20.10.14

Senaman Mata- Betul kah??

AssaLamualaikum
Berkongsi info tentang senaman mata. 
Yang paling best plak, ianya dapat menguatkan daya ingatan. Jarang kita dengar kan? 
selalu kita dok dengar senaman muka, senaman badan. Ini senaman mata. Hihi!
Sumber : SINI
Kalau lah betul-betul berkesan, nak kena cuba ni. Maklumlah bila umur dah makin muda ni, sel-sel otak pun dah kurang berhubung. Haha! Meh lah kita cuba ya Ibu-ibu & bapak-bapak:)
DR Khairul Faizie Mohammad Kamar ada info tak tentang ini? 
WasSaLam

18.10.14

17.10.14

Round Bandaraya Melaka

AssaLamualaikum
Cerita balik kampung June lepas tak habis-habis lagi. Haha! asyik skip. Korang layan jer lah ya. Cerita kami anak beranak jalan-jalan kat Bandar Melaka. Walaupun sempat sesat kat Negeri suami sendiri. Adakah patut?? (salahkan en Kuling, sebab aku orang Sabah so kalau tanya jalan sana  memanglah aku failed) haha! Ini pun puas pujuk en Kuling minta bawa jalan kat Bandar Melaka, asyik tak mau jer dia. Alasan? dia dah lupa jalan-jalan kat sana. 
di dataran Pahlawan. Sempat lah jalan-jalan disini:)
Semput naik Bukit kat atas ni. 
Ibu Bapa bergambar dulu, anak kat tepi tu dah merajuk nak minta beli mainan:)
Babah & anak selfie tak jadi:)
Tengok muka tumpis tu! tak puas hati sebab tak dapat mainan. Haha!
Ibu tumpang selfie. Hihi. Entah bila lagi dapat kesini:)
Kesimpulannya: Dah nak merajuk, baru dia ajak pergi. Hihi! itupun dapat tidur hotel semalam kat Bandar Melaka, pastu esok nya jalan-jalan kejap then terus balik Kajang rumah kak ipar. Fuhh! seronok sebenarnya sebab ini 1st time aku sampai Bandar Melaka walaupun dah 6 tahun khawin. Selalu kalau balik, duk kampung dan jalan-jalan KL sahaja. 
InsyaAllah tahun depan balik, nak ronda tempat lain plak. 
WasSaLam^_^

15.10.14

Cerita 11 Zulhijjah 1435H

AssaLamualaikum
Cerita raya haji yang terpendam. Haha! baru nak muncul. Jangan bosan membaca. Masa 11 Zulhijjah tu adik-adik office mate nak datang berkunjung ke rumah di Tawau. Awal-awal depa pesan "kak, mo makan laksa ya". Aku turutkan sahaja. Sesekali depa jejak kaki ke Tawau apa salahnya menjamu dengan makanan kesukaan mereka. Pagi-pagi dah siapkan Laksa, buat salad buah dan sedikit kuih muih. Lepas tengok wayang depa datang berempat. Sampai rumah dalam pukul 1.30pm gitu.
Kuih tunjuk. Selfie sambil makan kuih-muih:)
sedikit juadah untuk adik-adik office mate:)
Alhamdulillah, lepas makan dan sholat Asar kami bertolak balik ke Lahad Datu. En Kuling kan bekerja raya tu, so aku dan tumpis tumpang sekali lah balik ke Lahad Datu.
WasSaLam^_^

