31.12.13

::Entry Penutup Tirai 2013...

AssaLamualaikum
Entry terakhir ditahun 2013. Banyak suka duka sepanjang tahun. Yang dah tercapai Alhamdulillah! yang belum cuba bawa ke tahun 2014. Mana tau nanti tercapai. Hehe! doakan jak ya. Apa pun aku amat bersyukur dengan kehidupan kami sekeluarga sekarang. Walau tak mewah, sederhana tapi Alhamdulillah! aku redha. Aku yakin semuanya rezeki dari Allah! jangan kita pertikaikan. 
Di samping usaha, insyaAllah pasti dipermudahkan:)
Apa yang pasti aku ingin memperbaiki diri lagi. Banyak kekurangan ku. Hubungan dengan Allah S.W.T kena mantapkan dulu. Ya Allah! bantu aku. Moga dapat menjadi hamba-Mu yang taat, patuh. Moga dapat menjadi isteri yang lebih baik pada Kulingku (en Yusof). Dan jadi Ibu terbaik buat budak tumpis a.k.a Irshad @ Pa'e. Maafkan Ibu andai masih banyak kekurangan Ibu, wahai anak ku!
*Mood touching akhir tahun*
WasSaLam^_^

::Hasil Tulisanku di Google 2013...

AssaLamualaikum
Pergh! tajuk boleh blah! haha! Sepanjang aktif ber blog di tahun 2013 ini, adalah juga yang tertempek di carian Google. Sekadar berkongsi, bukan untuk menunjuk-nunjuk. 
Suka-suka menulis sekadar hobi di masa lapang.
 
Entry di SINI. Publish pada 27/05/2013
Entry di SINI. Publish pada 25/07/2013
Entry di SINI. Publish pada 08/03/2013 
Entry di SINI & SINI publish pada 11/01/2013
Harapnya memberi manfaat pada semua. Sama-sama kita berkongsi ilmu kan. Moga minat menulis ini akan berterusan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Apa yang penting hubungan silaturrahim yang terjalin sesama kita walaupun tidak pernah bersua. Indahnya ukhuwah! Salam sayang buat semua:)
WasSALam

30.12.13

:: Pa'e & Pokok Krismas di Darvel Bay...

AssaLamualaikum
Cerita Ahad 22/12/13 lagi. Kisah budak tumpis di yang gembira dapat berjalan-jalan di pagi Ahad. Hehe. Ye lah Isnin-Jumaat Ibu & babah kerja, so Sabtu Ahad lah masa yang ada untuk diluangkan bersama. Tengoklah gaya nya yang sedikit mengada-ngada ini :
Tengoklah gaya tu : Skema! :)
Ini pula kes tak mau snap gambar:)
Jalan-jalan dengan MakCu nya:)

Jalan-jalan sekejap. Layan dia main rempit F1 pastu pegi makan Nasi Kerabu Jasma. 
Petang sikit balik rumah sebab ada tanda-tanda dia nak tidur. 
Kang tak dapat tidur cerewet plak dia. Hehe!
WasSALam^_^

:: Kek Coklat Kukus Huru-Hara...

AssaLamualaikum
Aktiviti last week. Haha! Tajuk pun sudah boleh ketawa. Huru-hara sebab teringin sangat nak makan kek coklat di tengah malam buta. Dok asyik tengok TV, terlintas di kepala kek coklat. Pastu dok teringat juga kek coklat moist yang Kak Izan selalu buat untuk Mia. Itu yang gagahkan diri baking di tengah malam. Haha! Tak silap aku start baking jam 11.50pm dan siap dalam 12.30am. Tunggu sejuk dan terus ngap! haha.
Rupa bukan ukuran. Haha!
Tapi kan Pa'e sebenarnya tak suka sangat dengan kek coklat. 
Mula jak dia semangat, siap tanya " Ibu mana lilin? abg Pa'e nak tiup lilin harijadi"
Haha! Asal ada kek ingat  harijadi dia. Suka sangat nak tiup lilin. 
Bulan Februari tahun depan kita tiup lilin ya nak! :)
Opps! untuk resepi aku ikut resepi Kak Izan di SINI
WasSaLam^_^

29.12.13

::Semua Naik! Apa yang Turun??

