Salam Jumaat
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata:
"Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah..
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga & jalan-jalan kebaikan.
WAHAI SAHABATKU,
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU... JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI :(
Benar Atie..
ReplyDeleteJika kita bersahabat dengan sahabat yg baik.. InshaAllah kita juga turut menjadi baik.
Bersahabat lah kerana Allah.. dan sentiasa saling mengingati Allah..
kwn biar ramai kan..
ReplyDeleteAs salam atie
ReplyDeleteTerharu baca,masih adakah sahabat yg hatinya sgt2 mulia.
In shaa Allah
Tqvm
Salam jumaat atiey ... terima kasih kerana menjadi seorang sahabat :D
ReplyDeleteinshaallah
ReplyDeletesemoga kita saling bertanya kepada Allah ketiadaan shbt2 kita di syurga
ReplyDeleteSemoga kita memperolehi sahabat baik yg membawa kita ke syurga.
ReplyDeleteAllahu..dalam kesannya dihati PC kak..
ReplyDeletedeep...
ReplyDeletetq atie sebab sudi jadik kan aida sahabat, walaupun hanya di alam maya ketika ini.
Sebab itu tak rugi bersahabat dengan yg baik-baik dan kita juga kena jadi baik mana tahu kita sama-sama dpt saling membantu di akhirat kelak..
ReplyDeletebersahabat kerana Allah...bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..
ReplyDeletesalam jumat cik kak atie tuuu ., ;p
ReplyDeletesahabat payah dicari lebih2 lagi yang sanggup menangis untuk kita
ReplyDeleteWalaupun hanya bersahabat di alam maya...semoga ikatan persahabatan yang terjalin akan sentiasa berkekan...
ReplyDeletemeh kita semua bakat jadi sahabat yang saling ingat mengingati ye =)
ReplyDeletekalau dapat sahabat yang baik,mudah untuk kita buat kebaikan.tapi kalau dapat sahabat yang kureng ni,susah sikitlah.
ReplyDeleteAlahai ....... sedih pulak bila baca tang kita yg tak de kat syurga tu Atie.....pas tu ada pulak sahabat prihatin yg mencari....
ReplyDeleteMasyaallah hebatnya pertalian ukhwah tu kan Atie