21.10.16

Siapa kita di pagi hari?

Salam Jumaat semua. Sharing perkongsian dari group. Diam sejenak dan renungi diri.
Ulama berkata : “Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah swt”

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).
Contohnya:
Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil, Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami atau isteri atau anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.
Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
Pagi-pagi lagi dah ‘bad mood’ dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.
Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.
Bahaya ni. Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya.
Sebab apa?
Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuashati dengan Allah Swt.
Tahukah kita?
Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah swt kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari Allah swt. Allah Maha Mengetahui.
Renungi diri
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. Cermin diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan Allah swt dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah swt kepada kita dengan hati terbuka.
Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.
Selalu ucapkan dan zikirkan ‘Astaghfirullah hal azim’ dan ‘La hawla wala Quwwata illa billaah’ selalu bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah swt.
JANGAN ‘BAD MOOD
JANGAN SUKA MARAH-MARAH DI PAGI HARI.
TENANGKAN JIWA.
** Jom sama-sama perbaiki diri.... 

17 comments:

  1. Jom amalkan sentiasa bersyukur ye Atie..
    Good sharing 👍👍👍

    ReplyDelete
  2. tq berkgsi kak..salam jumaat..

    ReplyDelete
  3. moga lps nih dana lbh rilex di waktu pagi

    ReplyDelete
  4. MULLAKAN HARI DENGAN HATI YG TENANG N SENYUMAN MANIS

    ReplyDelete
  5. Alamak Atie!!! Terasa jugak ni..... maklumlah, ada hari hari kekadang pagi pagi lagi kita dah marah kan...Monyok semacam aje...haha...
    Ampunkan dosaku Ya ALlah

    ReplyDelete
  6. nice sharing. rasa setepek kat muka. hehe sbb pagi2 selalu nk nak ngamuk layan budak xnk mandi gi taska.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Erk.. insaf. Tak nak marah2 dah.

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg hebat..tQ atie..kadang2 pagi tu sbb penat urusankan macam-macam..biasa lah mak-mak.. tapi cepat2 istifar..

    ReplyDelete
  9. aduhaiiii, terasa pulak bila baca suka marah-marah tu Atie...

    ye lah kadang2 tu, pagi-pagi lagi selalu saja berlaku kes tak duga dek akal, dan-dan tu jugak rasa nak marah2!

    ReplyDelete
  10. singgah sini,, huu marah tak dapat nak pisahkan .. tapi jangan melampaui batas ..kena istighfar banyak2,, nak suruh tenang hati

    ReplyDelete
  11. Salam singgah sini sis...Kadang marah datang tanpa kita sedari oleh itu banyakkan beristighfar dan berfikiran positif sabar dan redha dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  12. Oklah jangan marah2 pagi2
    nanti rezeki lari.

    ReplyDelete
  13. Siapa yang suka marah-marah kesihatannya juga akan terjejas...

    ReplyDelete
  14. Ad jgk pg pg trbad mood --'

    ReplyDelete
  15. Saya tak dapat elak dari hot bila tengah sedap tidur ibu_suri gerak kerana minta bantu dia ke bilik air.

    ReplyDelete
  16. Moga dapat tingkatkan kesabaran..
    Senyum selalu :)

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..