Assalamualaikum
Inilah yang jadi bila mood nak berblog tu kembali. Kena lah hadap cerita-cerita lama. Haha. Bertabah lah guys! Cerita abang Pae masa bersunat @ berkhatan masa Jumaat 23 November 2018 yang lalu. Simpan kat sini, boleh lah dia baca bila besar nanti. Dari awal tahun memang dah biasakan selalu ingatkan dia, cuti sekolah kena khatan. Supaya minda dia bersedia. Sekali buat dengan anak-anak jiran, kira pakat-pakatlah setaman. 6 orang sekali. Umur pun lebih kurang sebaya.
Mula-mula sampai di klinik, muka ok lagi. Ini BFF dia,
jiran sekaligus tempat dia transit bila balik Sekolah Agama sebelum ke Sekolah Kebangsaan
Lokasi : Klinik Roslan Amin, Lahad Datu.
Bayaran : RM150
Masih bersemangat selfie. Haha!
Inilah kami Geng Sunat. Haha
Masuk bilik Doktor. Tunggu giliran. Macam-macam DOA dia baca. Haha!
Selepas keluar dari bilik Doktor. Muka dah start berubah:)
Tengoklah tu, Babah dia buatkan tali. Haha.
Malam ja gantung, tidur lasak sangat.
Pada awalnya, nampak abang Pae berani. Yakin diri. Tapi masa hari kejadian, memang banyak peristiwa sedih, lucu pun ada. Macam-macamlah. First, dari nombor giliran no 1, terpaksa tunda ke nombor 5, sebab dia takut. Seram sejuk tangan. Haha! Penatlah kita pujuk dia. Ibu pun berpeluh dibuatnya. Kedua, En Kuling-mula ja dia teman. Bila tengok anak dia nangis, dia pun tak sanggup (sejenis tak boleh tengok darah-boleh pitam). Jadinya dia tinggal lah kita. Ibu lah yang tengok abang Pae sunat. Kita lah yang menghadap doktor tu memotong apa yang patut. Haha! Kita jugalah yang tolong pegang tangan abg Pae, tenangkan dia. Boleh dengar 1 klinik tu dia menjerit. Adui! kalau ingat, memang haru. Betul-betul pengalaman berharga! Hahaha!
Alhamdulillah di usia 8 tahun 9 bulan - Done sunat!
mula-mula baca tajuk ingatkan khatam rupanya khatan, si aiyan ni nnti macamne lah
ReplyDeleteleh bius kasi tdo utk anak istimewa tu kak..
DeleteHihi anak Kak Feni nanti macam manalah agaknya. Hujung tahun nanti nak khatankan anak sulung. Harapnya semua berjalan dengan baik-baik saja.
ReplyDeletealhamdulillah..abg pae dah sunat..:)
ReplyDeletewah abang pae dah remaja rupanya...tahniah .Kenangan tu bila dewasa nnti.
ReplyDeleteyeay dah bujang..
ReplyDeleteanak bujang ammi dulu masa 1st day khatan dia takmo langsung tido atas tilam. so tidurkan aje kat sofa yg boleh recline tu pastu letak raga basuh sayur baru pakai kain.
pengalaman utk ibu & anak...Alhamdulillah..Abg Pae dh berjaya menempuhinya..
ReplyDeletedh besar anak ibu tu bahh..
ReplyDeleteinilah masa peralihan untuk menjadi orang bujang hehehe
ReplyDeletetahniah kerana berjaya melaluinya
selalu budak-budak nak berkhatan macam berani. dah sampai giliran nampak takut dah. Alhamdulillah urusan wajib dah settle dah kan.
ReplyDeleteMcm2 ragam berkhatan. Alhamdulillah, sdh selesai. Kami ada seorang lg, mgkn hujung thn ni, Insya-Allah.
ReplyDelete😁😁😁😁 Saya tak ada anak lelaki jadi selalu rasa missed this moment. Tumpang tengok anak jiran dan kawan ja. Memang berbagai ragam ada. Lucu juga tengok.
ReplyDeleteDAH BESAR PAE MAKIN KACAK ORANGNYA
ReplyDeletetahniah dah besar abg pae.. cepat2 sembuh ye.
ReplyDeletePengalaman kalau ada anak lelaki kan atie.. Alhamdulillah selamat dah..
ReplyDeleteDah besau dah 🌹🌹
ReplyDeletekenangan sangat ni.. hihi..
ReplyDeleteWah... dah jadi anak bujang... tahniah... anda dah dewasa...
ReplyDelete