13.11.15

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

AssaLamualaikum
Entry panjang berjela. Renungan dipagi Jumaat yang mulia ini. Menarik untuk dikongsikan.
Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh Ustaz Ahmad Dusuki:

1. Kehidupan manusia bermula dari
- Alam rahim
- Alam fana
- Alam barzakh
- Alam mahsyar
- Alam syurga @ neraka
2. Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, 40 juta sperma berenang masuk & hanya satu sahaja yang diizinkan Allah bercantum dengan ovum untuk membentuk nuftah & hidup di alam rahim sehingga 9 bulan.
3.Ketika di dalam kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- Rezeki
- Ajal (bila, di mana, bagaimana)    
- Amalan & kehidupan ( kahwin dengan siapa, berapa orang anak, adik beradik)
- Ahli syurga@ neraka.
4. Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5. Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- Qada Mubram  iaitu qada yang boleh berubah melalui doa
- Qada Muallaq  iaitu qada yang tidak boleh berubah. Contoh : 40 hari sebelum kematian
6. Kita hidup di alam ini adalah dalam keterpaksaan, dipaksa  & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana (dunia), alam kanak-kanak alam remaja (12 - 21 tahun), alam dewasa (22- 40 tahun), alam tua (lebih 40 tahun). Lebih 70 tahun disebut tua bangka.
8. Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan. Lihatlah dunia remaja percakapan, cara berpakaian kadang-kadang celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan. Satu alam yang terpaksa dilalui dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sebanyak 99 ujian kematian bermula  dari bayi hinggalah sebelum mati. Sehinggalah ujian yang ke 100 maka kamu akan mati.

10. Siapa-siapa yang berusia pada umur 40 tahun tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yang baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu talkin dibacakan.
11. Setiap yang hidup akan merasai mati. Roh orang beriman adalah seperti minyak yang berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki untuk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang, ke perut bilamana sampai ke perut akan berdengar beberapa urat putus dan bagi lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bagi orang beriman akan mengatakan laailahailallah tapi bagi orang yang tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan sahaja tidak ada apa-apa yang berlaku.
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yang roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia.
13. Tanda-tanda jenazah itu ahli neraka:
-Mulut berbuih
-Wajah masam
-Najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.
14. Tanda-tanda jenazah itu ahli syurga:
-Dahinya berpeluh
-Hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- Wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-Najis keluar sedikit sahaja
15. Sakitnya perempuan yang bersalin itu adalah 1 juzuk daripada 99 juzuk kesakitan kematian.
16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak-anak kita yang mengkafankan kita adalah anak-anak kita. Anak kita jadi imam solat jenazah kita maka beruntungnya kita.
17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil-kecil, ayah kami mandikan kami dengan penuh kasih sayang dengan penuh kelembutan. jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini. Maka Kau ampunkan dosanya ya Allah! waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tapi kami lempar ke mukanya ya Allah!..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dengan penuh kelembutan..KAU ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami"..
18. Al-Quran yang dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti.
19. Nabi kata "aku tidak pernah tengok keadaan yang sangat huru hara seperti padang mahsyar ini. siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di padang mahsyar nanti".

Moga kita tergolong dikalangan hambaNYA yang diredhai.
WasSaLam

18 comments:

  1. Aamiin... semoga tergolong dalam kalangan yg mati dalam khusnul khotimah..

    ReplyDelete
  2. amin..tq perkongsian...:-))

    ReplyDelete
  3. termenung pnjg memikirkan n3 atie yg menyentuh jiwa...tq perkongsiannya.

    ReplyDelete
  4. Baru petang semalam kakak mendangar radio IKIM jam 5:15 petang on the way balik kerja bercakap hal ini.
    Apa yg menarik bila dikatakan sebaik masuk liang lahad Atie. Semua amalan akan ditolak ke tepi dulu sehingga hari kiamat. Tetapi al-quran akan membantu kita ketika di alam barzakh. Jadi selalulah membaca kitab Allah ini sebagai pelindung kita. Sayanginya seperti kita selalu membelek blog/tweeter/fb/whasapp dsb..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atie...moga kita sentiasa didalam redha Allah swt

    ReplyDelete
  6. Subhanallah...terima kasih kak perkongsian ini..moga kita sejahtera di mahsyar..

    ReplyDelete
  7. amiin...tq sharing

    ReplyDelete
  8. kupasan yang ringkas dan bermanfaat ... tq for sharing :)

    ReplyDelete
  9. Alamak....rasa insaf pulak Atie baca entri ni.
    Terasa kerdil dan hina kita ni disisi Allah. Tp tetap terus leka dan alpa....huhu

    ReplyDelete
  10. kupas kulit buah saya pandai ar...kupas kitab belum sampai tahapnye lagi...anyway, thanks atas perkongsiannya...

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar sakit bersalin itu adalah 1 juzuk sakit kematian...Allahuakbarrrr takutnya
    mmg sakit bersallin tu ya Allah sakit sgt2..mcm tu ke kalau ditarik roh kita nanti Allahhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  12. bila diingatkan tentang mati...yg berligar di kepala...bersediakah aku?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian. Moga jadi peringatan

    ReplyDelete
  14. Sebak bila baca ..seram ..moga kita diampunkan dosa olehNya..

    ReplyDelete
  15. trima kasih atas prkgsian nru arni dpt bc entry jumaat...

    ReplyDelete
  16. Gud Info Atiey.. Thanks atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  17. bagus info ni kak. thanks kongsi kak

    dan baru tau yang ini

    "Hadis nabi ada menyebut setiap manusia Allah berikan ujian sebanyak 99 ujian kematian bermula dari bayi hinggalah sebelum mati. Sehinggalah ujian yang ke 100 maka kamu akan mati."

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..