Hantar Ex-classmate Ke Labour Room

AssaLamualaikum
Cerita sebelum Raya Haji kot. Sahabat ex-classmate ni datang hospital untuk review kandungannya yang dah masuk 9 bulan. Kami memang dah janji, kalau dia datang ke hospital sini contact lah aku. Kebetulan pagi tu dia telefon, kata nak review di Klinik Pakar O&G sini. Aku pun turun jumpa dia. Bila sampai bawah, dia kata sakit-sakit perut dah. Sakit pun datang kejap-kejap. Aiks! aku cakap kat dia, "ko dah nak bersalin kot??". Dia pun tak pasti sebab dah lebih 5 tahun tak beranak. Hehe! Aku yang naik risau. Last-last aku cakap jom pergi Labour Room lah, tak perlu review dah sebab macam dah tanda-tanda nak bersalin tu.
Sempat lagi berselfie, nak pergi Labour Room dah ni:)
Sahabat lama yang maintain cute walau anak masuk 4 orang dah. Yen ni berkhawin dengan sahabat lelaki sekelas kami juga masa tingkatan 5,1996 dahulu.
Alhamdulillah Yen selamat melahirkan seorang babi girl seberat 3.0kg pada hari yang sama (tak tunjuk lagi gambar baby bagi menghormati permintaan mereka). Aku dapat hantar sampai Labour Room dan temankan dia sekejap. Alhamdulillah sakit pun kejap jak terus bersalin normal. 
TAHNIAH Yen & Ardi:)
*Blogger Lily mesti kenal siapa ni kan?? :)
WasSaLam^_^

14.10.14

Cerita Kembar Dalam Keluarga

AssaLamualaikum
Nak cerita tentang kisah kembar ni. Korang mesti suka kan kalau dapat anak kembar? Aku lagi lah suka dan teruja. Selalu berdoa moga Allah kurniakan aku sepasang anak kembar juga seperti adik aku. Sejarah kembar dalam keluarga aku dan En Kuling memang dah ada:
1. Mak aku ada anak kembar (adik aku-kembar tak seiras). Sepupu mak aku pun ada kembar. 
2. Kakak & abg En Kuling pun kembar  (tak seiras juga, seorang lelaki dan seorang perempuan). 
3. Kakak En Kuling yang kembar tu pun dah bersalin anak kembar (seiras-dua-dua perempuan).
4. ?? Mudah-mudahan aku lah. Hehe!  
Ini anak saudara En Kuling. Kembar seiras dipanggil Manja & Comel.
Kakak ipar aku yang melahirkan kembar di atas. 
Kak ipar aku ni pun kembar dengan abang Ipar aku:)
Yang ini Pak Ngah & Mak Lang Pa'e. Kembar tak seiras. 
Muka tak sama, perangai pun tak sama.
* So, memang mengharapkan pasangan kembar dalam family aku. Moga Allah mendengar doaku. Ye lah! Umur pun dah meningkat, kalau dapat kembar boleh lah stop terus. Hihi!
WasSaLam^_^

13.10.14

Akikah & Kesyukuran Muhammad Irshad

AssaLamualaikum
Sebenarnya dah lama rancang nak buat akikah si tumpis tu. Ye lah! dia pun dah besar panjang, kadang malu pada diri sendiri sebab lambat sangat buat akikahnya. Rasa terbeban dalam diri aku dan suami tau. Perasaan berat tu sukar digambarkan. Kami tau ini tanggung jawap kami sebagai ibubapa. Rasa bersalah bila asyik tangguh dan tangguh. Di entry lepas ramai yang tanya bila sebenarnya kami buat Akikah Tumpis ni. 
Kad jemputan yang simple untuk kawan-kawan. Buat sendiri sahaja. Akhirnya pada 30hb Ogos 2014 bersamaan 04 Zulkaedah 1435H (Sabtu) kami buat kenduri Akikah Tumpis. 
Ini jer gambar hero yang ada pada hari kejadian. Punya susah nak tangkap gambar dia. 
Faham-faham lah dok lasak sana-sini. Hehe.
sebahagian kawan-kawan sekolah yang sudi hadir. Ada yang sudah berbelas tahun tak jumpa. Alhamdulillah majlis ini menemukan kami semua. Suka sangat :)
Dengan MakCu Pa'e. Awal pagi sebelum majlis bermula. 
Dengan adik-beradik lain pun gambar tak ingat nak ambil. 
Masing-masing sibuk menolong apa yang patut.
Last sekali gambar tuan tanah lah. Hehe! ini jak yang sempat diabadikan.
Gambar makanan langsung tak ambil, memang tak ingat dah. Sibuk layan tetamu. Kenduri biasa yang dihadiri kawan-kawan rapat dan jiran tetangga. Jemputan pun dalam 100 orang lebih sahaja. Alhamdulillah majoriti yang di jemput pun sudi datang. Syukur sangat. 
Yang tumpis pun teruja tengok kambing 2 ekor yang disembelih. Suka dia. 
Siap tanya "ini untuk akikah abg Pa'e kah Ibu?"hehe! 
Mudah-mudahan anak Ibu jadi anak yang soleh. Amin.Amin.Amin
WasSaLam^_^

