28.2.14

Opis Contoh.. Konon! :)

AssaLamualaikum
Ingat lagi tak entry ku tentang 5S. Dah lama berlalu sebenarnya. Hari ini plak berdebar-debar! Haha. konon jak lah ya. Sebab kan petang ni pihak ESCOM nak datang melawat office kami ni. Sebab opis kami menjadi salah satu tempat untuk mereka jadikan contoh dalam 5S. So, apalagi kami semua kelam-kabut lah dari pagi nak menyambut kedatangan mereka. Rasa kekok plak bila ada orang nak datang melawat opis kami. Kira menerima tetamu lah. Apapun moga mereka berpuas hati dengan keadaan opis kami yang kadang maintain kadang tidak kekemasannya. Haha!
WasSaLam^_^

27.2.14

Pesan Ibu Tentang Ayah.

AssaLamualaikum
Sekadar perkongsian. Kisah ayah yang tak pernah mengenal lelah. Mencari rezeki buat anak-anak. Ayah yang membanting tulang demi melihat kelangsungan hidup anak-anak. Kasih seorang ayah:

Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.
Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah. 
Copy paste dari : Kelab Che Det

Al-Fatihah buat arwah ayah. Sudah 6 tahun arwah Ayah pergi meninggalkan kami. Sudah 6 tahun kami hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Ayah yang pendiam tetapi tegas. Ayah yang memastikan kami semua menikmati alam persekolahan. Ayah yang tak sempat menikmati titik peluh kami adik-beradik. Ya Allah! Rindunya pada insan yang kami panggil "Pak"!
WasSaLam

Demi untuk Cantik..

AssaLamualaikum
Entry tiada kena mengena dengan sesiapa ya ! Sanggup kah anda membayar puluhan ribu ringgit demi untuk cantik? erm! banyak kali fikir jugak kan? kalau artis tu lain lah! memang dah ramai yang melakukan nya. Tapi jangan sampai merosak ciptaan Illahi yang sememangnya sudah sebaik-baik ciptaan.
Foto
myMetro
Lihatlah purata kos yang dibelanjakan demi untuk mencantik kan bahagian-bahagian wajah. Boleh tahan jugak. Uiks! tak sanggup den. Terima lah diri seadanya. Janji amalkan cara hidup sihat dan makan makanan berkhasiat. Serta berdoa moga Allah jauhkan kita dari segala penyakit yang berbahaya. Tak susah pun untuk cantik secara semulajadi kan? kerana wanita memang dijadikan semulajadi cantik. Betul tak? :)
WasSaLam



26.2.14

Tangan Pa'e yang Keras + Tak Mo Ibu jadi Cikgu?

AssaLamualaikum
Anak bujang Ibu ni dah makin suka belajar. Dalam sehari adalah dua tiga kali juga menghadap buku yang aku belikan. Pa'e memang suka belajar kalau orang lain yang ajar. 
Tapi bukan aku ya. Haha! Ada jak alasan nya kalau aku yang ajak belajar. 
Tapi kalau MakCu atau babah dia yang ajak belajar, laju plak dia. Haha!
Tengok tu! sambung titik-titik. MakCu yang ajar.
Tangan masih keras tapi tetap gigih menulis!
Bila besar nanti tengok lah tulisan awak kat sini ya Pa'e:)

Adakah bermaksud disini aku yang garang bila mengajar sehingga budak tumpis tak mau belajar kalau dengan Ibu? Maka aku kena tambah sifat sabar dalam mendidik! atau adakah bermaksud Ibu ni terlalu lembut hati sehingga bila si anak kata tak mau belajar, maka Ibu ikutkan sahaja? hahaha. Tolong jawabkan kalian-kalian yang ku sayangi. Hihi.
WasSaLam^_^

25.2.14

Ayat Sentap My Tumpis..

