4.11.19

Sepi. Sedih. Kehilangan

Assalamualaikum.
Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklumkan 'makcik' meninggal dunia pagi tadi. Ya Allah, terkejut sangat sebab makcik sebelum ini sihat sahaja. Belum berumur sangat pun. Sedih sangat sebab rapat dengan makcik ni. Teringat-ingat wajah dia, senyuman dia. Cara bercakap yang lemah lembut. Banyak kenangan juga dengan arwah.
 
Pagi itu juga, kami balik ke Tawau. Sementara menunggu anak-anak arwah sampai (semua tinggal jauh, hanya seorang yang stay di Tawau) kami buat apa yang patut. Arwah makcik tiada anak perempuan, semua lelaki. Jadi kami sanak saudara terdekat yang mandikan arwah. Pertama kali aku mandikan jenazah. Pengalaman yang amat mengharukan. Insaf. Arwah di sembahyangkan di masjid, dan kemudian dikebumikan pada hari yang sama. Alhamdulillah kami berjaya sempurnakan dan dipermudahkan urusan hingga selesai.
Semalam plak juga mendapat berita 'ibu' pada sahabat kami meninggal dunia sebelah pagi. Berita yang amat mengejutkan juga. Ya Allah, kematian yang tidak dijangka. Sampai masanya Allah menjemput mereka. Kita?? hanya menjadi rahsia Allah! tidak akan lambat walau sesaat. Moga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat 'makcik dan ibu sahabatku.
Al-Fatihah.

25.10.19

Riang Ria di Pantai Payang-Lahad Datu

Assalamualaikum. Aktiviti bersama office mate bulan September hari itu. Plan untuk mandi-manda dan release tension lah konon. So pakat-pakatlah nak ke pantai. Kami pilih Pantai Payang untuk bersuka ria bersama rakan-rakan office yang lain. Lagi pun Pantai Payang telah ditambah baik dari segala kemudahan untuk pengunjung dan agak terkenal di sini dikalangan penduduk setempat dan daerah sekitar. Perjalanan dari bandar Lahad Datu untuk ke sini lebih kurang dalam 30 minit juga. 

Office mate yang gila-gila dan ceria

Sporting tak bos yang baring depan tu? haha!
 
 
Tengok abang Pae tu. Seronok mandi.
 
seronok mereka bermandi-manda
 
Geng Ibu-ibu & adik-adik
 
 
Tempat parking kereta. Berkumpul sebelum balik.
Bila hujung minggu memang ramailah yang kesini. Kena pergi awal untuk booking tempat (pondok-pondok tepi pantai). Tempat untuk buat BBQ pun ada disediakan. Nak memancing pun boleh bagi yang berminat. Memang sesuai untuk buat aktiviti keluarga. Buka seawal pagi dan tutup jam 6.00PM. Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Ada juga disediakan gerai untuk membeli makanan dan minuman.
Selamat berhujung minggu guys.
Thanks for reading!

24.10.19

Kurus Tak Semestinya SIHAT

Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tanggapan tersebut. Dah banyak bukti, kawan-kawan atau saudara mara yang kurus juga menghidap pelbagai penyakit. Tak kira tua atau muda.
 
Zaman sekarang kena betulkan persepsi. Badan kita, kita sendiri kena jaga dan ambil tahu. Apapun yang penting, sama-sama kita amalkan cara hidup sihat. Moga dilindungi dari pelbagai penyakit yang berbahaya.
Thanks for reading!

23.10.19

Trip Yogyakarta - Kalibiru

Assalamualaikum. Sambungan entry Yogyakarta. Kami ke Kalibiru plak. Kalibiru ni lebih terkenal dengan pemandangan alam yang menenangkan. Jauh juga dari bandar Jogja. Jojga ni dari satu tempat ke tempat yang lain memang jauh-jauh. Sempat tidur dalam kereta. So, kena bertabah duduk dalam kereta lama. Kami memang sewa driver sepanjang kami di sana. Senang nak kemana-mana. Jimat masa, tenaga. Semua mereka uruskan, just sedia duit entrance fee, makan dan shopping.
 
Di Kalibiru ni lebih pada aktiviti photo shoot . 
View memang cantik sangat. Kreatif depa buat tempa-tempat macam ni.
 
Model tak bertauliah. Haha!
 
Ketar lutut hanya Allah yang tahu. Degil sangat, nak juga cuba!
 
