30.9.19

Singgah di Kapalai Island, Semporna

Assalamualaikum
Sambungan dari entry ke Pulau Gusungan kami teruskan perjalanan ke Pulau Kapalai. Ikut plan,  disini kami hanya singgah untuk mandi dan snorkelling bagi sesiapa yang mahu. Macam aku ni, memang tak mandi. Hanya adik dan kawan-kawan lain yang mandi dan berendam.
pemandangan dari tepi resort Kapalai yang famous tu.
Bermandi-manda. Aku hanya memerhati. Haha!
MakCu Pae 
Sekeping gambar tuan tanah. Haha!
BFF yang pergi sekali
Dekat 2 jam jugalah kat sini, ada yang mandi dan tangkap gambar. Yang tak mandi, duduklah atas bot jadi pemerhati. Jadi jurugambar. Haha! Kalau ikut sehari kat sini pun tak cukup. Tapi kena kejar masa. Lepas dari sini terus ke Pulau Mabul. Seharian menjelajah Pulau.
Jumpa lagi!.

26.9.19

Cerita Khatan Abg Pae

Assalamualaikum
Inilah yang jadi bila mood nak berblog tu kembali. Kena lah hadap cerita-cerita lama. Haha. Bertabah lah guys! Cerita abang Pae masa bersunat @ berkhatan masa Jumaat 23 November 2018 yang lalu. Simpan kat sini, boleh lah dia baca bila besar nanti. Dari awal tahun memang dah biasakan selalu ingatkan dia, cuti sekolah kena khatan. Supaya minda dia bersedia. Sekali buat dengan anak-anak jiran, kira pakat-pakatlah setaman. 6 orang sekali. Umur pun lebih kurang sebaya.
Mula-mula sampai di klinik, muka ok lagi. Ini BFF dia,
 jiran sekaligus tempat dia transit bila balik Sekolah Agama sebelum ke Sekolah Kebangsaan
                                                     Geng Sunat abang Pae 2018
Lokasi : Klinik Roslan Amin, Lahad Datu.
Bayaran : RM150
Masih bersemangat selfie. Haha!
Inilah kami Geng Sunat. Haha
Masuk bilik Doktor. Tunggu giliran. Macam-macam DOA dia baca. Haha!
Selepas keluar dari bilik Doktor. Muka dah start berubah:)
 
Tengoklah tu, Babah dia buatkan tali. Haha. 
Malam ja gantung, tidur lasak sangat.
Pada awalnya, nampak abang Pae berani. Yakin diri. Tapi masa hari kejadian, memang banyak peristiwa sedih, lucu pun ada. Macam-macamlah. First, dari nombor giliran no 1, terpaksa tunda ke nombor 5, sebab dia takut. Seram sejuk tangan. Haha! Penatlah kita pujuk dia. Ibu pun berpeluh dibuatnya. Kedua, En Kuling-mula ja dia teman. Bila tengok anak dia nangis, dia pun tak sanggup (sejenis tak boleh tengok darah-boleh pitam). Jadinya dia tinggal lah kita. Ibu lah yang tengok abang Pae sunat. Kita lah yang menghadap doktor tu memotong apa yang patut. Haha! Kita jugalah yang tolong pegang tangan abg Pae, tenangkan dia. Boleh dengar 1 klinik tu dia menjerit. Adui! kalau ingat, memang haru. Betul-betul pengalaman berharga! Hahaha!
Alhamdulillah di usia 8 tahun 9 bulan - Done sunat!