AssaLamualaikum
Adui! terngiang-ngiang ayat my Tumpis pagi tadi. Sandiwara semasa lagi pagi-pagi. 
Kekadang kan ayat-ayat Pa'e ni buat aku sentap! Nak menitik air mata tau:
Pa'e : Ibu janganlah pegi kerja..
Ibu  : Ibu kena kerja sayang.. kena tolong babah
Pa'e : Biarlah babah yang kerja, Ibu jagalah abg Pa'e..
Ibu  : Tak boleh sayang.. nanti Sabtu & Ahad, Ibu jaga abg Pa'e ya..
Pa'e : Ibu tak sayang abg Pa'e ker?? (sambil nangis-nangis dah)
Ibu  : Sayangg.. sapa kata Ibu tak sayang abg Pa'e..
Pa'e : Habis kenapa Ibu tinggal abang Pa'e.. kenapa Ibu pegi kerja?
Ibu  : Uwaaaaa... ( tak terjawab)

Dilema sungguh bila berhadapan dengan ayat anak yang menyentap jiwa. Suatu hari nanti harap awak faham dengan situasi Ibu. Erm! berat hati nak pergi kerja hari-hari kalau macam ni. Betapa ber untungnya ibu-ibu yang dapat membesarkan anak-anak sendiri. Melihat setiap perkembangan anak setiap masa didepan mata. Mungkin ini semua ujian. Ujian dalam menuju hidup yang lebih stabil. Kena lah redha kan?
WasSaLam^_^

24.2.14

Kanak-kanak & Gambar Penuh Makna...

AssaLamualaikum
Selamat petang semua. Buat apa you all? Biarlah gambar yang berbicara:
Facebook
Dunia kanak-kanak yang amat indah. Tak kira warna kulit di serata dunia, semua daripada kita pernah melaluinya. Indahnya saat-saat itu. Lihatlah anak-anak ini. Suka sangat tengok! 
Kreatif kan dan unik kan? 
WasSaLam^_^

Buku Ahmad Ammar - Satu Kematian Yang Hidup

AssaLamualaikum
Rasanya satu negara tahu tentang fenomena Ahmad Ammar. Memang berkobar-kobar nak memiliki buku mengenai kisah hidup arwah. Agak susah di sini bila semua nak kena beli online. Kekadang lambat sampainya. Kebetulan hari tu, ada kawan kepada kawan pergi KL dan ternampak post dia tentang buku ini siap ambil order lagi untuk sesiapa yang ingin beli. So, dia tolong belikan dan bawa balik Sabah. Sukanya  bila dapat buku ni. Dok bertatih lah ni nak menghabiskan bacaan.
Harga RM22

Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari buku ini. So, korang kalau berminat boleh lah cari kat dimana-mana kedai buku disana. Moga memberi manfaat dalam kita mendidik anak-anak.
WasSaLam^_^

23.2.14

Untuk My Irshad..

AssaLamualaikum
Mungkin Ibu bapa dah ramai tahu. Ye lah, kita ni baru setahun jagung jadi Ibu bapa. Ramai lagi yang dah otai-otai dalam mendidik anak. Anak-anak pun dah ramai yang berjaya. Sejuk hati memandang anak kawan-kawan blogger yang dah berjaya. 
Moga kita akan ikut jejak mereka.
picture : FB

Kasih Ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak. InsyaAllah!
*Salam Hujung Minggu*
WasSaLam^_^

22.2.14

JOM beraktiviti Bersama Anak-anak

AssaLamualaikum
Kongsi info ini bersama. Buat kita yang bergelar ibu bapa. 
Mana tau bermanfaat kan? :
Anak-anak korang masuk tahap umur  mana dah? Budak Tumpis Pa'e dah masuk yang Ages 4-5 tu dah. InsyaAllah boleh lah nak ajar apa yang patut. Mudah-mudahan mudah menerima apa yang kami terapkan pada dia. Slow-slow lah kan. Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. Jom sama-sama beraktiviti di hari Sabtu dan Ahad ini. Hehe!
WasSALam^_^

21.2.14

Giveaway Holiday Anum

AssaLamualaikum
Mood nak menyokong Give Away blogger ANUM. Anum yang saban waktu sudi bertandang di blog picisan ini. So, apa salahnya bagi membalas sokongan anum, aku join lah GA beliau. 
Saling menyokong, kan Anum?? :)
http://anumzakie.blogspot.com/2014/02/giveaway-holiday-anum.html

Untuk join sila Klik SINI ya. 
Syarat-syaratnya pun mudah dan ringkas. 

