28.10.15

Kawal Rasa Cemburu Pada Orang Lain

AssaLamualaikum
Hasil Perkongsian dari Facebook Dr Zaharuddin Abd Rahman:
Adakalanya kita merasa cemburu dengan pencapaian, kejayaan, harta & perolehan orang lain. Tanpa DIKAWAL, cemburu itu boleh memakan diri, menghasil dengki, muram, murung & stress berlebihan.

Kawal ia dengan positifkan diri untuk menuruti kejayaannya secara halal ( jika relevan), itu namanya 'ghibtah'

Kawal ia dengan yakini itu rezekinya dan ujian baginya. Tiada siapa boleh halang jika ia juga BAKAL menjadi rezeki kita..justeru, tiada perlu muram, sedih & stress melampau.

Kawal ia dengan rasa kejayaan itu adalah hasil kerja dan jalan berliku lagi berat dia sebelum ini, maka layaklah baginya dan tiadalah kita hadapi cabaran & keletihan sebegitu justeru tiadalah hasil sepertinya.

Kawal ia dengan lihat umurnya, mungkin beza tahun pengalaman dan umur punca seseorang perolehi lebih banyak dari kita yang mungkin masih muda.

Kawal ia dengan melihat rezeki yang telah kita perolehi serta bersyukur, reda serta terus berusaha dan JANGAN fokus kepada apa yang kita tiada..

KAWAL ia dengan yakini kebahagian bukan semestinya sama dari satu orang kepada yang lain, berjaya, kaya dan terkenal sepertinya BELUM tentu bahagia, MAKA BAHAGIAKAN diri kita dengan apa yang ada, itu rezeki paling mahal.

Amat bermanfaat. Moga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan redha. Allah menjanjikan kita dengan rezeki dalam pelbagai cara. Alhamdulillah!
WasSaLam^_^

23 comments:

  1. Assalam sis..singgah rabu..

    cantik dah blog yer..ade rama2..header pun comel jer..ke saya yg baru perasan..hahaha

    pasal cemburu tu..satu jer..kita fikir positif...maka positif lah jadinya..kalau negatif...mmg negatif la jadiknya...so kita yg menentukan... kita sepatutnya bersyukur dan sedar bahawa setiap apa yg Allah SWT berikan pada kita tak sama dengan orang lain..ade orang rezeki lebih..kita mungkin kurang..tp ada lebih tang lain cuma mungkin kita x nampak @ lambat nampak... ada hikmahnya perjalanan hidup kita x sama dengan orang lain.. :)

    ReplyDelete
  2. Allah dh cukupkan rezki setiap kita xperlu rasa irihati cuma perlu redha n bersyukur selalu...

    ReplyDelete
  3. Chantik nya blog ni..ada efek purple lagi.
    Bahagian dan rezeki setiap orang mungkin berbeza. Allah Maha Adil. Bersyukur dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  4. saya pon tgh kawal perasaan cemburu ni...

    ReplyDelete
  5. tak baik irihati pada org lain, sebaiknya muhasabah diri mcmana org tu boleh berjaya drpd kita, rezeki Allah bg tk sama setiap org.

    ReplyDelete
  6. Mencuba untuk kawal perasaan cemburu yang negatif...

    ReplyDelete
  7. cemburu saket ati smpi mati ke mak., huhu2

    ReplyDelete
  8. kita yang dicemburuinya pun rasa tertekan dan serba salah..kerana nak menjaga hatinya kita tak bebas dan terbatas hendak melalukan sesuatu..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.entri ni telah memberi inspirasi dan semangat buat IbuNoey.apa yang ada dalam entri ni memang ada kaitan dengan IbuNoey.so, kena ikut nasihat dalam entri ni.in shaa Allah satu hari nanti akan ada bahagian untuk kita.

    ReplyDelete
  10. cmburu ada baik buruknya...

    ReplyDelete
  11. cemburu itu biarlah yg baik baik shj.. cemburu yg boleh membuatkan kita lebih berjaya menjadi seperti siapa siapa pun yang kite cemburu... itu positif way. =)

    ReplyDelete
  12. Wah blog dh bwajah baru.. comey comey
    Tq share atie.. dh lumrah mnusia punya bnyak kelemahan. Tiap mnusia punye rasa cemburu, tp pandai2 lah kt mngwalnya agar setiap rasa cemburu itu membawa kebaikan ..lebihkn rasa redha .. sumenya akn baik2 sj

    ReplyDelete
  13. in syaa allah atie,,semoga kita jadi orang yang sentiasa bersyukur

    ReplyDelete
  14. Tu kan rezeki masing-masing. Biarlah kita cemburu dengan kejayaan orang lain dan jadi pemangkin kepada diri kita supaya dapat berjaya seperti orang tersebut.

    ReplyDelete
  15. Singgah khamis sis. Tulah kan kdg2 Kita pun cemburu ngan kebahagian owg lain tapi lastly pikir positive lah, cer cari kebahagian Kita tertangguh sebab apa?

    ReplyDelete
  16. Saya tak de cemburu apa pun sebab rasanya dah takada pun yang dikejar. Sebaliknya nak enjoy life dengan apa yang ada jer...

    ReplyDelete
  17. Anonymous1:12 pm

    Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u. Tq sudi ke blog KA jg. Sifat cemburu tu biasa ler kita manusia. Cuma Jgn terlebih tu dah bahaya.

    ReplyDelete
  18. Mudah kata tanamkan sifat positif dlm diri kita
    Sebab kadang terjentik juga tapi kena fikir balik agar tak jadi negetif..

    ReplyDelete
  19. Asalam Atie..hampir menitis air mata Etuza membaca infor yg sangat terbaik ini. Ini muhasabah namaya. Kenapa wujud cemburu tak bertempat. Semuanya itu hasutan iblis laknatullah. Betul segakla apa yng di bicarakan.Marilah bersyukur dengan yang ada. harta kemewahan dan segala di dunia tak akan di bawa mati. Tapi iman yang tebal..amalan yang baik meniti hidup itu yang harus wajib dilakukan. teruskan amalan2 yang baik ya. Moga blog kita mampu ada nilai berhikmah utuk semua.

    ReplyDelete
  20. cemburu berlebihan bw padah :(
    selawat byk2...

    ReplyDelete
  21. Betul tu Atie....itu lumrah sifat manusia namanya....rasa cemburu melihat kelebihan org lain tp tang kekurangan org taklah pulak kita bersyukur kan.....

    Takut sangat bila mengenangkan sifat sifat mazmumah ni

    ReplyDelete
  22. setuju. klau xde sebab buat ape nak cemburu kann..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..