24.9.19

Terbang Bersama EMIRATES

Assalamualaikum
Dah dekat musim cuti sekolah. Majority daripada kita suka travel. Betul tak?? Kalau ada rezeki
lebih, semestinya kita ingin bercuti-cuti bersama keluarga tak kira dalam atau
luar negara. Seronok dengan pelbagai experience setiap kali kita travel.
Kadang tak perlu pakai banyak sangat duit pun kalau nak travel ni dengan syarat
pandai menabung, dan buat persediaan dari awal.
Seronok rasanya kalau dapat travel ke negara orang lain, sebab
kita dapat tengok budaya dan tempat-tempat menarik. Macam aku, suka melawat
tempat bersejarah dan melihat pemandangan yang mendamaikan. Bila balik Malaysia
boleh share pengalaman dengan orang lain. Lagi best kalau dapat naik
kapalterbang dari negara lain sebab boleh rasa macam mana service mereka. Pernah dengar pasal Emirates? Emirates adalah Airlines based dari UAE dan agak
terkenal diseluruh dunia.
Dengan flight Emirates ni, korang boleh pergi travel tempat jauh
sikit barulah dapat experience tengok movie kat screen kecil depan seat korang.
Seating pulak memang agak luas dan selesa. Makanan pula, 
sangat sedap dan potion mengenyangkan. Harga tiket flight agak berpatutan dan 
setaraf dengan service yang diberikan. Ada cara tau macam mana nak dapatkan
harga tiket yang paling murah. Untuk dapatkan Emirates online booking yang murah, 
korang kena explore kat web TRAVELOKA.

Dekat web TRAVELOKA boleh buat online booking dengan cara masuk:
1.Traveloka web atau Apps,
2. Search logo Emirates,
3. Isikan detail macam destinasi contohnya Melbourne, cari tarikh yang korang plan (preferably
bukan musim cuti sekolah atau perayaan)
4. Click search flight, dan akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang dipilih.
Pilih mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas itu buat payment.
5. Ada banyak cara untuk buat payment tapi yang senang adalah secara online banking atau guna
kad kredit. Bila semuanya dah OK, e-ticket akan dikirim ke dalam account
Traveloka atau email. Simpan baik-baik dan jangan hilangkan. Sebab
e-ticket inilah bukti masa korang nak check in di airport nanti.
Bila dah dapat book cheapest flights to Melbourne, daripada TRAVELOKA korang
boleh teruskan untuk find out pasal Melbourne pula.
Aku share sikit apa yang korang boleh buat di Melbourne. Antara destinasi yang best
untuk dilawati adalah Phillip Island Wildlife Park. Bila dah sampai ke Australia
yang sememangnya terkenal dengan Kangaroo dan Koala ni, takkan nak lepaskan
peluang beramah mesra dengan kedua-dua haiwan Ini kan? Di sini boleh
lihat sendiri kecomelan koala, kangaroo, helang, kasawari dan lain-lain. Kangaroo-kangaroo ini bergerak bebas dan jumlahnya dianggarkan melebihi
100 ekor. Jangan lepaskan peluang untuk memberi makanan kepada
kangaroo-kangaroo jinak yang boleh dibeli di kaunter masuk. Harga
pun tak adalah mahal sangat! Hanya A$0.50 sahaja untuk satu pack. Untuk
entrance fee pula, dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak A$19.00 manakala bagi
kanak-kanak berumur diantara 4 hingga 14 tahun pula sebanyak A$9.00. Terdapat juga
pakej untuk keluarga (2 dewasa & 3 kanak-kanak) dengan harga A$50.00 sahaja!
Sebelum terlupa, korang semua akan diberikan 1 bag makanan kangaroo
dengan setiap pembelian tiket masuk. Best dan berbaloi kan?
Seterusnya, boleh explore ke Churchil Island Heritage Farm.
Di sini, korang boleh melihat sendiri pemandangan ala-ala filem Inggeris dulu-dulu. Ada lembu,
goose, kuda, kambing biri-biri dan rumah jenis cottage dengan bunga-bungaan
yang cantik & menarik. Yang paling penting dan best ialah aktiviti “sheep
shearing” iaitu mengetam/memotong bulu biri-biri. So, kalau korang datang ke
sini bersama anak-anak yang masih kecil, bolehlah korang nyanyi lagu “baa baa
blacksheep” bersama anak-anak. Haha! Bayaran masuk
pula, harga yang dikenakan adalah A$12.50 bagi dewasa, A$6.25 bagi kanak-kanak(4
tahun hingga 15 tahun) dan A$31.25 bagi pakej keluarga (2 dewasa & 2
kanak-kanak). Memang menarik tempat-tempat untuk di explore. Banyak lagi tempat yang boleh di lawati, hanya rajinkan diri untuk membaca dan mengkaji sebelum kesana.
Jangan lupa booking dengan EMIRATES dan TRAVELOKA sebelum melancong. 
Happy holiday!