AssaLamualaikum
Erm! sana-sini kita dengar tentang kenaikan pelbagai harga. Kita sebagai rakyat biasa nampaknya kena redha jak lah! Nak buat macam mana. Sabor je lah den! Apa yang penting sekarang ni macam mana kita nak mengharungi tahun-tahun hadapan dengan beban kos hidup yang makin meningkat. 
Kena fikir langkah berjimat-cermat. Di antaranya:

1. Ubah cara anda berfikir mengenai Wang
2. Kawal perbelanjaan anda dan keluarga
3. Tambahkan pendapatan sampingan
4. Kurangkan kehendak, utamakan keperluan
5. Tambah ilmu pengurusan wang

Tips dari : Dr Wan Shah Razali

Bagi kami yang berada di Sabah ni kenaikan harga tol & tambang LRT tu kami tak terlibat lah ya! Sebab sini tiada tol & LRT. Cuma kesian juga kat kawan-kawan di Bumi Semenanjung. Memang kena bayar tol kan. Maunya tempat laluan pergi dan balik kerja. Sabar je lah kome. Harapnya pihak bertanggung jawab akan mengkaji semula segala kenaikan yang berlaku (ada ker yang nak baca?) haha!
WasSALam^_^

28.12.13

:: BERANI Tengok Jak lah...

AssaLamualaikum
Salam hujung minggu kawan-kawn semua. Ada yang pergi jogging kah pagi tadi? Jangan tanya aku, sebab jawapan nya memang tak pergi. Haha! Adui! bila lah nak memulakan semula aktiviti-aktiviti senaman seperti dulu. Makin menjadi-jadi malas bersenam ni. 
Tapi kan, kome berani kah nak bersenam kayuh basikal seperti ini: 
FB : Oh!Media
Memang BERANI tengok jak lah jawabnya. Haha! 
Kalau suruh kamek, upah RM5 Juta pun tak mau! gila ko, gayat!
Agaknya kaki terketar-ketar masa mengayuh tu. haha! 
Orang yang mental kuat jer boleh buat semua ni. Kan?
*Tapi kan, dah takde tempat lain kah nak mengayuh??*
WasSaLam^_^

27.12.13

::Nasi Kerabu Jasma...

AssaLamualaikum
Saja nak tayang lunch aku tadi. Kenyang makan, Alhamdulillah! 
Actually masa jalan-jalan Ahad lepas tu dah pergi makan dengan hubby, adik & Pa'e. 
Hari ini pergi lagi bawa opis mate plak. Dah memang aku ni 'Hantu Nasi Kerabu'.
RM7. Puas hati lah makan. Restoran ini belum lama dibuka. 
Terletak di tepi jalan belakang Hotel Asia, Lahad Datu. 
Bagi penggemar Nasi Kerabu bolehlah mencuba. 
WasSaLam^_^

:: Template Baru lah Konon...

AssaLamualaikum
Erm! perasan tak template blog baru ku ni? haha (perasan ada orang yang ambil kisah). Haha! Saja nak habaq mai sebab mengada-ngada. Kihkih. Al-kisahnya memang ada cadangan nak tukar template dan header baru sebab dah naik jemu juga menghadap warna blog yang sama. Mula-mula cadang nak tempah dengan kengkawan blogger yang pandai buat semua benda ni. Tapi memikirkan malas nak berhubung email segala, kesimpulan nya diriku memandai-mandai buat sendiri. Haha! buatlah juga yang basic ni hah! boleh lah yo! jangan kome bosan pula tengok warna blog baru ini. Suka plak bila latar putih sahaja. Rasa tenang jak bila nak menaip entry (yo lah tu! alasan semata). Haha!
Bye-bye latar blog lama:
Saja nak abadikan disini sebab nanti boleh tengok perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang ber blog. Moga semuanya perubahan yang baik, sama juga dengan diri ku. Hehe!
Jangan jemu singgah sini bah! Korang adalah sebahagian dari duniaku:)
WasSaLam^_^

26.12.13

:: Ungu - Bila Tiba...

AssaLamualaikum
Entry santai di pagi Khamis.
Jatuh cinta bila dengar lagu ini.
Dari Kumpulan Ungu.
Berunsur ketuhanan. "Bila Tiba"- Mati itu akan menghampiri.
Tak siapa pun dapat mengelaknya. 
Lirik Ungu - Bila Tiba
Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan
Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Bolehlah dengar sambil hayati lirik-liriknya. 
Memang terkesan juga dijiwa.
WasSaLam^_^

25.12.13

24.12.13

::JIMAT kan Penggunaan Letrik...

