AssaLamualaikum
Kopi mampu meningkatkan tenaga dan mengaktifkan fungsi otak untuk menjadi lebih pintar.
Kopi berkesan dalam meningkatkan tahap tenaga tubuh bagi mereka yang penat atau letih. Ini kerana ianya kaya dengan kandungan kafein, yang mana ianya merupakan bahan psikoaktif yang kerap diambil di seluruh dunia. Fungsi otak akan lebih aktif termasuklah aspek dari segi memori, mood, waspada, tahap tenaga, masa tindakbalas dan fungsi kognitif am.
Kopi membantu dalam pembakaran lemak.
Tahukah anda bahawa kafein sebenarnya terdapat di dalam kebanyakan suplemen pembakar lemak? Ada baiknya kerana kafein adalah salah satu bahan semulajadi yang terbukti membantu dalam pembakaran lemak. Sesetengah kajian juga mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dari 3% ke 11%. Kajian lain pula mendapati kafein mampu meningkatkan penghapusan lemak sebanyak 10% pada individu yang mengalami masalah obesiti dan 29% pada individu biasa.
Kafein secara drastik mampu meningkatkan prestasi fizikal.
Kafein merangsang sistem saraf yang menyebabkan ia untuk menghantar signal kepada sel lemak untuk membakar lemak dalam badan. Kafein menjadikan sel lemak memusnahkan lemak tubuh yang berlebihan, melepaskan ia ke dalam darah sebagai asid lemak dan menjadikan ia sebagai penjana tenaga. Disebabkan kesan ini, ianya tidak mustahil yang kafein sebenarnya boleh membantu meningkatkan prestasi tubuh.
Kopi boleh mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.
Penyakit Diabetes II adalah masalah penyakit yang paling besar di dunia. Ianya bercirikan gula dalam darah yang tinggi dalam konteks rintangan insulin atau ketidakupayaan untuk merembeskan insulin. Bagi sesetengah sebab, peminum kopi sebenarnya mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.
Kopi melawan tekanan perasaan dan mampu menceriakan seseorang.
Tekanan adalah satu masalah mental yang sangat dipandang serius. Kajian Harvard mendapati wanita yang mengambil empat atau lebih cawan kopi sehari mempunyai 20% risiko rendah untuk mengalami tekanan. Kajian lain pula mendapati empat atau lebih cawan kopi sehari kurang 53% untuk melakukan bunuh diri.
Risiko penyakit kanser kurang.
Semestinya kita tahu bahawa kanser adalah penyakit pembunuh nombor 1 di dunia. Kopi juga sebenarnya mampu menghalang tubuh dari dua jenis kanser iaitu kanser hati dan kanser kolorektal. Mereka yang mengambil kopi sebagai rutin didapati mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit ini.
**JOM Kupi-Kupi dulu :)
**JOM Kupi-Kupi dulu :)
Kredit : Majalah EH
byk khasiat kopi ni..
ReplyDeletetp pg ni yui green tea dlu..hehhe
banyak khasiat kopi
ReplyDeleteItulah walaupun banyak khasiat kakak ni alah dgn kopi
ReplyDeleteSuka bau aromanya memang harum. Tapi bila minum mesti kakak sakit perut
Sesekali minum juga bila tak boleh tahan teringin- tapi tanggunglah akibatnya.
Dah lama akak tak minum kopi,tiba2 teringin pulak.Tapi akak biasa minum kopi campuran.
ReplyDeletesaya nie kopi takde la ketagih sangat....tapi kalo sehari tak kena 2-3 gelas nescafe buleh tak senang duduk gayanya
ReplyDeleteKopi o panas takmo gula satu!
ReplyDelete*laju2 order kopi feveret*
banyak ye kebaikan dia..dulu lecturer kimia pernah bgtau gak pasal aktifkan otak tu..sejak tu mmg selalu nescafe..tp secawan je sehari..banyak pun tak elok yeee :)
ReplyDeletesemua benda bagus, jgn berlebih..jangan kurang..
ReplyDeleteAkak suka dengan kopi ni atie..
ReplyDeleteBaru lepas minum kat Segamat Rel tu..
Tapi lepas tu mula lah sakit kepala huhuhu..
Pada hal akak minum sikit je..
Nabil yg perabihkan..
Tapi sakit kepala hingga ke malam..
SB ni penggemar kopi daa.. patut la lelemak susah nak menyinggah kat badan.. sehari minum 2 cawan dah kira cukup membahagiakan..hahaa!!
ReplyDeletesedapnya layan kopi o pekat2 ngn biskut...
ReplyDeletetp tak blh selalu kot... tkt minum air manis selalu
BNYK KHASIAT KOPI YA TAPI DH LAMA PANTANG MINUM KOPI..RUGINYA
ReplyDeleteNampak gayanya kena rajin meng-kopilah lepas tu. Yang bab membakar lemak tu yang terbeliak sikit tau. Kena minum kopi selalu nih ^_^
ReplyDelete