11.11.13

:: Suatu ketika dulu - RISAU Bila Pa'e Mengadu...

AssaLamualaikum
**Entry panjang berjela*
Terpanggil untuk publish entry ini bila terbaca & terdengar berita tentang penderaan kanak-kanak yang untuk sekian kalinya terjadi lagi. Isk! tak habis2 penderaan berlaku sama ada di tempat pengasuh dan pusat asuhan kanak2. Nilai perikemanusian betul2 kian menipis dikalangan manusia zaman ini (bukan semua). Kita ibu bapa yang melihat ni memang geram tahap maksima. Huhu!
Kisah Pa'e suatu ketika dulu:
Dah beberapa hari Pa'e menangis pagi bila aku dan babah dia nak berangkat pergi kerja. Selalu tak menangis. Jadi bila dia menangis tu aku mula lah risau. Nak pergi kerja pun tak senang hati. Isk! Aku tanya lah dia kenapa nangis (budak dah pandai cakap kan)
Ibu  : "Kenapa juga menangis? Tinggal lah dengan kakak 'R' (pengasuhnya)
Pa' e:  "Abg Pa'e tak mau.. Abg Pa'e nak ikut Ibu pi kerja..nak ikut baba gi keja"
Ibu  : Adui! kenapa lagi tak mau tinggal ni?? (mood dah tensen)
Pa'e : Kakak 'R' suka cubit telinga abg Pa'e, sakit lah Ibu...
(aku yang dengar ni memang dah sedih, sebab kalau tak sakit tak mungkin budak ni menangis & seolah-olah takut kena tinggal. Dia seakan fobia).

Aku ni memang susah nak marah orang, sebab bila aku marah sangat nantinya dengan aku sekali ikut menangis (jiwa selembut sutera..haha!). So, caranya aku suruh hubby yang cakap sebab mesti pengasuh lebih respek dan takut kat hubby berbanding aku. Memang hubby tanya pengasuh, selalu ke jentik/cubit telinga Pa'e. Dan memang pengasuh mengaku! Reasonnya sebab Pa'e nakal & tak dengar cakap. Katanya! Budak 2 tahun lebih mana tahu apa! Geram juga bila dengar. Hubby terus nasihat kat dia, JANGAN buat lagi. Sebab nanti nya Pa'e tak mau tinggal dengan dia. Bila tak mau tinggal dengan dia, kena lah berhenti kerja (saling tolong menolong sebab dia pun perlukan kerja). 
Kesimpulannya : Memang dia tak buat lagi lepas tu. Pagi2 bila nak pergi kerja pun lapang dada sikit sebab anak tak menangis dan meragam. Siap salam tangan semua dan say ' bye Ibu'
Moral nya : Sesekali kita kena percaya cakap budak-budak ni, sebab budak memang tak pendai menipu kan? (betul kan aku kalau salah). Kita kena pantau juga apa aktiviti dia bila tinggal dengan pengasuh. Sebab itu sekarang ni, setiap balik kerja aku memang akan tanya Pa'e " buat apa hari ini? Kakak ada bagi makan tak? kakak ada buat (jentik/cubit) abg Pa'e tak?? dan memang Pa'e akan jawab semua soalan tu. Memang jawapan yang jujur dan polos dari seorang budak kecil. Aku bukan tak bagi kalau pengasuh atau orang lain nak tegur, jentik/cubit anak, tapi berpada-pada lah. Jangan sampai mendatangkan kemudaratan pada kanak-kanak itu sendiri. Menegur biar berhemah kan??
Apa pun moga pihak yang selalu melakukan kekerasan terhadap anak-anak kecil ini akan insaf dan menerima hukuman setimpal. Jangan lah diperlakukan sedemikian anak-anak anugerah Allah ini.
Sekadar perkongsian dari lubuk hati seorang Ibu.
WasSALam^_^

22 comments:

  1. betul tu atie..budak2 nie jujur..kalau dia ada mengadu apa2...kita kene siasat..mesti ada yg x kena

    ReplyDelete
  2. ye...sebab tu saya hantar anak ke pengasuh yang dipercayai saja..tunggu besar baru hantar ke tadika..sebab waktu tu diorang dah pandai cakap dan boleh bagitau kalau ada benda yang tak kena..minta2 dijauhkan

    ReplyDelete
  3. lepas nie...kena hati2.....nak hantar kepada pengasuh pun biaryg di kenali atau jiran kita je.....