20.9.19

Sibuk? entahlah!

Assalamualaikum.
Beberapa hari ini agak blur juga. Teringin nak update blog, tapi entah apa yang mau diceritakan. Walhal banyak ja benda boleh cerita. Hah! camno tu?? Poning sendiri den! Dah terlampau lama tak menulis, bila mood nak menulis tu ada, nak cari idea tu plak yang susah. Hahaha. Bersabar lah!
Nampaknya kena polish lagi lah ni. Moga minat menulis tu tak padam. Sayang rasanya sebab banyak kebaikan yang diperolehi hasil daripada menulis, berblogging dan membaca hasil tulisan orang lain. Sahabat blog pun ramai. Betul tak??
Happy weekend.
Jumpa lagi.

12.9.19

Keretapi dari Jakarta ke Bandung

Assalamualaikum
Selepas melawat sekitar Tugu MONAS, kami bergegas ke Stesen Keretapi Gambir. Dalam 10 minit macam tu dari kawasan Tugu MONAS. Naik teksi pun murah. Tak silap dalam 18 ribu rupiah. Sampai stesen Gambir, lepak sekejap sambil tunggu waktu nak ke Bandung.
Ni kawasan tingkat 2, tempat menunggu keretapi Argo Parahyangan yang akan kami naiki ke Bandung. Kami ambil kelas executive, beli online (tiket.com) siap-siap dari Malaysia Tak silap dalam RM30++ (dapat resit) Sampai sana tukar ke tiket.
Bagi sesiapa yang nak melihat pemandangan, seeloknya ambil tiket siang. View cantik sepanjang perjalanan. Boleh check di tiket.com untuk semua jadual. 
 
Kerusi di kelas executive. Selesa lah untuk duduk dalam 3 jam.
Bersih, ada port untuk charging Hand phone
 
Ada staff ala-ala pramugari, yang akan jual makanan dalam troli, boleh ambil order lagi.
 
Suasana malambil sampai di stesen Keretapi Bandung
Dalam jam 9pm+ waktu Indonesia, kami sampai ke Bandung dengan selamatnya. Dah ada Pak Supir (driver @ tour guide) menunggu. Singgah makan di Restoran terdekat, lepas tu terus check in hotel. Berehat, esoknya sambung jalan-jalan sekitar Bandung.
Jumpa lagi di next story :)

6.9.19

Pulau Gusungan, Semporna

Assalamualaikum.
Salam hujung minggu. Ada yang plan cuti-cuti? yang berada disekitar Tawau, Lahad Datu ataupun Kunak mungkin boleh mengunjungi pulau-pulau disekitar Semporna. Ikut pakej ataupun pergi sendiri. Salah satu pulau ialah Pulau Gusungan. Ikut pakej dari jeti Semporna RM80 (termasuk makan tengah hari dan peralatan snorkeling) untuk 3 pulau (Gusungan Island, Kapalai Island & Mabul Island). Day Trip. Kena pandai cari pakej, sebab ramai yang menawarkan perkhidmatan untuk ke pulau-pulau tersebut.
View dari jauh. Pulau yang kecil sahaja. Singgah bergambar dan melihat persekitaran.
 
di tepian pantai :)
 
Perahu penduduk pulau untuk menangkap ikan
Boat penduduk/nelayan
Sahabat-sahabat Semenanjung, kalau nak datang ke Sabah memang amat-amat digalakkan untuk melawat pulau-pulau di Semporna. Turun di airport Tawau, lepas tu boleh terus ke Semporna. Pasti tak menyesal. View memukau. Moga ada rezeki kalian ke sini. Aamin.
Jumpa lagi.

4.9.19