AssaLamualaikum 
Sekadar berkongsi. Tahun 2014 nanti semua bil akan naik. Termasuklah bil letrik kan. Di Sabah  ni tak tahu lagi lah macam mana. So, kena pandai-pandai lah nak jimat. Huhu. 
Apa yang boleh kita minimumkan penggunaan nya boleh lah kita cuba. 
Mana tahu menolong mengurangkan 'sedikit' bil. Hehe!
Bolehlah praktikkan di rumah nanti. Mana tahu berkesan kan? kami selama ni bil letrik memang tak pernah lebih rm40.  Sebab selalu dok guna pun TV, caj HP, peti ais, periuk nasi, cerek letrik dan mesin basuh (3 kali seminggu). Seterika pula hanya guna seminggu sekali sahaja. Ops! lupa Kipas angin 24 jam. Sebab budak tumpis akan komplen bila kipas mati. Aircond?? tak mampu dek non! haha!
Tahun depan tak tahu lagi bil macam mana.
WasSaLam^_^

:: No 10 - Pa'e Formula 1...

AssaLamualaikum
Tanda-tanda Penyakit M nak update entry. Haha! Aduh! janganlah berpanjangan. 
Cuaca yang mendung sentiasa semendung tuan punya blog juga. Kihkih. 
Layan gambar anak bujang ku yang suka rempit di shopping complex. No 10 OK! Haha!

Aktiviti Ahad 22/12/2013. Suka sangat nak naik kereta ni bila ke Darvel Bay. Nak request dua tiga kali naik plak tu. RM 3 untuk 5minit. Memang mahal, cuma demi nak tunaikan hajat anak bagi lah juga dia main. 5 Minit jak ya untuk sekali rempit. Hihi!
WasSaLam^_^

23.12.13

::Sejuk Aircond yang Melampau..

AssaLamualaikum
Aduh! sejuk gila di opis ni. Beku jak tidak. Ketar dah lutut-lutut tahan sejuk  ni. 
Cuaca pun gerimis di luar, tu yang bertambah-tambah sejuknya. 
Tak lama lagi boleh reput tulang-tulang. Haha!
Tapi memang lah opis kami ni tak boleh kalau aircond tak kuat. Sebab server boleh down bila panas. Adoi! tahan jak lah. Tak sabar nak balik. Cepat lah jam 5pm. Mau je aku pegi putar jarum jam tu. Biar cepat-cepat jam 5pm. Haha!
WasSaLam^_^

:: Bagaimana Melawan Keletihan..

AssaLamualaikum
Letih sangat kot! Hehe
Oleh kerana aku selalu letih, maka aku tercari-cari juga solution untuk mengurangkan gejala yang selalu melandaku ini. Balik kerja mesti lesu. Kekadang nak bermain-main dengan anak pun masa terhad dek kerana letih yang melampau.

Perkara nombor satu yang boleh menghalang kita kembali daripada bekerja terutamanya diawal minggu seperti hari ini ialah keletihan. Kelesuan boleh menjadi tanda keletihan.

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Minum Lebih Air
Penyahhidratan boleh menyumbang kepada keletihan. Jika perasaan anda letih, kopi boleh membantu tetapi kopi juga boleh menjadi punca yang menyebabkan dehidrasi. Seterusnya anda berasa letih, minum 2-3 gelas air dan anda akan perasan rasa segar datang dengan segera.

3. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.

4. Merangsang Lebih Adrenalin
Adrenalin adalah apa yang memberi kita yang rasa tergesa-gesa atau perjuangan. Walaupun kita tidak mahu sesuatu yang amat gembira, sedikit rangsangan kepada kelenjar adrenal boleh pergi jauh dalam melawan keletihan.

5. Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur. Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.

6. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.

7. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

8. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

9. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

10. Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin pada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.

Copy paste : Mutiara Cahaya

Moga dapat memberi manfaat ya! apa salahnya diamalkan kalau ianya membawa seribu kebaikan. Jangan ada yang mood Monday Blues hari ini:)
WasSaLam^_^

22.12.13

21.12.13

:: Adira - Dewi Cinta...