Meniti lah jambatan gantung tu sampai ke hujung. 
Siap ada photographer yang ambilkan gambar.Bayar ja kat depa. 
 
Ni semua jurugambar yang suruh buat gaya. Haha! 
dah tua tak reti dah nak posing.
 
Pencapaian boleh buat macam ni. Sebab sejenis gayat juga. Haha! 
Gambar senyum, dalam hati nangis. Takuttt. Hahaha
 
Team @ familyYogyakarta. Baru kenal, tapi mudah mesra.
Puas hati dapat ke Kalibiru. Pemandangan cantik, masih kekal dengan kehijauan. Walaupun kena menapak juga naik bukit nak sampai atas ni. Kaki kena kuat. Haha! Untuk mencuba semua aktiviti, kena kentalkan hati dan kena ada sedikit keberanian. Tambahan plak bila dah sedikit berusia, macam aku. Haha! Banyak tempat yang boleh kita pilih untuk photo shoot, kena pandai pilih yang mana satu kita nak. Rugi plak bila tak merasa salah satu kan? Sesekali. Bila lagi.
Untuk harga tiket-tiket bagi tujuan photoshoot, boleh tengok di harga-tiket-kalibiru.

Address: Jl. Kalibiru - Clapar, Kalibiru, Jatimulyo, Girimulyo, Kabupaten Kulon Progo, Daerah Istimewa Yogyakarta 55653, Indonesia .

Thanks for reading.

21.10.19

Abang Pae - Conduct Koir

Assalamualaikum.
Lama tak cerita tentang hero seorang ni. Dah nak habis darjah 3. Makin besar dan tinggi. Baru-baru ini sekolah anak ada buat sambutan perasmian dan penutupan bulan kebangsaan peringkat sekolah. Di adakan di Dewan Tun Mustafa, Lahad Datu. Walaupun sambutan agak lewat tapi tetap meriah. Jemputan pun ramai. Al-kisahnya si Abang Pae terpilih jadi conduct untuk pertandingan Koir. Mewakili kelas mereka. Mulanya dia bagitau dia takut. Haha! biasalah budak-budak. Aku selalu pesan, kena berani sebab cikgu dah pilih dan kena kuatkan semangat untuk bertanding serta berhadapan dengan orang ramai (ibu yang dah  tua ni pun ada masalah bila berhadapan dengan ramai sangat orang. Ketar lutut! Haha)
 
posing dulu sebelum masuk dewan
 
Sekelas:) 
 
Ready sebelum naik pentas 
 
Permulaan dia sorang, 
lepas tu baru kawan-kawan naik pentas
 
pasukan kelas abang Pae
 
Selepas persembahan.Muka dah macam apa dah! lega.
Al-kisah, guru kelas mereka tak dapat datang masa hari kejadian sebab ada saudara cikgu yang meninggal. Jadi murid-murid menunggu lama di luar dewan, tapi cikgu tak sampai-sampai. Nasib baik ada guru pengganti yang tolong tengokkan anak-anak ini. Sedikit kelam kabut jadinya. Syukur mereka berjaya habiskan persembahan. Walaupun hanya dapat hadiah saguhati, tetap bersyukur atas keberanian anak-anak. Kalah menang adat bertanding. Semangat & berani mencuba itu lah yang paling penting. Kan??
Thanks for reading!

20.10.19

Rileks Weekend

Assalamualaikum. Buat apa tu?? Hehe! Hujung-hujung minggu ni terasa malas sangat nak keluar. Dah jarang keluar. Kecuali ada hal yang nak diselesaikan, baru lah kami keluar sekali jalan-jalan.   Dah selalu sangat duduk rumah hujung minggu. Selesaikan kerja-kerja rumah, masak, makan & rehat (tidur!).Tambahan cuaca panas, memang idok lah nak jalan. Haha! 


