15.10.15

#Throw back! Cuti 7 Anniversary- Seafest Hotel Semporna

AssaLamualaikum
Entry lama terperam. Haha! pada 05042015 lepas genaplah usia perkhawinan kami yang ke-7 tahun. Alhamdulillah pelbagai dugaan, pahit, manis yang datang dalam masa tujuh tahun ini. Kalau tahun lepas kami ke Felda Sahabat Resort untuk meraikan, kali ini kami memilih Semporna untuk cuti pendek 2 hari 1 malam sahaja. Walaupun dekat janji dapat spend time together kan? Aku book hotel di agoda.com awal-awal sebab takut penuh. Pilihan kami Hotel Seafest, Semporna. Sebab utama kami pilih sebab ada kolam renang disitu. Abang Pa'e always request nak mandi kolam. Ikutlah permintaannya tu. Sesekali kan. Hehe!
Ringkasan gambar di Seafest Hotel, Semporna. 
Harga dalam RM120++. 
Breakfast semua puas hati.
View dari balkoni Seafest Hotel. Laut, bot nelayan dan perkampungan penduduk
Sesi mandi kolam bersama En Kuling. Aku jadi pemerhati sahaja. 
Tak sanggup nak jadi dugong. Puas lah si abang Pa'e tu mandi-manda. Haha!
Foto dalam perjalanan ke Semporna. 
Ambil masa lebih kurang 2 jam juga perjalanan dari Lahad Datu. 
Bertolak awal pagi. Gambar blurr entah kenapa. Hihi
Ada budak dalam selimut. Kes tak mau mandi sebab sejuk sangat. 
Ada air panas pun liat mandi sebab budak ni bermalas-malasan. Haha!

Walaupun entry tersangat lambat dipublish, harapan ianya menjadi kenangan buat kami. Moga perjalanan rumahtangga akan sentiasa dalam lindungan Allah dan penuh keberkatan. Amin. Amin!
WasSaLam^_^

20 comments:

  1. bestnya
    happy anniversary

    ReplyDelete
  2. Semoga perjalanan kehidupan rumah tangga atie akan kekal bahagia hingga ke jannah...aminn

    ReplyDelete
  3. Happy Anniversary untuk Atie dan En Kuling....semoga ikatan perkahwinan yg dibina kekal hingga ke jannah.
    Betul tu Atie, kita ni kalau nak tido hotel mesti pikir pasal anak nak mandi kat swimming pool hihi...sama je ngan Okje dulu dulu.Bezanya dengan Atie, mak dugong yg ni mmg wajib mandi, berkubang bersama sama haha....

    Suka tengok Atie pakai sedondon, bila ambik gambar jadi cantik

    ReplyDelete
  4. Amin..moga bahagia...bersama hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  5. happy aniverseri atie..wah ada resort di felda sahabat ya...baru tahu. cantik nmpk tempatnya.

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini atie....Selamat ulangtahun perkahwinan semoga sentiasa berbahagia dan kekal hingga akhir hayat...

    Teringin juga nak ke semporna jalan2....InsyAllah

    ReplyDelete
  7. Barakallah Lakuma Fii Khair Atie dan En Kuling..
    Bahagia selama-lamanya..
    Memang anak2 macam tu lah atie.. kolam juga yg dicari..

    ReplyDelete
  8. happy anniversary Atie semoga bertambah bahagia disamping tersayang, kaknoor tinggal sebelah Sabah no pun belum ke Semporna nampak nya belum sempurna lah tu kan hehee

    ReplyDelete
  9. Slmt ulangtahun pkahwinan atie.. yg ke7 dah.
    smoga bhgia hingga kesyurga..insyaAllah aaminn..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah 7 tahun pelayaran bahtera rumahtangga Atie
    Moga terus berbahagia dan mendapat keberkatan dlm rumahtangga yg dibina

    ReplyDelete
  11. Happy Anniversary Atie.. Moga kekal bahagia hingga ke syurga..
    wahh samalah macam hero2 mummy kalo holiday mesti nak yang ada pool.. seronok berendam katanya..hehhee

    ReplyDelete
  12. salam berkenalan !
    kalu pergi hotel, anak2 la yg terlebih exited sbb ada kolam renang..
    happy anniversary

    ReplyDelete
  13. Tahniah kerana 7 tahun boleh dikata lama juga. Muga kekal hingga 30 tahun lebih macam saya...

    ReplyDelete
  14. bestnye...hepi belated anniversary..hehe

    ReplyDelete
  15. happy anviersry kak.. walau dh lama tp tkpe kan =)

    ReplyDelete
  16. Tahniah, Atie. 7 tahun tu bukan satu jangkamasa yang pendek..

    ReplyDelete
  17. wahhh holiday hopneymoon rupenye ..... besh

    ReplyDelete
  18. Happy belated 7th anniversary ATie..semoga kekal bahagia sampai syurga..hotel ni pun nampak best murah pun murah..berbaloi lah kan..hihihi

    ReplyDelete
  19. Wah.. dah 7 tahun penuh kegembiraan. Moga makin bahagia lepas ni. Happy anniversary buat korang ya.. jeles weh korang pegi holiday sempena anniversary tu.

    ReplyDelete
  20. Happy nengok family sis...moga bahagia menjadi milik sis sekeluarga selamanya

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..