25.5.16

Kamu merajuk macam mana??

AssaLamualaikum.
Siapa suka merajuk? Hahaha! Tak boleh nafikan memang ada yang suka merajuk. Secara peribadi, aku jenis yang susah nak merajuk.  Tak pandai merajuk pun. Entahlah, kalau ada ter 'merajuk' pun aku tak suka dipujuk. Rasa 'pelik' bila kena pujuk. Geli. Masa bercinta pernah En Kuling call, ada 100 miss call aku tak angkat. Merajuk kah tu? Punyalah buruk perangai aku kan? haha.
En Kuling? aku tak pasti masa bila dia merajuk. Kadang aku serius, dia melawak. Yang aku dah faham dan tahu sangat jangan kacau masa dia tidur (kecuali ada hal yang betul-betul urgent). So, jarang ada isu merajuk dalam dirinya. Aku?? Cara nak hilangkan rajuk, aku bawa tidur dan berdiam diri. Tengoklah berapa lama. Ikut mood. Haha! Selalu kalau ada yang aku tak berkenan atau tak sama pendapat dengan En Kuling, aku diam. Tak bercakap! Dengan itu beliau tahu lah tu aku merajuk. Perang dingin. Tidur awal, kadang tak masak. Kihkih. Jangan ikut macam aku. 
Jumpa lagi...

21 comments:

  1. kiranya akk kuat merajuk juga la kan..heheh

    ReplyDelete
  2. Ala comel merajuk mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Kakak kalau merajuk diam aje Atie. Malas nak cakap.
    Tapi biasa tak lama dah tua-tua ni jarang nak merajuk-rajuk lagi dah...

    ReplyDelete
  4. Morning, Atie...
    Ni betul2 rajin ni.. bagus, sama2 teruskan update..
    Haha.. merajuk!! Lebuh kurang je tu, kalau nurul mrrajuk, diam je la sampai en suami datang bersuara, x pujuk tau tapi saje2 bawak citer lain.. huhu.. x jadi nak merajuk lama pun..
    Kalau dia pula, nurul x tahu dia pernah merajuk ke tak.. rasa2 xde lagi...

    ReplyDelete
  5. Akak masa muda2 dulu kuat juga merajuk,tapi sekejap je tak sampai sehari pun...suami akak kalau memujuk bukan main lembut gigi dari lidah :-).
    Dah tua ni merajuk pendam je...lama2 ok sendiri lah.

    ReplyDelete
  6. merajuk atie..tak masak dan berdiam diri..kalau acik pulak berdiam diri dan mogok lapar ha ha..masa muda2 dulu la.dah tua ni tak de ape nak dirajukan dah..kalau ada yang tak kena..terus sound je..kejam he he

    ReplyDelete
  7. Ira merajuk jugakkk..
    Biasanya kalau merajuk, ira akan diam.. bila husband tanya, jwpn standard dia dpt, takde apa.. muka ketat je.. haa lps tu dia akan tanya bnyk kali sampai ira x larat nk dgr,akhirnya air mata keluar laju2 terus xleh cakap.. hahaha.. kdg tu..diam, terus tdo.. kdg tu diam & hanya ckp yg penting je.. lps tu sendiri ok balik, wassap dia..takut nnt derhaka plak kan.. hihi.. tu biasanya jd bila nk period, tiba2 je nk merajuk psl benda remeh..

    Haha..terpanjang plak komen.. menarik topik ni..

    ReplyDelete
  8. Aku klu merajuk mesti diam jak. Lepas tu ok lah. Senang kan hubby aku nda mo pujuk2 bagai hehe

    ReplyDelete
  9. merajuk pada yang sayang...huhu..

    ReplyDelete
  10. Saya pun jenis perang dingin... hahaha
    Memang jadi batu dia bila merajuk tu... Tapi jenis tak perlu pujuk..... Lagi pujuk lagi kuat merajuk... hahaha

    ReplyDelete
  11. SALING MEMAHAMI ANTARA PASANGN SUSAH JUGA NK BERSINGGIT HATI R MERAJUK KAN ATIE.

    ReplyDelete
  12. Saya pun kuat merajuk, Atie. Tapi dek kerana HD dah tak larat nak pujuk, malas dah saya nak merajuk lagi. Hahaha!

    HD pulak jaranglah merajuk tapi kalau merajuk, memang minta kita pujuk manja-manja. Selagi tak pujuk, selagi tulah moodnya kedaung. Buat sakit hati kita aje nanti. So, kenalah cepat pujuk kalau tak nak perang dingin berlama-lama!

    ReplyDelete
  13. Merajuk berdoa semoga si dia datang memujuk heeee kadang minta ja suruh pujuk.. ada anak ni tak sempat nak rajuk kut Atie :)

    ReplyDelete
  14. Merajuk dlm rumah tangga Tun perkara biasa kn.. Tak best la kalau takde babak merajuk pujuk ni..hihi

    ReplyDelete
  15. Hahaha...
    Akak ni dah kilauan emas atie..
    Malas dah merajuk kihkih..
    Tapi suka merajuk kat anak2..
    Suka dorang pujuk 😆

    ReplyDelete
  16. Saya suka merajuk..nasib baik cik abang rajin jugaklah nak layan...hiksss

    ReplyDelete
  17. salam , saya kalau merajuk diam dan lari dari orang lain , dan nangis

    ReplyDelete
  18. kalau akak pun biasanya lancarkan perang dingin je, senyap tak bercakap, lama2 baik sendiri hehehe

    ReplyDelete
  19. salam atie ..
    fitrah manusia memang ada sifat merajuknya ..
    cuma pada2la .. jgn la panjang merajuknya ..nanti menyusahkan pasangan kita

    ReplyDelete
  20. Sama le kita Atie, kalau merajuk mmg diam seribu bahasa, mls nak bertekak....

    Sebenarnya harap dipujuk tp nampaknya nak tunggu dipujuk sampai tualah hihi....
    Betullah, lelaki ni mmg kebal betulkan, susah betul nak merajuk

    ReplyDelete
  21. Udah belaki bini, perang dingin tu memang ada, tipu la kalo cakap, eh mana da..hehee

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..