Macam si Uting ni  kalau dapat tidur, punya syok.
Sarapan pagi ini lempeng (request anak bujang) dan roti bersalut telur. Alhamdulillah! 
Selamat berhujung minggu semua.
*Note : Kucing jalanan yang dah jadi kucing kesayangan kami. Nama Uting:)

17.10.19

Trip Yogyakarta - Candi Prambanan

Assalamualaikum.
Kena lunaskan entry Yogyakarta 2017 ni. Simpan sebagai kenangan walau sudah lama berlalu. Masa ke sini, dilanda kemalasan melampau untuk menulis. Rugi betul. Haha! Ok, let's start. Kami ke Yogyakarta @ Jogja ni berenam. Aku, adik dan bekas rakan sekerja. 3 orang lagi berkenalan melalui group Backpackers Malaysia. Set date untuk terbang, jumpa kat KLIA then terus explore Yogyakarta bersama. Hari pertama yang kami explore adalah ke Candi Prambanan. Candi Prambanan juga dikenali sebagai "Rara Jongrang" adalah salah satu Candi paling paling terkenal di Indonesia selain Candi Borubodur. Binaanya memang unik. Kadang tak percaya orang zaman dahulu boleh  bina Candi sebegini.
Sign board jalan masuk. Kawan Candi ni sangat luas,
kena menapak juga berjalan kaki untuk mengelilingi kawasan candi.
Dengan MakCu Pae
Dalam kawasan Candi 
 
 
Bersama X-office mate yang sekarang bekerja di Brunei
 
Matahari senja bakal menjelma. 
Memang cantik masa itu.
Ukiran candi, dibuat dengan sangat teliti
 
Dalam tu gelap, masuk dalam tu seram juga. Haha! sekadar melihat.

Kawasan candi Prambanan memang luas. Boleh tahan juga menapak dengan kaki. Haha! Kami beli tiket sekali dengan pakej Candi Borubodur. Dapat murah sikit. Boleh pergi berlainan hari kalau tak sempat explore sehari. Tak silap beli tiket dalam IDR 500.000++ (untuk tiket 2 candi). Convert duit Malaysia dalam RM145 lah lebih kurang. Memang agak mahal, tapi aku puas hati sebab dapat melawat tempat-tempat bersejarah. Sudah jadi minat aku. Kalau nak beli cenderahati atau ole-ole pun di kawasan luar Candi Prambanan ni ada barisan kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati. Beli di sini lagi murah berbanding tempat lain di Yogyakarta. Puas lah memilih. Haha!

Address: Jl. Raya Solo - Yogyakarta No.16, Kranggan, Bokoharjo, Kec. Prambanan, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55571, Indonesia.
 
Thanks for reading! Jumpa lagi.

16.10.19

15.10.19

Loaded Potato Bowl


Lunch apa you all siang tadi di office ?? Baru mau tanya. Haha! Moga semua kenyang dan bersyukur dengan rezeki hari ini. Alhamdulillah masih diberi nikmat makan. Salah satu rezeki yang kadang kita lupa dan pandang ringan. NIKMAT MAKAN Juga adalah rezeki. Kan?? :)
 
Loaded Potato Bowl
Kami makan ini sahaja untuk lunch. Teringin. Bila sorang bercakap nak makan kFC, pakat-pakatlah semua mengirim. Jenis malas nak keluar tengah hari, jadinya kirim sahaja. Kenyang juga. Penuh dengan kentang putar, isi ayam, cheese dan mayonis. Salah satu add on yang boleh kita beli di mana-mana KFC seluruh negara. Cuma tak boleh makan banyak sangat, takut muak. Berpada-pada. Haha. 
Thanks for reading. 

14.10.19

Kursus di Hotel Ibis Styles, Kota Kinabalu Part 2

Assalamualaikum
Sambungan dari Kursus di Hotel Ibis Styles, Part 1. Hari kedua kami mula kursus bersama para jemputan yang lain. Diadakan di Ballroom hotel. Bermula seawal jam 8.00am dan berakhir sekitar jam 4.00pm. Sesi pengenalan inti pati kursus dan soal jawab seperti biasa.
 
Sarapan sebelum kursus. Sedap & menyelerakan:)
 
Sarapan menghadap suasan hijau. Nyaman! 
 
Our team :)
 
Peserta & suasana dalam ballroom
                                           para peserta yang kusyuk mendengar penerangan
                                                         Mineral water. Klasik kan? :)
 
Ibu sempat posing di koridor 
 
Jalan sepanjang koridor ni memang unik. 
Ibu pun posing ala-ala hipsters. Haha!
Kursus ni sebenarnya untuk sesi pengenalan sistem baru. Jemputan dari serata Sabah. Alhamdulillah berjalan dengan lancar sesuai dengan ketetapan. Lepas kursus, ronda Kota Kinabalu lagi sebelum balik Lahad Datu. Sempatlah belikan abang Pae Pizza Dominos, sebab di Lahad Datu tiada. Kesian bah! Haha. Bye KK! Till we meet again.
Thanks for reading.