11.10.14

Tumpis tu Cari Apa tu?? :)

AssaLamualaikum
Cerita  masa lalu lagi. Haha! (masa lalu balik kampung Jus, Melaka). 
Tengok gambar tumpis ni?? agak-agak dia cari apa?? :
Tumpis dok cari:
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Ayam dan Itik untuk dikejar dan dijadikan mangsa. Hahaha!
tiap pagi kejar ayam itik. Nenek nak larang pun tak sampai hati. 
Ikutkan jak lah, cucu sesekali balik kampung. Hehe!
*Selamat berhujung minggu ya*
WasSaLam^_^

10.10.14

9.10.14

Kami Punya Cerita Aidil Adha 1435H

AssaLamualaikum
Baru nak up cerita Aidil Adha kami. Aidil Adha yang sederhana. Aidil Adha yang kami rayakan tanpa En Kuling lagi. Berkorban bila En Kuling tiba-tiba kena bekerja lagi disebabkan masalah yang tak terduga di tempat kerjanya. Erm! redha jak lah! walaupun sedih sebab en suami kena kerja, raya tetap raya kan. Bersederhana sahaja.
Rangkuman gambar di pagi raya:)
Inilah jer lah gambar tumpis yang OK. 
Lain-lain semua penuh dengan memek muka ntah apa-apa.
Baju recycle jak Raya Aidil Fitri lepas :)
Bersama Ibunda tercinta selepas melawat kuburan adik kedua bongsu.
Lihat lah pipi yang tembam itu. Aduh! memang berat badan naik lagi. Haha!
Adik beradik yang berbeza muka semua. Hihi! 
Pak Ngah & Mak Lang Tumpis yang hujung-hujung tu kembar tak seiras:)
Pagi raya lepas sholat raya, kami ada buat kenduri doa selamat dan kenduri arwah. Lepas acara makan-makan tu, acara bebas dah. Hehe! 
WasSaLam^_^

8.10.14

Oh! My Sabah-Banjir & Jalan Retak

AssaLamualaikum
Petang-petang ni baru ada sedikit mood. Hehe! Itu pun mood sedih sebab kejadian banjir yang berlaku di Penampang, Sabah. Berlaku tiba-tiba sejak semalam, moga makin surut lah. Dah masuk TV3 juga semalam. Simpati pada semua mangsa. Moga tabah menghadapinya. 
Musibah melanda, datang tanpa diduga.
Banjir di Penampang. Macam tenggelam dah bandar ni :(
Sumber: Sabahan.FM
Ini pula gambar jalan retak disepanjang jalan Donggongon-Tambunan km 45.6km dari Kota Kinabalu. Jabatan Kerjaraya menasihatkan org ramai agar tidak melalui jalan tersebut kerana mengalami keretakan teruk dan jalan tersebut tidak selamat untuk dilalui.
Doakan agar Bumi Sabah sentiasa dalam lindungan-NYA ya!
WasSaLam^_^

7.10.14

3.10.14

Salam Aidil Adha 1435H

AssaLamualaikum
Pasti ramai yang dah bercuti. 
Sebelum cuti sempena Raya Aidil Adha ini, kami sekeluarga juga ingin mengucapkan :
Selamat balik kampung pada yang pulang ke kampung halaman. Berhati-hati dijalan raya ya! Moga selamat sampai ke destinasi dan merayakan Aidil Adha bersama keluarga tersayang. InsyaAllah sama-sama kita hayati konsep "pengorbanan yang sebenar".
*Kemungkinan blog akan bercuti, lepas raya baru jumpa lagi ya..hehe*
WasSALam^_^

Usah Bersedih!