AssaLamualaikum
Hujung minggu hari untuk santai-santai sambil dengar lagu. 
Lagu terbaru Adira juga menjadi favourite sekarang. 
Selalunya pagi Ahad esok sambil buat kerja rumah mesti akan dengar Carta Era 40. 
Kalau tak kemana-mana lah. So, dengarkan lah ya. Mendayu-dayu suara Adira ni. 
Orang Sabah juga bah:)
*Happy Weekend! Korang kemana hari ini?*
WasSaLam^_^

20.12.13

:: Idea - Dapur Warna Warni...

AssaLamualaikum
Suka tengok dekorasi dalam rumah. 
Walaupun mungkin tak mampu untuk memiliki seperti ini cukuplah sekadar melihat. 
Dah puas hati! Hehe.
FB

Cantik kan? Ceria jak mood bila duduk dalam dapur ni. 
Nak masak pun semangat (yo lah tu atie!) haha.
Apa salahnya berangan-angan. Mana tau impian menjadi nyata! 
Mau meroyan kegembiraan. Haha!
WasSaLam^_^

:: Aku Bayar Bukan untuk Pukul & Lempang...

AssaLamualaikum
Maaf tajuk entry agak kasar sedikit. Berkaitan dengan ENTRY ini. Kisah Budak Tumpis dan pengasuh lagi. Selalu kan Pa'e bukan jenis cerewet bila tengok aku & baba nak pergi kerja. Bila dia dah start meragam pagi-pagi tu memang ada yang tak kena lah tu. Isk! naik geram lah dibuatnya. Bangun pagi aku dah stress sebab Pa'e dah nangis-nangis tak bagi aku pergi kerja. Siap buat ayat yang menyentuh hati " Ibu, tak payahlah pergi kerja. Ibu jagalah abg Pa'e. Abg Pa'e tak minta beli  mainan dah" (selalu kan aku cakap kat dia, ibu kena kerja sebab nak beli mainan abg Pa'e). Sedih, sayu tau bila dengar anak cakap macam tu. Mau menitis air mata. Bayangkan budak umur 3 tahun dah boleh fikir sejauh itu. Bila aku tak kerja, maka tak perlulah beli mainan dia. Uwaaa. Sob..sob.:(
Ya Allah! macam manalah nak buat. Pa'e ni kalau kita tanya dia memang dia akan jawab dengan telus. Bila tanya-tanya lagi kenapa nangis pagi-pagi, dia cakap "kakak R pukul abg Pa'e. Kakak R pukul punggung sampai bunyi, sakit lah Ibu". Dia mengadu lagi " kakak R tolak muka abg Pa'e bila tak nak makan". Korang tau, siap dia demo lagi tau macam mana pengasuh dia tu buat. Ya Allah! memang sedih lah bila anak mengadu macam ni. Tak sanggup rasa nya nak dengar. Hati pun dah mula risau, tak senang hati. Aku cerita kat babah, suruh dia tanya pengasuh dan nasihat lagi. Jangan lah buat kat budak macam tu. Kesian tau! babah cakap masa dia tanya pengasuh tu, pengasuh tu diam je! maknanya memang betul lah dia buat tu. Isk! geram! Aku tau Pa'e macam mana, aku tau tahap keaktifannya macam mana. Dia bukan jenis budak tak boleh dilarang. Dia dah pandai dengar arahan kalau kita bagitau elok-elok. Bukan nak bandingkan dengan anak orang lain, tapi bila aku tengok anak kawan-kawan kekadang aku sangat bersyukur sebab Pa'e jenis yang masih dengar cakap bila dilarang atau ditegur. Bukan jenis merosak barang atau bersepah sesuka hati. Kalau dia bersepah pun dia dah pandai kemas sendiri. Kalau tumpahkan air dah pandai lap sendiri. (bukan maksud memuji anak, cuma memang tak puas hati bila pengasuh buat macam tu. Apa yang tak kena dengan anak aku???). Nak cari pengasuh baru plak memang susah lah. Bukan senang! Harapnya  R ni dengarlah  nasihat babah Pa'e tu. Kalau tak makan saman juga, maka good bye lah! Baik aku hantar anak aku duduk dengan nenek dia. Biarlah terpaksa menanggung rindu. Yang penting anak aku selamat, dijaga oleh orang-orang yang sangat menyayanginya.
Mood: SANGAT GERAM & sakit Hati!!.
WasSaLam^_^

19.12.13

:: Sifat- Sifat Hantu Yang Patut diContohi :)

AssaLamualaikum
Nah! sekeping. Hantu Kak Limah!
Kawan opis send ini di FB ku. Ketawa guling-guling bila baca. Adoi! haha.