Anum: Atie suka entry: 
1.Wordless Wednesday #106 sebab baru tahu yang Anum dah bertunang. Pastu Anum nampak sangat berseri-seri dengan baju hijau itu. 
Moga kekal ke akhir hayat ye sis. Amin! :)

2. Travel @ Korea Jan 2014 #5 suka juga entry ini sebab suka sangat tengok LOVE Card yang banyak-banyak tu. Cantiknya! suka:)

WasSALam^_^

Makan Di Wangi Chicken Rice - Tawau

AssaLamualaikum
Cerita jalan-jalan cari makan. Dah lama terperam. Sebelum balik ke Lahad Datu weekend lepas, sempatlah kami lunch di Wangi Chicken Rice. Restoran nasi ayam yang agak terkenal di Tawau selain Sabah Chicken Rice. Nasi ayam nya memang memikat selera.
Masa pergi tu memang ramai juga pelanggan. 
Nasib baik ada meja kosong untuk kami duduk.
Selain nasi ayam yang sedap, Nescafe Ais pun aku suka:)

Kami order set yang sama Ibu babah & adik

Muka budak yang happy sebab dah kenyang. Hehe!
Gambar Wangi Chicken Rice dari luar. Kredit to:Adrysabry.com

Dari segi harga pun memuaskan. Berpatutan.
Kira harga mampu untuk makan. Kawasan pun bersih. So, dapatlah makan dengan senang hati. Hehe!
WasSaLam^_^

20.2.14

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG

AssaLamualaikum
Suka Coklat a.k.a Hantu Coklat. Bila nampak coklat terus mata membesar. Haha. Makanya mood nak join segmen ni meluap-luap. Mari-mari semua peminat coklat join this segmen:
Untuk join sila KLIK SINI

 SYARAT-SYARAT
#Follow Blog teman (tak follow pun xpe.. huwaaa..)
#Copy BANNER diatas dan tempekkan di entri korang (WAJIB!)
#Buat entri bertajuk-->COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG (WAJIB!)
(pastikan Banner di link kan ke entri segmen ini yea)
#tinggalkan link penyertaan korang kat bawah ni..

LIKE Fanpage Embun Beauty House (WAJIB!)
LIKE dan komen Rangup! pada gambar ini-->KLIK (WAJIB!)
(bilangan peserta yang buat entri dan kiraan berapa orang LIKE Fanpage 
dan komen akan dikira yea.. so.. jangan terlepas syarat lak yea.. heee.. )

dan Hadiahnya ialah..
--> Coklat Daim 1 paket 300gm (65 pcs..) 
---> Pepero 1 kotak
---> Coklat Daim 20 biji

Kalau menang alangkah bahagianya. Semua coklat aku yang punya. Haha!
WasSaLam^_^

Happy Birthday My Dear Irshad 4..

