AssaLamualaikum
Nak basuh tuala pun ada tips tau! Tak salah mencuba, untuk menjaga kain tuala kita agar tahan lama:
Google
✔ Untuk menjaga kelembutan tuala, gunakan hanya setengah daripada jumlah serbuk pencuci yang diguna untuk mencuci pakaian lain. Elakkan daripada menabur pencuci secara terus ke atas tuala.
✔ Gunakan pelembut fabric (softener) sekali sekala sahaja. Jangan menuang pelembut secara terus ke atas tuala. Elakkan penggunaan pelembut yang berasaskan silicon kerana ianya akan meninggalkan kesan berlilin yang akan mengurangkan kuasa penyerapan air.
✔ Elakkan membasuh tuala dengan pakaian lain yang mempunyai zip, cangkuk atau butang bagi mengelakkan tekstur tuala berbulu atau tersangkut.
PALING PENTING:
✔ Untuk basuhan kali pertama, asingkan basuhan tuala YANG BERLAINAN WARNA. Kalau nak campurkan sekali, confirm tuala yang keluar nanti dah lain warnanya. Perlu diingat tuala dari kain cotton adalah penyerap, Tuala-tuala yang baru dibeli telah melalui proses pewarnaan dikilang. Basuhan kali pertama berfungsi untuk membuang warna-warna yang 'melekat'. So cucilah sehelai sehelai hanya untuk basuhan pertama.
Kredit :SARA TM ENT
Asalamualaikum atiey..salam jumaat..
ReplyDeleteTq info...yan selalu lebur je dalam mesin basuh :-p
thanks for sharing
ReplyDeletebagus tips ni..
ReplyDeletetapi, kalau kat rumah...sebab busy, campur aja sekaliharung basuh dlm washing machine tu...haahaha
Assalam atie,
ReplyDeletehe3
semalam baru berdialog dengan hubby pasai isu tola :P
Kakak memang tak rajinlah nak asing-asing Atie. Biasa terus sekali harung terus senang hihi...
ReplyDeleteCuma warna putih dgn yg berwarna aje asing..
patutlah tuala sy cepat jahanam...kihkihkih
ReplyDeletebest info ni.. sebelum ni tak tahu pun ada cara khas untuk jaga tuala... main basuh je dengan baju2 yg lain. hihi..
ReplyDeleterendam dgn softlan . wangi dan lembut ...
ReplyDeleteSalam Jumaat Atie
ReplyDeleteThanks for the tips..
Selalunya memang masuk sekali dengan baju2 lain...huhu
bagus tips ni atie...selalunya masuk sekali je semuanya ,tak pernah terfikir nak asing2kan...lagilah kalau banyak pakaian nak dibasuh.
ReplyDeletekak nah xrajin nak asing2 baju n tuala..patutla tuala xlembut n gebus...
ReplyDeletesalam hujung minggu atie ..
ReplyDeletetak tau pula basuh tuala ada tertibnya .
tu la klu hanya pandai longgok kain baju tepi washing mesin ..
mencuci tugas yg seorg lg ..
hihi ..
satu lagi kena tengok fabrik..
ReplyDeleteada sekali beli kat pasaraya, bila dilap kat badan...tak kering..huhu
bermanfaat jugak ye :)
ReplyDeletefae x paham part ne -> Untuk menjaga kelembutan tuala, gunakan hanya setengah daripada jumlah serbuk pencuci yang diguna untuk mencuci pakaian lain
Saya selalu campur je pelbagai warna tuala sekali.. bagus ni..lain kali xbuat lg..
ReplyDeleteuit..towel pun ada tips gak eh..hehe saya selalu campur je.. kecuali kalau first time cuci.. takut luntur plak warna dia..huhu
ReplyDeletewahh.. Info y bermanfaat.. trima kasih kak..
ReplyDeleteSaly biase main campur2 gitu je basuh..hihii.. malas punye pasal...tq atie share tips..
ReplyDeletebagus tips ni.nampak macam remeh je but tuala tu yang kita guna hari hari. jaga la kebersihan diri kita agar terhindar daripada segala penyakit. insyallah tips ni dapat mtqembantu menjaga kebersihan tuala kita. tq for sharing info
ReplyDeletekite kalau basuh tuali main campur je dgn pakaian yg lain. hehe
ReplyDeleteBunda kalau nak basuh tuala, kutip 2 3 sekali baru cuci...asingkan dengan pakaian lain..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini
ReplyDeleteOkje main belasah jer ..... basuh campur jer Towel ngan baju lain Atie hihi.....dasar nak mudah aje. Gitulah hihi.....Lagi pun towel murah je
ReplyDeleteTanpa tuala dan baju putih, saya basuh pakaian 2x sehari. Nak menangis mesin basuh saya tau. Kalau nak buat gaya gini, bukan mesin basuh yang menangis tapi sayalah! Tak berhenti-henti membasuh baju. Itu belum kes lipat dan gosok baju lagi!
ReplyDeleteSaya basuh tangan ajelah tuala baru. Bila dah banyak kali pakai, kita campur adukkan aje yang berwarna warni bersama-sama. Penat orang bagi tips! Hehehe....
boleh try ni nanti. kira selalu kalau towel murah rebus dulu nak bagi lilin dia keluar. baru towel tu serap air. biasanya towel murah ni kan tak serap air
ReplyDeleteboleh try cara ni. terima kasih atas inform berguna. ^_^
ReplyDelete