1) TOYOL - masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri.

2) PONTIANAK - susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan keperibadian kuntilanak ini optimis.

3) POCONG - dari dulu bajunya tak pernah ganti, ertinya dia tak tertarik pada fashion. Sangat bersahaja.

4) HANTU AIR - walau selalu menetap dilautan, tapi pakaiannya selalu lengkap & sopan. Dia tak pakai baju renang, ertinya dia selalu menjaga etika & kehormatan.

5) JERANGKUNG - datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkan org lain.

6) JEBON - ini adalah makhluk halus yang paling istemewa, wlaupun mukanya buruk, hancur, badannya bau, dan menakutkan. Tapi sifatnya sabar. SABAR baca post ini sampai habis.

Hahaha. Jangan MARAH! nanti kena jual. Sekadar gurauan petang ini. Tiada kena mengena dengan sesiapa. 
WassaLam^_^

:: Senyum Tanda Syukur...

AssaLamualaikum
Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum seindah suria yang menceriakan.
5 Keadaan Yang Akan Membuat Kita Tersenyum Tanda Syukur:
1-Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga.
2-Senyumlah apabila anda pergi bekerja kerana masih ramai mereka yang belum memilki pekerjaan.
3-Senyumlah ketika anda sihat kerana mereka yang sakit sanggup membayar dengan bayaran yang mahal untuk mendapat nikmat kesihatan.
4-Senyumlah kerana anda masih hidup kerana berapa ramai mereka yang telah mati bercita-cita untuk hidup kembali untuk melakukan amal soleh.
5-Senyumlah dengan apa yang anda miliki kerana berapa ramai mereka yang bercita-cita untuk menjadi seperti anda. 
*Copy From : FB Janji Allah Itu Pasti*

Penat semalam belum hilang! Hari ini sambung meeting dengan Pegawai. Nanti slow-slow aku BW tempat you all.
WasSaLam^_^

18.12.13

:: Entry Lesu...

AssaLamualaikum
Tajuk N3 tak boleh pakai. Haha! Auto publish ya! mungkin masih tidur di rumah. Sebab semalam standby di opis sehingga 5.00 pagi. Bawa budak tumpis sekali. Nasib baiklah Pa'e tak cerewet. Sampai opis dalam jam 9.00pm dia terus tengok Upin Ipin & Ultraman. Pastu minum susu. Dalam jam 12.30am dia tidur. Ibu berjaga bersama opis mate yang lain. Huhu! dah tugas, kami yang menurut arahan. dah biasa. Tujuan standby di opis semalam adalah bagi menemani para vendor yang datang dari KL untuk upgrade storage server & buat veritas. Jangan tanya aku itu apa sebab aku pun tak tahu. Haha! aku sekadar standby sebab sistem  eHIS hospital totally down (aku jaga bahagian aplikasi sistem eHIS).
Google
Kami balik rumah dalam pukul 5.00am. So, hari ini akan masuk kerja lewat. 
InsyaAllah petang sikit baru aku lawat rumah korang ya! 
Terima kasih pada yang sentiasa sudi berkunjung dirumah buruk aku ini. 
Love..Love you all!
WasSaLam^_^

17.12.13

:: Mulut Itik by Pa'e...

AssaLamualaikum
Budak-budak sekarang ni kalau tangkap gambar mesti macam-macam gaya mereka. Yang comel, yang cute semua ada. Jangan ada yang menyampah sudah! haha. Budak Tumpis kalau mood tengah baik, memang ada je lah gaya dia yang mencuit hati.
Terbaru suka sangat Pa'e buat mulut itik. 
Siap muncung-muncung segala. Haha!
Hah! ambik! mulut itik dari bujangan Ibu. Haha! 
Yang ni pula versi gelembung-gelembung pipi.