AssaLamualaikum
Selamat Hari Lahir sayang Ibu Muhammad Irshad Rifae. Cerita 18/02/2014 sebenarnya. Saja nak abadikan disini sebagai kenang-kenangan buatnya bila besar nanti walaupun sedikit terlewat. Sorry sayang, Ibu tak sihat. Memang tak bermaya. Huhu! Kami takdelah buat sambutan besar-besaran, kek pun nenek yang taja. Kebetulan nenek & MakCu dia datang, so depa belikan kek siap-siap. Abg Pa'e pilih sendiri tau. Kali ni dia pilih perisa Cappuccino.
Semangat tiup lilin & potong kek
Suapan kasih seorang Ibu yang tengah demam:(
Sempat peace lagi!
Genap 4 tahun dah Budak Tumpis ni. Bujangan Ibu. Harta Ibu & Babah dunia akhirat. Moga membesar jadi anak soleh, beriman, bijak & berbakti pada agama, bangsa serta negara. Ibu bersyukur dapat melahirkan awak, yang mengubah hidup dan menjadikan ibu insan yang lebih baik. 
Ibu & Babah LOVE you till end our life. 
*Mood : Touching*
WasSaLaM^_^

18.2.14

Mood Demam + Tak Bermaya :(

AssaLamualaikum
Hai you all! minta maaf bebanyak sebab tak dapat nak BW buat masa ini. Ujian kecil, Ibu Pa'e ni kena demam & sakit kepala. Start hari ahad lagi. Memang tak bermaya. Semalam dah MC. Hari ini gagahkan diri juga ke opis. Tapi tu lah, lembik semacam. Semua makanan rasa pahit. Sabar jak lah kan, mungkin boleh menghapus dosa-dosa kecil ku. Thanks pada sudi berkunjung. 
Nanti dah sihat, aku balas jejak korang. Bye!
WasSaLaM^_^

17.2.14

Random Picture Pa'e 9

AssaLamualaikum
Mood nak tempek muka budak tumpis lagi. Sabar jak lah layan mood Ibu ni. 
Jangan bosan plak yo. Saja nak abadikan di blog tak seberapa ni. 
Kot-kot lah dia bujang nanti mau juga dia nengok muka dia kat sini. 
Inilah muka budak yang dah nak masuk 4 tahun. Hehe! 
Suka lah dapat pow pakciknya beli patung Ultraman.
Gaya belajar. Bila babahnya jadi cikgu
Baba potong rambut Pa'e. Habis bedak sapu satu badan. Haha!

Makin cerdik sekarang. Bila diajar senang ingat. Tapi ikut mood lah bila kita ajak tengok buku. Pandai juga buat alasan. Macam-macam. Sifat penakut tu makin hilang. Dah tak macam dulu. Pergi tandas sendiri tak kira malam. Siap cakap " abg Pa'e lelaki, mana boleh takut, kan Ibu??
Erm! yalah tu. Kekadang nampak lipas pun lari. Haha!
WasSaLam^_^

16.2.14

3 Donut untuk 3 Orang

AssaLamualaikum
Teringin plak nak makan Donut Big Apple. Uwaaa nak cari kat mana di Lahad Datu ni. Memang tiada lah jawabnya. Sabor je lah! telan air liur. Haha! Nah tempek gambar masa beli donut di Big Apple, Tawau last week. Bila pergi sana tengok-tengok donut tu, abg Pa'e kita yang buat pilihan. Hah! inilah pilihan dia. Macam tau jak test Ibu & babah dia.
Kat sini mahal tau. RM3.10 seketul. Ingatkan beli 3 biji cukup, last-last bila makan macam tak cukup. Haha! punya menyesal tak beli lebih. 
Konon-konon buat bekal dalam kereta sepanjang perjalanan Tawau-Lahad Datu. 
Erm! sabar lah wahai tekak, next time balik Tawau baru dapat beli lagi.
*Ops! yang cheese untuk Ibu, Strawberry untuk Pa'e & kacang untuk Babah*
Salam Hujung Minggu! 
WasSALam^_^

15.2.14

Ketawa Di Alam Maya..Hehe!

AssaLamualaikum
Salam Sabtu you all! buat apa tu? Ada yang tengah bergelak ketawa dengan anak-anak tak? Hehe. Terjumpa jenis-jenis gelak di alam maya. Ketawa sendiri juga bila baca ni. Ada-ada je kan? macam-macam. Anggap ianya sebagai hiburan jak lah :
Jumpa kat FB : Pic kedabak besor. Bior boleh baca. haha!

