9.7.18

Sepupu 1st Pae belah Ibu..

Assalamualaikum. Cerita santai pagi Isnin. Si abang Pae, kalau sepupu belah Ibu, ini jelah seorang yang ada. Aisyah Nuha Zahirah. Kadang panggil Esah. Haha! dah setahun lebih sekarang  ni, banyak keletah. Bila jumpa abang Pae malu-malu, pastu bila dah lama sikit baru main-main sekali.
Dah balik Pahang, ayah dia kerja di Temerloh, Pahang
 
malu bergambar :P
Ini anak adik lelaki. Jarang juga jumpa sebab duduk Pahang. Bila balik sini lah baru dapat beramah mesra. Rindu budak kecik ni. Melepas rindu dengn video call sahaja sekarang. InsyaAllah tahun depan lagi baru dapat jumpa di hari raya.
Pernah post sekali tentang anak saudaraku ni dalam entry Kisah Aisyah Nuha Zahira.
Jumpa lagi ya! 

5.7.18

Sedih. Murung. #Adam Raiqal

Assalamualaikum. Semalam kesedihan menyelubungi seluruh ibu bapa di Malaysia. Sedih tak terungkap. Sebak, semua ada. Menitis air mata bila baca tentang arwah Adam Raiqal ni. Bayi seusia 5 bulan apalah dayanya untuk melawan apapun kekejaman. Moga engkau tenang di sana sayang. Bermain lah di Syurga Allah. Besar betul ujian ibu bapanya. Moga Allah mempermudahkan kehidupan harian ibu bapa mu dalam mengharungi hari-hari mendatang.
  
*Semoga pelakunya mendapat hukuman yang setimpal. Sungguh kejam perbuatannya.!!
*Ibu bapa arwah adalah insan terpilih, moga mereka terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.
*Pada kita yang meninggalkan anak-anak untuk membantu mencari rezeki, kepada Allah kita serahkan segala-galanya. Moga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan-NYA.
*DIA sebaik-baik pelindung
Wassalam. Jumpa lagi.

1.7.18

Salam Syawal 1439H

Assalamualaikum.
Salam Syawal 1439H. Masih dalam mood bulan Syawal kan?. Apa khabar you all?? nampaknya blog makin sepi, makin suam. Silap-silap nanti terus tenggelam. Haha! Entah apa yang di sibukkan, ada jer ni. Pagi pergi kerja, petang balik rumah - masak - tidur. Haha! itulah rutin seharian sekarang ni. Teringat juga kawan-kawan blog sekalian, tapi tu lah nak mencoret sesuatu ya ampun malasnya. Hehe! InsyaAllah lepas ni, manatau lebih rajin. Doakan ya.
Jumpa lagi.

*Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1439H - from Lahad Datu with LOVE: Ibu, baba & abg Pae
*Maaf andai ada tersilap kata & bahasa sepanjang ber blog :)
*0-0

31.1.18

31.01.2018

Assalamualaikum. Cak. Cak!! lama tak muncul. Haha! cuba munculkan diri semula. Agaknya rakan blogger dah ramai yang lupa. Entah apa yang di sibukkan. Haha! ada jak ni, melalui hari-hari seperti biasa. Hari-hari yang penuh cabaran dan dugaan. Ada manis dan ada pahitnya. Lumrah!
Uncle Google wish aku hari ini. Terima kasih Allah atas kurniaan umur ini dan masih diberi kesempatan untuk menyedut udara setiap hari. Moga iman makin bertambah di dada. Moga aku menjadi insan yang lebih baik! Hanya itu yang aku harapkan. Jumpa lagi you all. 
Salam sayang dari Sabah Negeri Dibawah Bayu.