AssaLamualaikum 
Perkongsian dari Group WhatsApp. Amat terkesan di hati.  

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf As, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yangg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus As, yang terperangkap didalam perut ikan. 

4. Andaikata kamu didatangi penyakit dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub As, yangg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa As, yang tidak dapat bertutur dgn sempurna. 

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah Ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam As, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa. 

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh As, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad SAW, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat.

Subhanallah, Masyaallah. Allahuakbar!
Allah SWT mewujudkan personaliti yg hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti manusia seperti aku dan kamu, bila mana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU DIUJI BEGINI?".


Moga bermanfaat. Sama-sama kita renungkan.
WasSaLam

2.10.14

Nuffnang Bermurah Hati Lagi

AssaLamualaikum
Dua tiga hari ni macam dok baca entry kengkawan yang banyak dapat CPUV. Tahniah semua. Rezeki tu. Aku pun syok sendiri lah juga dok cek Nuffnang. Haha! Ada juga rezeki buat aku. 
Inilah yang menari-nari sekarang. yang terbaru pagi tadi ialah Proton PCC tu (Iris ler tu). Syukur, rezeki buat blog picisan ini. Terima kasih lah pada Nuffnang sebab selalu juga beri kepercayaan. Walaupun tak banyak, orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
WasSALam^_^

Doorgift Majlis Akikah Tumpis

AssaLamualaikum
Mengabadikan Doorgift untuk para tetamu masa majlis akikah Tumpis hari tu. Pada mulanya memang tak mahu kongsi cerita ini diblog, takut orang salah anggap. Juga ada sebab-sebab tertentu. Tapi biarlah apa orang nak kata, aku hanya berkongsi untuk tatapan Tumpis bila besar nanti. Boleh lah dia tengok kenangan masa kecilnya diblog suam-suam kuku ini. Sob..sob..sob.
Tasbih Mini untuk tetamu. Tempah di Nana Craft
Surah Yasin. Moga bermanfaat pada tetamu. Tempah di SINI
Bunga Telur juga untuk tetamu:)
Gula-gula, coklat & sumi untuk anak-anak
Semua ini aku sediakan sendiri. Tempah dengan pihak-pihak di atas tu ambil masa juga. So, sebulan sebelum majlis aku memang dah mula prepare apa-apa yang patut. Survey harga siap-siap, cari mana yang paling berpatutan. Akhirnya dapatlah beli Tasbih Mini dan Surah Yasin. Alhamdulillah urusan dengan mereka pun dipermudahkan. Diharap para tetamu yang datang berpuas hati. Moga ianya bermanfaat pada semua. Terima Kasih.
WasSaLam^_^

1.10.14

Begitu Cepat Masa Berlalu

AssaLamualaikum
Cepatnya masa berlalu. Hari ini kita dah masuk Oktober 2014. Macam-macam yang berlaku sepanjang sepuluh bulan tahun ini. Ada yang manis, ada yang pahit. Yang manis majoritinya sudah terpahat di blog ini. Yang pahit biarlah aku pendam sendiri. Hehe! 
Apapun tinggal 2 bulan sebelum kita melangkah ke tahun baru.
Moga semuanya baik-baik sahaja.
WasSaLam^_^

Bunga Kristal Di MsKristal, Kunak

AssaLamualaikum
Koleksi bunga-bunga kristal buatan sendiri oleh sahabat baik (bekas rakan sekerja). 
Memang kreatif dan cantik-cantik. Harga pun berpatutan. 
Memang ramai yang beli untuk dijadikan perhiasan di meja dan sudut. 
Terbaru 
Yang ini gambar yang aku snap masa singgah di kedai kawan ni beberapa bulan yang lepas.
Kedai kawan aku ni terletak di Kampung Getah Kunak, Sabah. 
Kira 1 jam perjalanan dari Lahad Datu atau Tawau. 
Banyak lagi koleksi menarik dan terbaru.
Berminat boleh lihat dan PM di Facebook MsKristal MurniSamsudin
WasSaLam^_^