDeletegigi kalau rosak baik cabut aje.tu belum kes cabut gigi sihat sebab nak pakai braces. semoga cepat sembuh..
ReplyDeleteAlamak, Bab cabut gigi ni sape2 pun kena sawan takut rasanya
ReplyDeleteSalam jumaat atie.. Hai kalau cabut gigi mmg seram.. Hihi..
ReplyDeleteDulu masa sek rendah penah la kena cabut gigi.. Adui.. Rasa mcm tebal je mulut kene bius. Dah berusia ni, belum penah lg cabut gigi. Tapi skg ni pun gigi dah sensitif. Xblh makan manis skit..ngilunya rasa nk nangis menahan..
Boleh nangis bila kenangkan bab cabut gigi ni..aduss...scaling gigi pun dah keras badan..tahan ngilu..bertabah je jawabnya :)
ReplyDeletePH pun takut lah kalau nak cabut gigi. Seram!
ReplyDeleteHa ha...kalau gg susu anak boleh la simpan...tapi ada cara dia...nanti boleh guna..ekeke
ReplyDeleteAkak pun takut cabut gigi atie..
ReplyDeleteKalau tampal dan cuci gigi tu berani lah lagi..
Hihi kenapa suruh simpan bawah bantal..
Esok pagi boleh jadi emas jongkong kot atie 😆😆
MMG SERAM NK CABUT GIGI PELUH SEJUK HBS KELUAR HEH..HEH..
ReplyDeletehahah adoi..watpe letak bwh bantal kan..kihkih..
ReplyDeletefirst time e'in cabut gigi kat klinik, 3 tahun lepas.. gigi geraham.. kemain sakit weyyyyy.. huhu
ReplyDeleteMemang duk tengah sakit gigi sekarang ni...Walau dah berkali-kali pernah cabut gigi tapi masih tetap rasa kecut nak jumpa doktor.
ReplyDeleteHuiii....hakak pun seram weyh bab bab cabut gigi ni. Padahal bukanlah apa sangat ek.
ReplyDeleteHakak rasanya last cabut gigi masa zaman kanak kanak. Jangankan cabut gigi nak buat scaling pun seram.
Hihii.. Gi cabut gigi eekkk.. Sakit kejap ja tu. Esok esok jgn gi bedal makanan manis manis nauuu...
ReplyDeleteMemang seram bab cabut gigi. Paling teruk pengalaman saya masa cabut gigi bongsu. Sebab susah nak cabut, badan doktor pun terangkat sekali
ReplyDeleteBab cabut gigi..rasa trouma juga..
ReplyDeleteray lama gila tak pegi jmpe dentist ni apakan lg nak pegi cek. hehe
ReplyDeletehahaa nak cabut gigi tu paling seram.. penah belah gusi? aiyakkkkk.. sakit gilaa.. huuhuh
ReplyDeletebtw, Salam singgah dan follow sini :)
Anda dijemput join GA saya,
http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html
sebut saja cabut gigi dan kaitan dgn gigi semua org fobia... gigi sakit sikit2 boleh tahan ok lagi.. klu boleh x nak jumpa doktor gigi... hahaa
ReplyDeleteSalam alaik kak, lama In x singgah sini... lama juga tak dengar keletah anak akk hehee ^^,
ReplyDeleteBanyak-banyak doktor... Doktor gigi memang yang paling menakutkan... huhuu
ReplyDeletehahaha
ReplyDeleterelaks
dulu saya pun fobia doktor gigi
sekarang 2 kali setahun pergi jumpa doktor gigi