Ini semua MakCu dialah yang ajar ni. Suka sangat MakCu dia bila si kecik ni balik kampung. Sebab Pa'e lah kawan bergaduh. Kawan dia cari pasal. Haha! 
WasSaLam^_^

:: Takut Pada Anak-anak...

AssaLamualaikum
Kisah penakut pada anak-anak selalu terjadi kan? Pa'e pun sama tau. Kekadang berani tapi yang lebihnya penakut. Haha! Adoi! tensen juga dibuatnya. Ntah kenapa selalu sangat dia cakap "abg Pa'e takut lah ibu". Nak pergi buang air kecil pun takut. Minta kita hantar ke tandas. Sebelum ni tak berapa takutnya. Tapi kebelakangan ni menjadi-jadi pula perangai penakutnya. 
Aku memang jarang takut-takutkan dia. Paling pun selalu aku kata " nanti Allah tak sayang" kalau dia  buat perangai. Takdelah nak kata ada hantu ke apa. Babah pun dah pesan dari awal, jangan suka takut-takutkan dia. Takut  jadi penakut. Selalu babah pesan kat dia "anak lelaki mana boleh penakut". 
Tapi buat masa ni, memang Pa'e penakutlah! Haha!
*Selain dari info diatas, kawan2 ada idea macam mana nak hilangkan rasa takut ni?*
WasSaLam^_^

16.12.13

:: Idea - Bilik Tidur Hello Kitty...

AssaLamualaikum
Ternampak gambar ni di FB. Terus teringat kat anak dara Kak Izan yang comel loteh, MIA yang suka sangat Hello Kitty. Bestnya kalau dapat buat bilik macam ini :
Cantik kan? Anak perempuan mesti suka kalau ada bilik macam ni.
Tak putus-putus berdoa agar Allah memberi aku seorang anak perempuan 
buat peneman budak tumpis tu. Amin! 
Ummu Aidan kalau nak buat macam ni buat Arissa boleh juga kan? hehe*
WasSaLam^_^

:: Bila Dia Keletihan...

AssaLamualaikum
Asyik cerita ceria tentang Pa'e kan. Kali ini cerita Pa'e bila penat dan letih pula. Biasalah bila dah penat main atau berjalan tu agak cerewet juga budak tumpis ni. Masa ni memang akan keluar lah ayat-ayat power dia " abg Pa'e penat lah Ibu". Abg Pa'e ngantuk lah. Semua ada! haha! bila tengah berjalan-jalan mula lah minta dukung bagai. Adoi! dah lah ibu pun kecik nak dukung selalu memang tak larat. Haha! mau patah pinggang Ibu. Tengoklah wajah-wajah keletihan dibawah :
Muka keletihan sebenarnya. Cuma masih sempat semyum:)
Meragam dah. Ntah apa yang kena masa ni:)
Ini Memang letih. Sampai kat kerusi kereta & bas pun boleh tertidur.
Bila balik rumah nenek, memang sakan dia bermain tu yang letih sangat:)

Mencabar juga layan budak tumpis ni bila dah start meragam. 
Sabar memang kena tahap gaban. Haha!
Bila ngantuk melampau tu, selalu minta buat susu. 
Kita pun terkejar-kejar lah buat, tup-tup susu siap Pa'e nya dah tidur. 
Selalu juga terjadi, susu tak habis lagi dia dah terlena. 
Kenalah lepaskan botol tu dari mulut. Hehe!
WasSaLam^_^

15.12.13

:: Republish - JeJak Kasih di Alam Maya...

