21.10.19

Abang Pae - Conduct Koir

Assalamualaikum.
Lama tak cerita tentang hero seorang ni. Dah nak habis darjah 3. Makin besar dan tinggi. Baru-baru ini sekolah anak ada buat sambutan perasmian dan penutupan bulan kebangsaan peringkat sekolah. Di adakan di Dewan Tun Mustafa, Lahad Datu. Walaupun sambutan agak lewat tapi tetap meriah. Jemputan pun ramai. Al-kisahnya si Abang Pae terpilih jadi conduct untuk pertandingan Koir. Mewakili kelas mereka. Mulanya dia bagitau dia takut. Haha! biasalah budak-budak. Aku selalu pesan, kena berani sebab cikgu dah pilih dan kena kuatkan semangat untuk bertanding serta berhadapan dengan orang ramai (ibu yang dah  tua ni pun ada masalah bila berhadapan dengan ramai sangat orang. Ketar lutut! Haha)
 
posing dulu sebelum masuk dewan
 
Sekelas:) 
 
Ready sebelum naik pentas 
 
Permulaan dia sorang, 
lepas tu baru kawan-kawan naik pentas
 
pasukan kelas abang Pae
 
Selepas persembahan.Muka dah macam apa dah! lega.
Al-kisah, guru kelas mereka tak dapat datang masa hari kejadian sebab ada saudara cikgu yang meninggal. Jadi murid-murid menunggu lama di luar dewan, tapi cikgu tak sampai-sampai. Nasib baik ada guru pengganti yang tolong tengokkan anak-anak ini. Sedikit kelam kabut jadinya. Syukur mereka berjaya habiskan persembahan. Walaupun hanya dapat hadiah saguhati, tetap bersyukur atas keberanian anak-anak. Kalah menang adat bertanding. Semangat & berani mencuba itu lah yang paling penting. Kan??
Thanks for reading!

18 comments:

  1. Tahniah abg pae...ada self confident yg tinggi..

    ReplyDelete
  2. tahniah abg pae..:)

    ReplyDelete
  3. good job abg pae, berani tuh... tak kisahla dapat saguhati ke apa, yang penting buat persembahan dan selesaikan... acik ni pun mau ketar lutut kalau duk kene buat persembahan depan ramai orang

    ReplyDelete
  4. Hebatnya Abga Pae. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. Wah jadi konduktor muzik. Hebat.

    ReplyDelete
  6. mesti abg ada ciri2 kepimpinan sebab tu cikgu pilih jd conductor. Good job abang

    ReplyDelete
  7. tahniah Abg Pae..pengalaman yg berharga ni..semoga tahun depan terpilih lg..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Abg Pae..berjaya conduct koir. hebat!

    ReplyDelete
  9. wahhh hebat dan segak naa abang pae, good job little hero :)

    ReplyDelete
  10. tahniah abg pae!
    sgt berani.. =)

    ReplyDelete
  11. HEBAT ABG PAE TAHNIAH

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,
    Tahniah buat abg pae, membina keyakinan berhadapan dengan orang ramai.. moga beroleh kejayaan yang membanggakan

    ReplyDelete
  13. percapaian yang hebat...

    aktiviti begini memang bagus untuk membina keyakinan diri

    tahniah & syabas

    ReplyDelete
  14. Wah semat betul abg Paei dgn kot dgn sarung tangan putih, betul2 nampak wibawanya..tahniah2x, kalah menang tu adat, hari ni kalah, esok2 mana tau menang tempat 1 pulak, kann.

    ReplyDelete
  15. Amboi segak bergaya. Tahniah ye berani berhadapan ramai orang

    ReplyDelete
  16. tahniah..tk smua org berani nk ke dpn

    ReplyDelete
  17. Yang penting dia berani dan minat..ada setengah budak ni takut tau..tahniah abg pae..saguhati pun x pe ada peluang cuba lg

    ReplyDelete
  18. Hebat tu... apa pun tahniah buat anak-anak itu yang berjaya juga akhirnya membuat persembahan tersebut...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..