23.10.15

1 Persahabatan hingga ke Syurga

Assalamualaikum
Menarik untuk dikongsikan. 
Saja nak share buat pengetahuan kita semua.

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara
kebetulan, seperti pernah bertemu di
stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.   
                                       
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana
faktor sejarah, misalnya teman
sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana
faktor kepentingan tertentu seperti
rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana
faktor hobi, seperti teman futsal,
badminton, memancing, dan
sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana
kerjaya, misalnya sama-sama guru,
doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita
bukan main dia baik lagi tapi bila
belakang kita ... Allah! Pijak semut
pun tak mati! Talam dua muka.
Seperti firman Allah SWT : "Kalau
kamu mendapat kebaikan atau
kesenangan, ia menyakitkan hati
mereka, bila kamu ditimpa musibah,
mereka senang hati ..." (Surah Ali
Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah ...
selamatkanlah aku dari sahabat
yang bila melihat kebaikanku dia
bersembunyi tetapi bila dia melihat
keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang
lahir batin, tulus saling cinta dan
sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati,
menutupi aib sahabatnya, memberi
hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan
sahabatnya. Boleh jadi ia tidak
bertemu tetapi ia cinta sahabatnya
kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas,
1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat.
Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan
yang ke-7. Persahabatan yang
terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT : "Pada hari itu
(Kiamat) sahabat - sahabat karib
akan menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan kerana
ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Moga bermanfaat! Semoga dieratkan persahabatan kita
kerana Allah. Amin!

19 comments:

  1. Asslamualaikum Atie
    info yg baik tentang sahabat
    hanya 1 persahabatan yg sampai ke akhirat
    walau apa pun status persahabtan kita mudahan Allah merestuinya ameenn

    ReplyDelete
  2. Allahu..subhanalla..nikmatnya bila semua lillahitaala kan kak..

    ReplyDelete
  3. Semoga persahabatan kita direstui Allah dan bertambah erat.

    ReplyDelete
  4. sahabat yg baik akan bertanya kpd Allah jika shbtnya xbersamanya di syurga bermkna shbt juga boleh mmberi syafaat kpd shbtnya insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subahanallah..terbaik perkongsian ini..terima kasih

      Delete
  5. wah..perkara baru buat saya ini..terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
  6. Semoga kita dikelilingi oleh sahabat2 yg tergolong dalam persahabatan kerana Allah taala.Ameen

    ReplyDelete
  7. salam sabtu atie ..
    selamat berhujung minggu ..
    klu sahabat2 blog ni dalam kira yg ke 4 kot, FAARIHAN
    sahabat hobi berblog ..
    apapun, moga kita mendapat sahabat2 dr grup yg ke 7 tu

    ReplyDelete
  8. Thanks Atie... Gud sharing..

    ReplyDelete
  9. Semoga persahabatan berkekalan...aamiin

    ReplyDelete
  10. Semoga persahabatan kita yang terjalin dialam maya ini kekal hingga ke dalam syurga

    ReplyDelete
  11. bersahabat ikhlas krn Allah itu lbh kekal ...

    ReplyDelete
  12. sahabat berblog pulak kategori mana....he?

    ReplyDelete
  13. Tq share atie..
    Persahabatan yg tulus krn Allah itu susah dicari .. indah sungguh kan ..
    insyaAllah semoga kita dipertemukan shabat sejati tu.. aamiin

    ReplyDelete
  14. moga persahabatan kita hingga ke syurga kak. amin amin :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Atie atas perkongsian yg menarik n bermanfaat. Bersahabat kerana Allah dan saling ingat mengingati kerana-Nya. Insya Allah persahabatan tersebut akan mendatangkan pahala dan berkekalan ke akhirat

    ReplyDelete
  16. selamat hujung minggu... :-)) sahabat menangis susah di cari

    ReplyDelete
  17. salam weekend., kita sahabat kanns ;p

    ReplyDelete
  18. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..