17.10.19

Trip Yogyakarta - Candi Prambanan

Assalamualaikum.
Kena lunaskan entry Yogyakarta 2017 ni. Simpan sebagai kenangan walau sudah lama berlalu. Masa ke sini, dilanda kemalasan melampau untuk menulis. Rugi betul. Haha! Ok, let's start. Kami ke Yogyakarta @ Jogja ni berenam. Aku, adik dan bekas rakan sekerja. 3 orang lagi berkenalan melalui group Backpackers Malaysia. Set date untuk terbang, jumpa kat KLIA then terus explore Yogyakarta bersama. Hari pertama yang kami explore adalah ke Candi Prambanan. Candi Prambanan juga dikenali sebagai "Rara Jongrang" adalah salah satu Candi paling paling terkenal di Indonesia selain Candi Borubodur. Binaanya memang unik. Kadang tak percaya orang zaman dahulu boleh  bina Candi sebegini.
Sign board jalan masuk. Kawan Candi ni sangat luas,
kena menapak juga berjalan kaki untuk mengelilingi kawasan candi.
Dengan MakCu Pae
Dalam kawasan Candi 
 
 
Bersama X-office mate yang sekarang bekerja di Brunei
 
Matahari senja bakal menjelma. 
Memang cantik masa itu.
Ukiran candi, dibuat dengan sangat teliti
 
Dalam tu gelap, masuk dalam tu seram juga. Haha! sekadar melihat.

Kawasan candi Prambanan memang luas. Boleh tahan juga menapak dengan kaki. Haha! Kami beli tiket sekali dengan pakej Candi Borubodur. Dapat murah sikit. Boleh pergi berlainan hari kalau tak sempat explore sehari. Tak silap beli tiket dalam IDR 500.000++ (untuk tiket 2 candi). Convert duit Malaysia dalam RM145 lah lebih kurang. Memang agak mahal, tapi aku puas hati sebab dapat melawat tempat-tempat bersejarah. Sudah jadi minat aku. Kalau nak beli cenderahati atau ole-ole pun di kawasan luar Candi Prambanan ni ada barisan kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati. Beli di sini lagi murah berbanding tempat lain di Yogyakarta. Puas lah memilih. Haha!

Address: Jl. Raya Solo - Yogyakarta No.16, Kranggan, Bokoharjo, Kec. Prambanan, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55571, Indonesia.
 
Thanks for reading! Jumpa lagi.

21 comments:

  1. walaopon cerita lama .. tapi tetap best kann gi jogja

    ReplyDelete
  2. Entri TB la ni ya...nasib baik gambar2 masih tersimpan elok...

    ReplyDelete
  3. jogja..bestnya..

    ReplyDelete
  4. best kan yogyakarta ni. my fav place. tapi kenapa kita pergi sana tak nampak pun signboard tu ..

    ReplyDelete
  5. Kunjungan perdana ke blog ini. Artikel yang bagus seputar travelling. Yogyakarta memang terkenal dengan candinya dan malioboro yang disenangi turis. Mampir ke blog saya ya. Thx

    ReplyDelete
  6. Masih atie simpan byk gambar walaupun tahun 2017 punya. Akk x pernah sampai yogja lagi. Kat sana jem bangat kan

    ReplyDelete
  7. wah bestnya pergi travel, boleh kenal tempat2 bersejarah.

    ReplyDelete
  8. BINAAN LAMA MELAKAR SEJARAH GIGIHNYA SEMANGAY ORANG2 DAHULU

    ReplyDelete
  9. wah bestnya melancong, tak sempat lagi jenguk jogja ni walau keinginan tu membara. insyaallah suatu hari nanti :) simpan dalam wishlist dulu

    ReplyDelete
  10. antara tempat yang saya ingim tak pergi..

    sekali [un jadilah sebagai bahan cerita pada usia tua walaupun sekarang sudah ke arah tua..

    tiada yang mustahil jika itu ada keizinan Allah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Best jogja, tapi saya belum pernah sampai lagi. Insya Allah akan datang jika diizin Tuhan..

    ReplyDelete
  12. tk pernh smp lg yogyakarta...tkpe cite lama pn..janji ada kenangan nk update kn...kdg2 masa nk mengarang tu tk dtg2 hehe

    ReplyDelete
  13. Salam Jumaat 🌷🌷
    Cikbunga juga Teringin nak pi sana 🤲🤲

    ReplyDelete
  14. Srnkny. Ade kawan kerja hampir tiap tahun pergi indon..tp tmpat lain2 .mcm xpernah abis je tmpat nk di lawat.hehe

    ReplyDelete
  15. w/salam! Ya, kalau tgk binaan bangunan tu mmg kita tak boleh nak imagine bagaimana org dulu2 buat bangunan seperti itu tanpa peralatan canggih seperti skrg. Kukuh dan penuh seni.

    ReplyDelete
  16. Bangunan lama masih ada yang tersergam kukuh. Nak juga tahu bahan apalah yang mereka gunakan dulu. Menarik tengok kawasan sejarah macam ni.

    ReplyDelete
  17. jenuh nak explore kawasan yang luas macam ni. tapi dah bergambar tak ingat penat dah. hihi

    ReplyDelete
  18. bestnya. saya tak pernah pergi jalan-jalan ke yogja

    ReplyDelete
  19. Tulah kan. orang dulu pakai teknologi apa ntah dok ukir-ukir macam tu. mesti sabar dan makan masa bertahun

    ReplyDelete
  20. bestnya dapat jalan-jalan ke jogjakarta, saya belum sampai ke sana lagi.

    ReplyDelete
  21. Seni bina yang agak unik... wajar di pelihara untuk tatapan semua...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..