Wednesday, 18 May 2016

Apa yang mau di cerita?? haha!

AssaLamualaikum
Bila mood berblog ada, idea plak kering. Nasib lah. Dari pagi dok belek-belek blog sendiri, tapi tak tahu nak cerita apa. Hahaha! Last nak bagitau, pagi tadi semangat check gula (semalam dah puasa tak boleh makan apa start jam 10pm) tapi bila tengok result, naik seram lah plak. Adoi! 6.6! Mak ai! bertambah stress dibuatnya. Bila tanya sister kat klinik tu bagitau kurang tido, stress pun boleh sebabkan gula tinggi. Ohh! baru aku tau.Ingatkan bila kurang tidur & stress akan sebabkan tekanan darah naik sahaja. Persoalannya, adakah aku stress?? hahaha. Kalau kurang tidur mungkin juga, sebab bila duduk berdua sahaja dengan my darling Pa'e tu memang kena struggle lah! semua kena uruskan sendiri. So, nak manja-manjakan diri tu tiada. Apa yang lebih utama adalah si Muhammad Irshad. Tekad, mulai hari ini nak kurangkan lagi makanan manis (kalau ikut aku jaga tau, makan manis ni tak berapa). Uwaaaa, takut! 
Jumpa lagi!
With love...

15 comments:

  1. Apa pun kesihatan meamng kena jaga
    Kalau boleh tak mahu ada penyakit hinggap kan Atie.

    ReplyDelete
  2. In sha Allah berkat usaha akak disiplin...mungkin akan turun lagi kadar gula tu..amin..

    ReplyDelete
  3. Alamak yang tak check ni pula rasa stress, kalau teringat nak check jugak.. inshaAllah diet boleh kan.. nasib ada hero kan bole meneman dan menolong..

    ReplyDelete
  4. Hai Atie..sorry lama tak singgah sini.
    Apa khabar?

    ReplyDelete
  5. kena jaga kesihatan nih,akak ni pun dah nak kilauan emas kena check kesihatan jugaklah.

    jadi atie kenalah jaga tidur dan kurangkan stress tu

    ReplyDelete
  6. Kena hati2 dalam pemakanan tie..atie muda lagi, panjgna lg perjalanan..kena jga btul2...
    inshaallah lama2 dah terbiasa oklah dok berdua..dulu pun sy dah alami jg budak berdua tu sorang..stress mmg stress, tp inshaallah boleh hadapi..

    ReplyDelete
  7. akak yg terlambat tau ke.... taniah atie...
    jaga diri n kesihatan baik2...
    mmg pasni kene berjaga2 lah... takpe bertahan utk beberapa bulan lg yek

    ReplyDelete
  8. Gula naik sebab rindu kat suami tu. Hahaha!

    Ahah, itulah bezanya 'akak kuat berceloteh' dengan Atie tau. Saya ni walaupun adakalanya malas nak update blog tapi sekali update, menangis kawan-kawan nak membacanya ^_^

    ReplyDelete
  9. assalmualikum Atie
    mmg stress kalau dpt result macam tu
    jaga makan dan cukupkan tido ok
    kesihatan sangat perlu skrg ni
    mencegah lebih baik darik merawat
    Insya allah Atie bolehh

    ReplyDelete
  10. :) Lama hilang.
    dlm xtau apa nk tulis keluar jgk 1 entri.

    ReplyDelete
  11. Salam atie.. lama ira xdtg sini.. rumah baru ye.. hihi..
    Jaga kesihatan diri ye atie..
    Ira pun asik mkn je skg ni..

    ReplyDelete
  12. Ingat mak pun nak check jugaklah gula ni Atie....main sedap jer minum air manis sejak kebelakangan ni. Tp tulah... takut betul nak tgk result dia kan Atie...
    Tak per.....cubalah makan apa apa ke.

    ReplyDelete
  13. Hehe.. muncul juga Atie.. umur kita ni mmg kena jaga kesihatan.. tapi tulah kekadang tu ada jg stress dan kurang tidur.. 😊
    X tau nak cerita apa pun jadi jg 1 entri.. haha😄

    ReplyDelete
  14. Take Care Atiey., Mummy pun hantu gula jugak.... hehehehe

    ReplyDelete
  15. baru tau kurang tidur dan stress bole meninggikan kandungan gula dlm badan.. mcm takde kaitan je kan.. hehhe

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..