AssaLamualaikum
Sedarkah kita bahawa terkadang semua maklumat tentang diri & keluarga sebenarnya ‘didedahkan’ oleh kita sendiri menerusi laman sosial seperti Facebook dan Instagram tanpa menyedari kita sedang menjerumuskan diri dan keluarga dalam ancaman jenayah siber.
Hasil Kajian Kebangsaan Keselamatan Internet Dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia tahun 2014 mendapati:
- 40 % tidak tahu cara melindungi diri mereka dalam talian.
- 83 % terdedah kepada risiko dalam talian disebabkan langkah perlindungan yang minimum.
- 70 % tidak mengambil berat mengenai pencerobohan privasi atau ketanpanamaan orang yang mereka berinteraksi.
- Lebih 40 % mengatakan keselamatan dalam talian adalah penting tetapi hanya mengambil langkah perlindungan yang rendah.
Kesedaran tidak semestinya dituruti dengan tindakan positif:
- Lebih 70 % melakukan pelbagai bentuk gangguan dalam talian seperti memanggil seseorang dengan nama yang tidak disukai dan menghantar mesej atau gambar yang tidak sopan.
- 64 % merasakan menghantar SMS atau gambar yang tidak sopan dengan menggunakan nama samaran bukanlah buli siber.
- 26 % pernah mengalami buli siber, kebanyakan mereka berumur 13 hingga 15 tahun.
- Lebih 50 % melayari talian tanpa pemantauan dan 40 peratus mendakwa mereka tidak terikat dengan sebarang undang-undang keselamatan siber.
- 61% kanak-kanak mengadu kepada ahli keluarga apabila menghadapi pengalaman negatif dalam talian.
- 6 % memilih untuk berdiam diri apabila dibuli walaupun mempunyai pilihan melaporkannya kepada ahli keluarga, pendidik atau pihak berkuasa.
*Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi daripada anasir-anasir yang tidak baik. Zaman serba maju dan berteknologi tapi nilai kemanusiaan semakin nipis. Itulah hakikat*. Jumpa lagi!
Sumber daripada Harian Metro
Betul tu Atie..
ReplyDeleteAkak pun ada terima di FB info ini..
Semoga kita semua dilindungi Ilahi..
great entry
ReplyDeletetq:)
Bahaya kan bila dunia terlalu terbuka... huhuhu
ReplyDeletekekadang fikir, zaman aku membesar di kampung adalah lebih baik dengan gadget alam semulajadi yang lebih mesra...
ReplyDeletedah jarang buka FB....instagram pun takde..huhu..
ReplyDeleteBetul tu atie..
ReplyDeleteZaman skg ank2 terlalu terdedah dgn dunia cyber..
Semoga ank2 kita dilindungi Allah sentiasa..
risaunya skang ni..moga kita semua dilindungi..
ReplyDeleteCabaran ibu bapa masa kini untuk memantau kegiatan anak2
ReplyDeleten3 yg sgt bermenaafat n bagus utk perkongsian bersama...
ReplyDeleteThanks atas perkongsian Atie.
ReplyDeletenice sharing..peringatan untuk kita semua..
ReplyDeleteKanak kanak, sebab belum matang...mmg mudah terdedah pada bahaya di internet
ReplyDeletepaling penting kena pantau anak2 yang amsih kecil ni.. very gd sharing tq
ReplyDeletebetul tu ... semoga anak-anak dan kita semua dijauhi dari semua unsur jahat
ReplyDeleteBiasalah Atie, setiap ada teknology baru mmg ada kesan buruknya. Yg penting jangan lupa memantau anak anak
ReplyDeleteinternet adalah cikgu dan sekolah yg plg mudah utk bebudak . masalahnya mrk blm kenal antara yg baik n yg buruk ...
ReplyDeleteBetull
ReplyDeleteJenayah dimna2
Awassss..
kt kena bijak n berhati-hati sblm bkongsi apa2 hal peribadi di laman sosial..skarang mcm2 blh jadi
ReplyDelete