AssaLamualaikum
5 RAHSIA KHASIAT AIR KELAPA YANG RAMAI TAK TAHU:
Menurut laman 'Organic Health', jika anda minum air kelapa secara konsisten selama 7 hari,
40-50 ml sehari, anda akan:
1- Rasa lebih bertenaga.
2- Hormon di dalam thyroid akan meningkat.
3- Untuk mereka yang bermasalah buah pinggang, ia telah mula membersihkan saluran kencing dan memecahkan batu karang.
4- Selera makan akan menurun, membantu penurunan berat badan.
5- Elektrolit dalam badan akan lebih seimbang, mencegah hypertensi.
Jadi, jom minum air kelapa 7 hari, tetapi 40-50ml sahaja tau !
Moga bermanfaat.
WasSaLam^_^
teringat kat kg.. pokok kelapa sebelah rumah, rasa2 teringin nak minum air kelapa muda terus kait..kopek, himpunkan airnya dan sudukan isi kelapa yg lembut itu, bubuh ketul air sikit..ohh, sedapnya..:)
ReplyDeletesedapnye air kelapa..masalahnye bile ade depan mata, bukan setakat 50ml, sejag 1 liter pun kite boleh habiskan ☺
ReplyDeletegood sharing..sdapnya klu dapat minum air kelapa..:)
ReplyDeleteIlmu yg bermanfaat, terima kasih sharing..
ReplyDeleteAkak suka air kelapa.. emmm dapnya :)
Dapat minum air kelapa sejuk dalam cuaca panas di bawah pokok rendang...aduh......
ReplyDeletehehe..no 4 tu cam best jer!!akan ku usahakan...
ReplyDeletekena tanam pokok kelapa.. kelapa mahal sangat sekarang ni.. hehehe
ReplyDeletedulu, otw pi sungai petani akan terjumpa satu gerai jual air kelapa muda yang dibakar. kata orang khasiat lebih baik...
ReplyDeletetak pernah beli pun...
nak cari air kelapa ni dah lama rasanya..balik kampung ni dah boleh cari memandangkan usia kandungan dah pun masuk 3 semister...
ReplyDeleteDi kampung pun harganya rm3 sebiji
ReplyDeletemmg byk khasiatnya kan ..... sedap dan menyegarkan plak tu
ReplyDeleteKakak memang tak tahu khasiat air kelapa tapi kakak minum sebab kakak suka rasa dia. Apa lagi kalau yg muda ada jelly dia tu aduhai sedapnya Atie..
ReplyDeleteSalam Atie........
ReplyDeleteMasa saya berpantang bersalin dulu, bidan ada tanya... masa mengandung suka minum air kelapa ke?... saya pun jawab, mmg saya suka sangat minum air kelapa,... pastu makcik tu cakap, ooo patut la baby tak kena kuning. Baby saya memang tak kena demam kuning.
Itu petua orang tua2, mungkin ya mungkin tak.... atau pun kebetulan je.
Bukan hanya bagus utk org mengandung,tapi bley Bantu turunkan berat badan.ye ke?klu dah sedap minumnya smp seliter camna nak kurus?haha
ReplyDeleteAssalam atie,
ReplyDeletenice sharing
iols memang peberet ayor kelapa ni
tapi my boboboy tak soka
tapi kalo coconut shake dia soka pulop :P
Assalam Atie
ReplyDeleteThanks for the info. Air kelapa memang sedap dan berkhasiat
Blogwalking sini ^_^
ReplyDeleteSedapnya air kelapaaaa~ rinduu~~~
Assalamualaikum
ReplyDeletekita pun suka sgt air klpa selalu juga mmbli...tpi yg segar tk ada cmpurn gula..
saya ada baca satu maklumat pasal air kelapa ni . Katanya , air kelapa adalah air semula jadi yg mengandungi kadar kolesterol yg tinggi . bila fikir , mcm ada betulnya sebab air kelapa satu keluarga dengan santan ... dan saya pernah tgk movie cina yg mengisahkan satu couple berijrah ke filipina dan tinggal disitu , minum air kelapa setiap hari hingga jadi gemuk ... betul ke idak , entah le ...
ReplyDeleteasalamualaikum atiey...akak suka minum air kelapa...tapi air kelapa tak boleh minum bila nak makan ubat...sebab ubat tu terus kalah dengan air kelapa..
ReplyDeleteTime preggy hari tu puas dapat minum air kelapa sebab banyak kebaikan kan..tp sekarang ni tak berani lagi nak minum sbb still pantang..hehehe
ReplyDeleteuwais panas dalam badan dia. nak try bagi minum air kelapa ni lah
ReplyDeleteSaya suka air kelapa. Kalau tak ajak pun, saya rela minum 7 hari seminggu, Atie *_* Malang sungguh anak-anak saya tak suka pulak air kelapa ni. Kalau tidak, boleh kita buat stok kat rumah!
ReplyDeletesedapnya air kelapaa.. kalau kat rumah, isi tu kite amek banyak sikit. hehe. beli dapat sikit je.
ReplyDeletesedapnya air nyior, lama x minum.. banyak khasiatnya air kelapa ini, minum yang semulajadi punya, jangan minum yang dikilangkan. kandungan gula tinggi. bole la try produk shaklee plak,huhu
ReplyDelete7 hari? kire macam detoks juga la ye. kene cuba ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
ReplyDelete• kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
• Darah tinggi
• Masalah saraf dan stroke
• cysts
• Kitaran haid tidak teratur
dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah