31.5.16

Dinner @ Restoran Wilayah Seafood

Assalamualaikum. 
Kami masih bercuti sempena Pesta Kaamatan. Besok insyaAllah kerja seperti biasa. En Kuling pun bercuti sekarang, semalam sampai dari Sibu pukul 4.00pm. En Kuling bagitau, teringin nak makan seafood. So, semalam decide makan di Restoran Wilayah Pantai. Kalau ikut, sekarang ni aku tengah diet jadinya nasi aku tak makan sangat. Haha. Makan lauk jak lah. Sayangnya semalam ikan merah ja yang ada. Tiada pilihan. Habis plak stok ikan restoran ni. Makan apa yang ada jer lah. Order ikan merah stim asam halia, sotong goreng tepung, sup isi ketam. Air kelapa pandan, jus epal & chinese tea. Boleh lah! Lepas makan bayar bil dalam RM75.20. Standart price kalau makan kat restoran ni begitulah. Jumpa lagi ya! Esok baru aku blog walking rumah you all. Bye..

29.5.16

28.5.16

Plan hari ini 28/06/16

Entry ringan di hari Sabtu.
Ukur jalan kah you all?
Aku pagi ini ambil abang Pa'e dari sekolahnya. Tak sabar nak ketemuan (walhal baru semalam berpisah). Lepas tu mungkin singgah dipasar sekejap beli lauk. Peti sejuk dah kosong. Isnin 30/06/16 En Kuling akan balik dari Sibu, Sarawak. Sebulan lebih tak balik. Rindu ya (jiwang). Haha. Esok mungkin di rumah sahaja. Nak habaq juga, Sabah & Sarawak cuti Isnin, Selasa ni. Sempena Harvest Festival-Pesta Kaamatan. So, kami 4 hari berholiday ya! jangan jeles. Haha.
Bye. Jumpa lagi.

27.5.16

Abang Pa'e tidur disekolah hari ini...

Salam Jumaat semua sahabat yang disayangi.
Irshad a.k.a abang Pa'e tidur disekolah hari ini. Besok pagi baru jumpa dia. Dia rileks saja, tapi mata tak mau pandang Ibu masa salam & peluk, cium pagi tadi. Sedih kot! hehe. Ibu bagitau 'besok pagi baru jumpa Ibu ya. Dia kata ok! Ibu pesan, baik-baik tau..jangan nakal-nakal dan dengar cakap teacher. Ibu pesan lagi, kalau rindu sangat dengan Ibu, minta tolong teacher telefon kan Ibu. Dia kata OK! Rileks jak dia. Ibu yang emo. Banyak betul pesanan Ibu. Hahaha. Baru nak lepaskan tidur semalam di sekolah, pesanan berpuluh. Risau sebenarnya. Al-maklum dia belum pernah tidur dirumah orang lain selain rumah nenek di Tawau. 
Cerita kat En Kuling, dia ok sahaja. Katanya, biar lah. Ajar abang berdikari. Beratnya hati nak lepaskan, baru jarak beberapa kilometer. Kalau dibuatnya jarak beribu batu entah macam manalah nanti. Uwaaaa..
Abang Pa'e pesan kat Ibu tadi "Ibu tolong jagakan Pelsu & teddy malam ni ya"(bantal busyuknya).
Itu jak ko pesan Nak. Hahaha.
Jumpa lagi.

25.5.16

Irshad & Izz

AssaLamualaikum.
Abang Pa'e dan sahabat baiknya. Ini si Izz. Anak kawan sekerja dahulu. Kalau diikutkan abang Pae lahir bulan February dan Izz lahir bulan November tahun yang sama 2010. So, depa ni sekolah sekali lah. Kalau dah berjumpa ada jak yang mereka bualkan. Perbualan budak-budak. Kadang gelak tengok gaya mereka. Tak berenggang kalau dah jumpa. Aku dan Ibu Izz ni pun memang geng sekepala, gila-gila. Haha!
Tengoklah gambar mereka dulu dan kini. Ini masa persembahan akhir tahun lalu di Tadika mereka. Seorang nak jadi Tentera, seorang lagi nak jadi Polis. Hehe. Darjah 1 pun dah didaftarkan di sekolah yang sama. Harap mereka saling menjaga dan jadi sahabat baik hingga dewasa. Amin!
Jumpa lagi...

Kamu merajuk macam mana??

AssaLamualaikum.
Siapa suka merajuk? Hahaha! Tak boleh nafikan memang ada yang suka merajuk. Secara peribadi, aku jenis yang susah nak merajuk.  Tak pandai merajuk pun. Entahlah, kalau ada ter 'merajuk' pun aku tak suka dipujuk. Rasa 'pelik' bila kena pujuk. Geli. Masa bercinta pernah En Kuling call, ada 100 miss call aku tak angkat. Merajuk kah tu? Punyalah buruk perangai aku kan? haha.
En Kuling? aku tak pasti masa bila dia merajuk. Kadang aku serius, dia melawak. Yang aku dah faham dan tahu sangat jangan kacau masa dia tidur (kecuali ada hal yang betul-betul urgent). So, jarang ada isu merajuk dalam dirinya. Aku?? Cara nak hilangkan rajuk, aku bawa tidur dan berdiam diri. Tengoklah berapa lama. Ikut mood. Haha! Selalu kalau ada yang aku tak berkenan atau tak sama pendapat dengan En Kuling, aku diam. Tak bercakap! Dengan itu beliau tahu lah tu aku merajuk. Perang dingin. Tidur awal, kadang tak masak. Kihkih. Jangan ikut macam aku. 
Jumpa lagi...

24.5.16

Family Day Office 2016-Sandakan Part 1

Entry kebelakang:
Planning Family Day yang telah lama dicanang-canang. Akhirnya terlaksana pada 07-08/05/16 baru-baru ini (Sabtu & Ahad). Cadangan tempat pun dibuat. Biasalah kalau nak buat dikawasan dekat-dekat sini, memang tak banyak pilihan. Sama ada buat di Tawau atau Sandakan. 2 tahun lepas pun buat di Sandakan. Tahun ini nampaknya Sandakan juga pilihan ramai. Cuma dihotel yang lain lah. Kali ini kami memilih Sandakan Styles Hotel. Bolehlah untuk masa yang terhad 2 hari 1 malam.
View dari hadapan Hotel. Dihadapan ni, ada shopping complex yang besar di Sandakan, Harbour Mall. Belakang pula view laut.
Tahun ini join tanpa En Kuling sebab beliau tak dapat balik, Baru habis cuti, so aku pergi dengan boyfriend kecil ku sahaja lah. Si Abang Pa'e, Nasib dia memberikan kerjasama sepanjang program kami ni. Kalau tidak, naya juga nak handle. Huhu. Kami dapat bilik #425. 
View dari dalam bilik kami. Laut luas terbentang:)
Entry bersambung lah! dah tak tau nak cerita apa lagi. Haha! 
Jumpa lagi..

23.5.16

Semangat Skipping..

AssaLamualaikum.
Pagi-pagi blur. Haha! nasib mood nak membebel diblog tu tetap ada. Cerita tentang Skipping lah. Semangat konon. Haha. Dah lama member office suggest buat skipping ni. Sebab nak keluar jogging disekitar taman perumahan tu ada sedikit malu. Orang perhati lah. Hehe! So, start Jumat petang bermula lah aktiviti skipping ku. Si abang Pae jadi peneman setia memerhati.
Macam inilah aku punya. Dah lama beli, baru tergerak nak buat. 
Harapnya semangat berkekalan:)
Rupanya ada teknik juga. Kat atas salah satunya (banyak lagi teknik kalau tengok kat google). Aku main lompat jak beberapa hari ni. Semalam buat dekat 50 kali lompatan juga lah. Selang-seli. Lepas buat memang peluh meleleh-leleh. Ringan badan terasa. Segar! Abang Pae siap tegur " bestnya Ibu. Nak buat juga tapi abang Pae kecil lagi", katanya. Harap semangatku berskipping ni berterusan lah hendaknya. Sayang nak tinggal kalau dah mula.
Jumpa lagi...

21.5.16

Entry berkurung di rumah...

Salam Sabtu.
Setiap weekend sekarang ni jarang dapat berjalan-jalan. Tak berapa yakin sangat lagi nak bawa si Abang Pa'e jalan berdua. Sesekali tu boleh lah. Dengan kesesakan, cuaca panas lagi. Memang tak sanggup nak hadap. Tunggu En Kuling balik sini, baru aktiviti ukur jalan dapat dilakukan. Buat masa ni baik lah duduk di rumah sahaja, bertapa main masak-masak dengan bujang sorang ni. Kalau mood rajin datang, segala yang nak dimakan akan dibuat. Request si abang Pa'e pun cuti-cuti nilah nak masak.
Selamat berhujung minggu semua! Ada yang keluar shopping baju raya?? hehe.
Jumpa lagi..

20.5.16

19.5.16

Our Team 2016

AssaLamualaikum
Sekeping gambar team kami untuk tahun 2016 ini. 14 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Team gila-gila bila ada aktiviti. Team mencari rezeki. Dibawah kelolaan seorang Bos wanita yang baik hati (ketiga dari kiri). Alhamdulillah! Juga nak tayang baju korporat baru. RM95 untuk baju sahaja. Kain kami sendiri cari. Mahal tak?? :)
Bila diperhatikan kepala aku seorang sahaja yang senget. Tak dapek nak nolong betulkan kepala, kata si tukang edit. Haha. Bila gambar dah siap baru perasan. Kalau terjumpa dimana-mana salah seorang diatas, tegur-tegur lah. Jangan risau semua baik-baik. Semua juga adalah Sabahan, kecuali Big Bos (Johor). Yang penting kami lah team Power Ranggers Moden. Hahaha!
Jumpa lagi. 
With LOVE..

18.5.16

Apa yang mau di cerita?? haha!

AssaLamualaikum
Bila mood berblog ada, idea plak kering. Nasib lah. Dari pagi dok belek-belek blog sendiri, tapi tak tahu nak cerita apa. Hahaha! Last nak bagitau, pagi tadi semangat check gula (semalam dah puasa tak boleh makan apa start jam 10pm) tapi bila tengok result, naik seram lah plak. Adoi! 6.6! Mak ai! bertambah stress dibuatnya. Bila tanya sister kat klinik tu bagitau kurang tido, stress pun boleh sebabkan gula tinggi. Ohh! baru aku tau.Ingatkan bila kurang tidur & stress akan sebabkan tekanan darah naik sahaja. Persoalannya, adakah aku stress?? hahaha. Kalau kurang tidur mungkin juga, sebab bila duduk berdua sahaja dengan my darling Pa'e tu memang kena struggle lah! semua kena uruskan sendiri. So, nak manja-manjakan diri tu tiada. Apa yang lebih utama adalah si Muhammad Irshad. Tekad, mulai hari ini nak kurangkan lagi makanan manis (kalau ikut aku jaga tau, makan manis ni tak berapa). Uwaaaa, takut! 
Jumpa lagi!
With love...

17.5.16

Irshad ku 6 Years+3 Months

AssaLamualaikum
Ramai yang rindu nak tahu perkembangan Pa'e. Ramai auntie-auntie tanya (famous jugak ko Pa'e. Haha!) Banyak sangat cerita sampai tak tahu nak mula yang mana dulu. Hehe! My Muhammad Irshad Rifa'e a.k.a Pae esok genap 6 tahun 3 bulan. Dah masuk Tadika 2. Tahun depan masuk sekolah rendah. Dah daftar pun. Orang selalu ingat dia dah sekolah rendah, walhal baru 6 tahun. Tinggi, kurus. Takpelah, janji sihat kan? 
Gambar masa cuti-cuti Sabah. Di Desa Dairy Farm, Kundasang. 
Tengok lah gaya tu!
View dah cantik sangat, tapi kalau perasan dia buat muka masa ni. 
Saja kembangkan hidung tu. Adoi! haha
Candid! kat belakang tu ada lembu konon, tapi tak nampak
Dia ni sekarang jadi sahabat sejati aku. Dah faham kalau aku bercerita kat dia. Maklum, duduk pun buat masa ini berdua sahaja. Tapi selalu nya dia lebih membebel dari aku. Hahaha! banyak sangat tanya. Sabar jak lah! penghibur hati, walau kadang jadi singa juga. Biasalah kan. Hehe.
Jumpa lagi...
with LOVE Ibu & Pae

16.5.16

Selamat Hari Guru 2016

AssaLamualaikum
Just nak ucapkan "Selamat Hari Guru 2016" buat sahabat-sahabat blogger yang bergelar pendidik. Jasa kalian takkan terlupakan. Teruskan mendidik dengan penuh dedikasi walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Guru juga manusia biasa, punya perasaan. Hargai lah mereka seikhlas yang boleh. Terima kasih Cikgu! 
Sayang guru-guru semua.
With LOVE- atieyusof & Pa'e
Lahad Datu.

13.5.16