Moga terhibur. Senyum-senyum selalu ya! 
Selamat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Jumpa lagi. Bye!
WasSaLam^_^

14.2.14

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

AssaLamualaikum
Mood nak join GA dari blogger famous. 
Mana tau rezeki. Hadiah pun semuanya menarik.
Mari lah join beramai-ramai.
Nak join KLIK SINI

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini.

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. 
ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI. 

WasSaLam^_^

13.2.14

Tiada Tanah? Boleh juga menanam..

AssaLamualaikum
Terjumpa gambar ni di FB kot. Lupa! Hehe. Boleh jak menanam kalau ada keinginan walaupun tiada tanah. Janji rajin kan? Nak ikut cara UAA berkebun, tanah pula tiada.
Jadi kita gunalah cara begini:
Memang praktikal kalau buat macam ni. Daripada kita dok buang jak bekas-bekas minyak tu, baik kita guna untuk menanam sesuatu. Cili, serai, daun salad ni boleh lah kita tanam. Nak tunjuk kat Kuling ku, sebab dia suka tanam-tanam ni semua di belakang rumah:)
*Ummu Aidan & Arissa, OK tak cara ni? hehe*
WasSaLam

Bila Babah Jadi Cikgu

AssaLamualaikum
Proses belajar dan mengajar si Budak Tumpis sebenarnya dah lama bermula. Cuma tulah, kejap ON kejap OFF. Haha! tak konsisten langsung tau. Cabaran besar bila mengajar anak sendiri ni kan? adui! kena SABAR 200%. Haha! kena dengan aku yang mengajar OK lagi, tapi kalau kena time babah dia yang ajar, habis lah. Memang garang dan tegas. Tapi yang bagusnya mau plak si Pa'e tu. Duduk diam-diam dan belajar dengan babah. Kalau dengan aku, kadang banyak alasan nya. Penat lah, ngantuk lah. Lain kali lah. Haha! sabor lah nak, bila babah jadi cikgu.
Tengok tu kalau babah yang ajar, memang duduk baik punya:)
Teliti Pa'e belajar. Hehe!
Bila Ibu cakap "tulislah elok-elok bah Pa'e". 
Dia cakap, "tangan abg Pa'e masih keras lah Ibu". Haha!

Harap-harap berterusan lah dia belajar. Jangan hangat-hangat taik ayam je. Haha! Kalau boleh nak Pa'e kenal huruf jawi, ABC & 123 sebelum dia sekolah tahun depan (5 tahun). InsyaAllah! Doakan aku supaya sabar dalam mendidiknya. Takut juga kang 'bertukar jadi singa' bila jadi cikgu. Haha!
WasSALam^_^

12.2.14

11.2.14

Demi sebuah Pembangunan, katanya...

AssaLamualaikum
Masih cerita sepanjang perjalanan pergi balik ke Tawau weekend tu. Gambar ini aku ambil masa balik dari Tawau ke Lahad Datu. Erm! beginilah kejadian nya, memang banyak dah hutan-hutang yang di gondolkan dan dibakar. Sedih kekadang. 
Habitat di hutan itu entah lari kemana dah, konon nya demi sebuah pembangunan.
Inilah yang terpaksa kita bayar.
Lihat pembakaran hutan itu. 
Masa kami lalu ni memang asap berkepul-kepul naik.
Mungkin akan diganti dengan tanaman sawit. Hutan tebal sebelum ini tiada lagi.

