25.7.13

::Kesan Gadget Ke atas anak-anak...

AssaLamualaikum
sumber :FB
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di Hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.
Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’.

Kesan-kesan lainnya;
1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka

* Erm! bila terbaca ni, naik risau lah jugak. Ye lah kan, budak-budak sekarang boleh dikatakan majoriti nya membesar dengan gadjet. Serba serbi dikelilingi gadjet. Harap-harapnya Pa'e takdelah sampai ketagih.
WasSaLam^_^ 

22 comments:

  1. by kesan buruk dr baik..mata pun akan cepat rosak...so kita kena hadkan la masa anak2 tuk gadjet2 ni..bkn anak2 je...mak pak pun sama ...kut2 mak pak yg lebih2.. :)

    ReplyDelete
  2. sebab tu sy x brp suka nk dedahkan ank dgn gadjet nih..

    ReplyDelete
  3. memang nak kena sembunyikan dah gadget2 ni..huwaaaa

    ReplyDelete
  4. bahaya kalau dah keagih sampai nak suruh buat apa pun tak jalan..contohnya si hero di rumah..sebab tu saya paksa diorang tolong saya buat kerja rumah huhu

    ReplyDelete
  5. Betul tu Atie..emang dah ada kesan bahay kat Aqil pon..ketagih melampau!risaunyaa..huhuhu

    ReplyDelete
  6. sib baiklah kami kat sini tak biasakan anak2 ngan gadjet2...ngan komputer buruk tuh pun dah kena kontrol..

    ReplyDelete
  7. hmm teruk juga ye kesan penggunaan gadget yang berlebihan. i will take note of that one bila fae sudah berkeluarga nanti.

    ReplyDelete
  8. byk yg buruk dr baik kan.. ank2 zaman sekarang. Esk2 zaman cucu2 kita xtau plak mcmana....

    ReplyDelete
  9. alahai
    zaman laa ni,, ipad dah wajib ada pd anak2,,,

    ReplyDelete
  10. Tu la, nak cuba elak pun rasa susah jer... benda dah ada depan mata... kita tak ajar pun mereka pandai explore sendiri...huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. harapnya x jd camtu lah. takut jugak kan. bagi susah. x bagi pun susah.

    ReplyDelete
  12. memang benar bagai di kata. Manusialah yang merosakkan manusia itu sendiri.

    hmm... risau pulak bila kata, lebih menguasi visual( memandang) dari mendengar. Bahaya ni

    ReplyDelete
  13. besar kesan nya kan atie...satu lagi effect nya anak2 mudah sakit kepala jika menggadap ipad/tab terlalu lama...

    ReplyDelete
  14. kena kawal jugak.. jgn lebih2 sangat.. kita pun boleh ketagih apelagi kanak2.. huhu..

    ReplyDelete
  15. Kalau sampai boleh autisme takut juga Atie.
    Kalau macam tu baik kawal dari mula bimbang dah ketagih susah nak berhenti.

    ReplyDelete
  16. singgah ptg..mmg banyak keburukannye kan atie..zaman kite kecik2 dllu,xde benda ni semua..

    ReplyDelete
  17. teknologi ni mmg ada baik dan buruk.mmg kita kena kawal ni pgunaan gajet oleh anak2.taknak mereka ketagih dan hilang fokus dalam kelas dan dlm hidup mereka.nauzubillah

    ReplyDelete
  18. uish.. memang banyak keburukan dia.. lebih banyak daripada kebaikan.. harap jadi pengajaran berguna pada para ibu bapa. jangan ikut sangat kerenah anak yang nak tu nak ni

    ReplyDelete
  19. bahaya jugak sampai macam tu sekali...hmmm..memang kena kawal lah dari awalkan..

    ReplyDelete
  20. Owhhh.. Patutlah sorang member saya dia larang keras anak buahnya main benda nie lama.. rupanya banyak keburukan..

    ReplyDelete
  21. tu lah bah aTie..anak2 sy pn sgt d kawal jg kalo bab2 mcm ni..kalo sd mengadap gaget2 ni dipanggil beberapa kali pn nda mau dgr

    ReplyDelete
  22. Ni termasuklah budak TLBD tu...hish...risau jugak ni

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..