AssalamuaLaikum
Zaman sekarang ni nak berjumpa dgn kawan-kawan lama memang susah kan.
apalagi kalau semuanya duduk berjauhan Bukan dalam 1 daerah yang sama.Berlainan negeri. Dipisahkan oleh Lautan. Laut Cina Selatan (merujuk pada teman-teman yangg ada di bumi Semenanjung). Rindu pada zaman sekolah (SK-SMK Kinabutan Tawau-SMK Tawau), rindu pada zaman Kampus. Rindu pada kawan-kawan yang pernah bekerja sama-sama. Ramai nya kawan-kawan yang terpisah jauh :( 
Sesungguhnya memori PERSAHABATAN kita amat indah. Masih terpahat diingatan sehingga kini. 
Nasib baik lah teknologi sekarang canggih. Yang jauh dapat didekat kan. Semuanya jumpa di Facebook. walaupun tak bersua muka tapi dapat bertanya khabar. Tau serba sedikit perkembangan masing-masing.Jejak kasih di alam maya. Rinduku pada:
Norul A'in -abbiee miss you :)
Kak Da with family..miss you...
SMK Tawau
Surayni-Cikgu anik& anak2..always miss our friendship memory
SMK Tawau- Salbiah-Bie
Geng-geng Konvo 2004
Haminah Syed Hasan- Min, TAHNIAH moga kekal hingga hujung nyawa .. miss you :)
KL;Siti Haidawati- rindunya kt awak..ayat gebu-gebu:)
Norsia- Chik..lama tak jumpa..rindu!
Suasnara-Sue..rindu saat-saat Kampus kita
 Salahah- Sall, aku tunggu janji ko nak dtg Sabah :)
Ramai juga kengkawan yangg tak dapat disebut kan. Maaflah ya!  BUKAN LUPA...tapi tak ingathehe. Bila lah kita dapat berjumpa lagi kan. Murah rezeki, dipanjangkan umur. Boleh kita bersua lagi secara live kan? Rindu juga pada Kak Nurul A'zwa Yahaya (Kak Azwa-Perak). Kemana menghilang?
INDAH nya saat-saat itu. Orang kata hidup sunyi tanpa kawan & sahabat!

WASSALAM ^_^       

14.12.13

:: Cerita suka-suka @ Berkelah Di Taman Bukit Tawau...

ASSALAMUALAIKUM
Republish entry! Pernah publish masa tahun 2011 dulu. Punya lama kan. Saja nak imbas kembali sebab nak cerita tentang "Taman Bukit Tawau" atau lebih dikenali sebagai "Table" bagi kami penduduk Tawau. Masa ni ada opis mate yang datang dari Lahad Datu, jadinya kami menjadi pemandu pelancong pada mereka. Plan punya plan akhirnya kami menuju ke Table ni. Lagipun mereka belum pernah ke sini. Untuk mandi-manda lah katakan. Hehe.
Pa'e menunjuk kan gigi nya.  Masa ni Pae berumur 1 tahun 8 bulan.
Bergambar dengan anak buah. Serius muka tu:)
seronoknya Pa'e mandi. Sampai tak mau naik tau:)
Seronok rendam2 kaki. dengan baba:)
Seronok tengok Pae mandi. Sukanya dia. 1st time bawa dia mandi-mandi masa ni. Huhu..sejuk...sejuk...dia cakap, tapi tak mau naik atas. Haha! Nak berendam katanya. Memang seronok lah masa ni walaupun Pa'e kecil lagi. Agak nya kalau bawa sekarang ni mesti sakan dia mandi kan? dah pandai. Geng plak dengan babah. Sukalah dia.
Happy Weekend you all! kemana hari ini & esok? :)
*Kami dalam perjalanan balik ke Tawau lagi, ada jemputan kenduri khawin anak jiran* 
WasSaLam^_^

13.12.13

:: Salahkah - Rossa Feat Hafiz...

AssaLamualaikum
Layan lagu Rossa dan Hafiz. Mantap juga vokal mereka ni. 
Harap dengan lagu duet ini, Hafiz dapatlah lebarkan sayapnya di negara seberang, Indonesia.
Vokal Hafiz pun bukan calang-calang. Pelbagai anugerah dah dimenangi nya.
Rossa memang agak terkenal di sini. 
Siap dapat gelaran 'Dato Rossa' lagi kan? 
Boring-boring bolehlah dengar sambil nyanyi-nyanyi ya. Hehe.
WasSaLam^_^

12.12.13

::Keyword Pilihan #9...

AssaLamualaikum
Suka buka Nuffnang dan tengok keyword. Ini adalah keyword sepanjang minggu lepas:
Kesan penggunaan gadjet pada kanak-kanak memang selalu dicari. Alhamdulillah sama-sama berkongsi ilmu demi kebaikan anak-anak kita. Kisah pengharaman Islam di Anggola juga menjadi carian pembaca. Memang trade mark seminggu dua ni. Paling lucu dan tak logik : Menari kerja kosong di Sandakan, Sabah. Adoi! apa ntah. Haha.
WasSaLam^_^