Agaknya cucu-cicit kita nanti sempat tak jumpa hutan-hutan ni? Fikir-fikirkan.
Sayangi alam sekitar. Peace!
WasSaLam^_^

Hanya Di Tawau @ Pasar Tanjung

AssaLamualaikum
Weekend baru ini sebenarnya kami balik Tawau. Rindu Bonda dan nak jumpa adik lelaki ku yang nak balik Pahang Isnin semalam (dia balik cuti sempena Tahun Baru Cina). Walaupun balik hanya satu malam, terubat juga rindu dengan mak dan bumi Tawau. Hehe! Sebelum nak balik ke Lahad Datu semula pada Ahad petang tu kami singgah di Pasar Tanjung, Tawau. 
Pasar yang terkenal dengan pelbagai jualan hasil bumi Tawau. 
Kalau korang nak tahu, Pasar Tanjung ini adalah Pasar Tertutup yang terbesar di Malaysia.
Hah! inilah yang paling best bila ke Pasar Tanjung ni. 
Pelbagai pilihan ikan masin, bilis, sotong kering, rumpai laut 
dan macam-macam lagi dengan harga yang murah. Puas hati bila membeli.
En Kuling tengah memilih ikan masin & bilis yang nak dibawa balik ke Lahad Datu. 
Isk! macam semua nak di beli. Haha! rambang mata oohh.

Kalau di Tawau memang di sinilah tempat nak beli makanan laut. Boleh didapati dengan harga murah dan berkualiti berbanding di tempat lain. Siap boleh request, kalau kita nak kirim atau bawa balik ke mana-mana, penjual akan bungkuskan siap-siap dalam kotak. Memang memudahkan pembeli.
WasSaLam^_^

10.2.14

Jalan-Jalan Di Sabah Book Store, Lahad Datu

AssaLamualaikum
Aktiviti rabu lepas bila babah cuti. Plan nak makan di luar sebab ada kawan nak belanja sempena birthday ku yang dah lama berlalu. Sebelum pergi makan tu, singgah lah di kedai buku Sabah Book Store (SBS). Bila nampak buku mesti rambang mata. Macam semua nak beli. Haha! Last-last beli beberapa buku untuk Budak Tumpis. Nak kena rajin ajar dah sekarang sebab tahun depan InsyaAllah nak sekolah. Dia pun semangat bila nak beli buku. Tapi yang menjadi pilihan pertama nya tetap juga buku gambar Power Ranggers. Haha! sabor je lah.
Rambang mata tengok buku budak-budak ni
Yang dia dok kepit tu buku mewarna edisi Power Rangger. Haha!
Hasil rembatan. Buat Budak Tumpis:)

Suka pegi SBS ni sebab semua ada. Pelbagai buku & alat tulis. Boleh kata lengkap lah. Harga pun berpatutan. Siap ada diskaun bagi yang ahli. Untuk guru, lagilah banyak diskaun. 
So, kebetulan masa pergi tu kawan aku cikgu, boleh lah guna kad ahli nya. 
Dapat diskaun untuk buku-buku si budak tumpis. Jimat sikit duit Ibu. Hehe!

*Alamat SBS : Lot 283, 284 & 285, MDLD 7031, 7032 & 7033, 
Bandar Sri Perdana, Jalan Silam, 91111, Lahad Datu, Sabah*
WasSaLam^_^

Pa'e Selfie lagi...

AssaLamualaikum
Mood masih blur! kalau dah bercuti-cuti beginilah kejadiannya. Hehe! Kering idea dan masih malas. So, layan je lah Muka budak Tumpis yang semakin menjadi-jadi kalau buat selfie. Haha! 
Layan jak lah ya! jangan kome bosan sudah.
Kalau korang perasan, muka Pa'e nampak kurus kan? nampak makin lonjong. Korang nak tau tak, tinggi Pa'e sekarang dah sampai pinggang Babah nya. Memang tinggi lah anak teruna aku tu. Tinggi & kurus, ikut genetik kedua-dua belah kami. Ada yang tinggi dan kurus. Hehe! Apa pun janji sihat kan? :)
WasSaLam^_^

8.2.14

7.2.14

Anuar Zain - Sempurnakan Aku

AssaLamualaikum.
Bagi peminat Anuar Zain boleh lah layan lagu ni. Sambungan daripada lagu Ajari Aku. Kalau tengok video klip nya pun memang rentetan cerita dalam Ajari Aku.
Tapi bila search Official nak masuk kan dalam blog ni tak jumpa plak. Kat You Tube memang ada. Layan je lah yang ini ya. Anuar Zain memang punya suara yang mantap dan class gitu. Hehe!
WasSALam^_^

6.2.14

Laci Doraemon...Haha!

