10.11.16

Harga Sebuah Persahabatan

AssaLamualaikum. Perkongsian dari group whatapps. Indahnya sebuah persahabatan yang ikhlas. *TUHAN MEMPERTEMUKAN KITA SEBAGAI SAHABAT BUKAN KERANA KEBETULAN TETAPI RENCANA-NYA YANG INDAH BAGI KITA*
DIA telah mengaturkan antara kita 1 perkenalan atau pertemuan yang unik antara 2 hati.
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa Iaitu:
- Sayang.
- Kasih.
- Kasihan.
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan iaitu:
- Berkenalan
- Berteman
- Berkawan
- Bersama
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
Teman Baik Selalu ada Di Sisi kita
 Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6  Impian iaitu:
❤- Sayang
❤- Kekal
❤- Setia
❤- Mengerti
❤ - Menghargai
❤ - Mengingati
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat Iaitu :
**S.A.H.A.B.A.T**
● Sahabat perlu di kasihi. Bukan untuk disakiti
● Perlu di sayang. Bukan dibenci.
● Perlu di hormati. Bukan dikasari.
● Perlu di pegang. Jangan dibuang.
● Perlu di hargai. Jangan dimusuhi.
● Tempatnya di hati. Bukan dikaki.
*Selemah - lemahnya manusia ialah orang yang tidak mahu mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu :
Dialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON. BERBEZA PENUH WARNA
T E T A P I
*JIKA MEREKA BERSAMA, MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH
itulah
*S A H A B AT*. 

12 comments:

  1. Salam Atie...indahnya sebuah persahabatan...di kala susah senang masih bersama...

    ReplyDelete
  2. Jadi utk mendapat sahabat yg baik begitu kita pun kenalah jadi baik dulu kan Atie...

    ReplyDelete
  3. Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita.


    Sama sama lah kita beramal

    ReplyDelete
  4. Sahabat yang baik ialah yang mengarah kita kepada amal kebaikan.

    Yang menutup aib kita dan menghargai budi baik kita...

    ReplyDelete
  5. Sahabat yg baik adalah yg membawa kita sama2 ke syurga..

    ReplyDelete
  6. Bila dh dpt sahabat yg baik tu perlu lah disayang bukan dibuang ye tak Atie, jgn jugak dibenci dan letak dikaki hehe kann
    Salam sahabat dari kaknoor Atie 😀

    ReplyDelete
  7. terbaca kat fb dr harlina siraj. jangan lupa 3 jenis kawan:

    1. kawan yang sentiasa ada dengan kita tak kira situasi
    2. kawan yang membuat kita berdepan dengan kesusahan
    3. kawan yang menjauhkan diri saat kita susah

    ReplyDelete
  8. JALEN PERSAHABATAN BERMAKNA DARI DUNIA HINGGA AKHIRAT

    ReplyDelete
  9. Wahhhhh..... Terharu pulak bila baca Atie....terasa dihargai gitu.
    Sahabat itu tak selalu kelihatan tapi ia sentiasa ada untuk mendoakan....ecehceh...

    ReplyDelete
  10. persahabatan tanpa syarat.. sgt beruntung bile kita ada sahabat mcm tu... salam persahabatan

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..