AssaLamualaikum
Tak berapa nak ada idea pagi ini. Haha! So, kacau-kacau kawan di opis. 
Nah tengok laci adik kat opis ni. Laci doraemon. Penuh dengan macam-macam makanan. Kebetulan plak adik ni memang minat dengan kartun Doraemon. Segala aksesori Doraemon. Hihi.
Bekalan makanan. Banyak sungguh. Dah macam kedai runcit.
Boleh request apa pun. Tapi konsep 5S dah entah kemana. Sabor je lah! Haha.
Laci korang mesti kemas kan? :)
Doraemon pun ada opis. Buat kerja bersungguh-sungguh tau.
Happy working you all!
WasSaLam^_^

5.2.14

Periksa Harga Barang Di www.1pengguna.com

AssaLamualaikum
Baru tahu akan kewujudan laman web ini setelah kawan opis bagitau. Sibuk lah juga nak menengok apa ada dalam web ni. Ohhh! rupanya boleh check harga barang-barang makanan yang ada di Malaysia ni. Bagus juga. Boleh lah bandingkan harga sebelum nak pergi shopping (bagi yang rajin lah).Aku dah check, kalau di Lahad Datu ni hanya ada dua tempat yang selalu tersenarai iaitu : 
1. Servay Hypermarket 2. Pasar Rakyat Lahad Datu.
Mula-Mula Login ke www.1pengguna.com :
2. Pilih bahan mentah yang korang  nak check harga. Contoh Kangkung :)
3. Cari tempat di mana anda berada
4. Click Cari Harga

Ini akan terpapar :
Tengok! nampak tak ada juga perbezaan harga diantara dua tempat ini. Maksudnya di Servay Hypermarket lagi murah tau (memang selalu shopping di sini walau agak jauh). Penting juga untuk kita tahu akan perbezaan-perbezaan harga barang ni kan. Maklum sekarang rasanya semua harga barangan dah naik. Duit sudah tidak bernilai. Setakat ada RM50 apa je lah yang dapat di beli. Bah! selamat memeriksa harga barangan ya. Moga bermanfaat! 
WasSALam^_^

4.2.14

Makan Di BISMI Bistro & Catering

AssaLamualaikum
Makan, makan & makan lagi. Haha! Ini plak cerita bila malas masak. Kan weekend baru-baru ni memang mood malas memasak menjadi-jadi. Kata  Mama Zir kena virus. Haha!  Jadinya asyik makan di luar. Nasib baik Kuling tak cerewet. Ok sahaja kalau ajak makan diluar. Yang belanja nya pun dia. 
Sabor je lah kan! dapat isteri yang 'rajin' memanjang. Hahaha!
Menu Babah : Nasi Beriyani Ayam
Babah kata 'boleh'lah..
Menu Ibu: Sup Ayam+Nasi putih 
(dah jadi ala-ala sup sayur pun iya).
Tapi aku suka. Kira masuk tekak juga lah:)
OK tak harga? 
Budak Tumpis dok sibuk pot pet pot pet

Restoran ni baru buka tahun lepas. Memang ramai juga pelanggan nya. Buka 24jam. Sentiasa penuh. Lokasi pun strategik. Tingkat 1 bangunan Darvel Bay Lahad Datu. Tepi jalan utama. Kalau ada kawan-kawan blogger nak datang Lahad Datu boleh lah aku belanja kat sini ya! 
Nak ajak makan kat rumah, masak memasak dah mengaku failed! hahaha.
WasSaLam^_^