    ReplyDelete
  4. Betul tu Atie, bila budak dah Mila menangis bila ditinggalkan mesti ADA something wrong.. siasat cepat.. setakat ni anak akak diasuh oleh kakak sendiri, Adik beradik jaga senang sikit ;)

    ReplyDelete
  5. kalau kita jentik takpe, tapi kalau orang lain macam tak leh terima..

    ReplyDelete
  6. betul tuh atie..kanak2 tak pandai nak menipu bila dia bagitau kita sst..at least mesti siasat akan kebenarannya..kalau mmg ketara nakal tuh n jentik lepas tuh bgtau kat kita sy blh terima.dgn syarat tuk mengajar anak2..tp biarlah lps masuk umur 4 tahun..kalau bwh 4 thn mmg betul2 naif n tak perlu sampai pukul atau cubit...

    ReplyDelete
  7. penah berlaku pada anak no 2 SB tapi masa tu dia di hantar ke tadika..Anak SB kena cubit budak lelaki yang duduk sebelah dia hingga lebam peha nya..nangis sampai tak mo gi sekolah 3 hari..

    ReplyDelete
  8. betul tu... kena beringat jugak.. kalau dah boleh cakap tu xpe lagi.. yg xleh cakap ni.. kesian betul.. huhu

    ReplyDelete
  9. Kakak setuju memang kita kena dengar apa yg anak kita cakap tapi kena siasat juga. Kalau ikut keluarga kakak pantang anak-anak seusia Pa'e dijentik/tarik telinga bimbang dah besar tak mahu dengar kata. Pantang besar ni Atie... harap pengasuh itu ingatlah nasihat papa Pa'e..

    ReplyDelete
  10. Bahaya skrg ya..tnggai knak2 kt pngasuh pun bhya..

    ReplyDelete
  11. selalu balik keje zee pon mesti tanya anak2 apa dorang buat hari tu..makan apa..kalo ada yang tak kena, esoknya mesti zee tanya balik ngan pengasuh dier..memang la rasa serba salah nak tanya tapi nak tak nak kena gak tanya..kadang dier minta maaf awal2 kalo ada luka ke apa..

    ReplyDelete
  12. mcm2 je sekarang kan sis..kena ambik perhatian lebih jgak la sbb skang bkn smua org boleh percaya...

    ReplyDelete
  13. Tak sama macam kita jaga anak sndri... (Macam la aku nie ada anak komen gni) :D

    ReplyDelete
  14. Anonymous4:01 pm

    betul tu, kalau anak2 meragam bila nak ke tadika or baby sitter pasti ada sebabnyer kan !>. dan skang ni mmg macam2 kes , jd takut kiter

    ReplyDelete
  15. betul tu... mmg selalu kena tanya... anak2 mmg takkan bohong...

    ReplyDelete
  16. Eh macam sama pula perangai kita… tak pandai nak marah orang… bila termarah orang, saya sendiri yang akan menangis… mmg tak pandai nak kawal emosi bila marah :(
    kalau sampai budak tu fobia, tu bukan lagi jentik manja… bagus hubby nasihatkan kakak tu… anak sendiri yg umur tu pun kita tak pernah jentik telinga, kalau cubit manja tu mmg selalu… hihihihi

    ReplyDelete
  17. tak sampai hati nk pukul budak2. :-/ walaupun dorg nakal sgt. anak buah sy nakal tahap dewa. bila mak dia pukul suh duduk diam, dia nangis. sy tak pujuk pn. gelakkan ja. padan muka. nakal sgt. Hahaha

    ReplyDelete
  18. baguslah Pa'e berani jwb dgn jujur. and pengasuhnya pun dh tk ulang lagi..

    betul tu. nak tegur/ajar biarlah berhemah kan? =')

    ReplyDelete
  19. budak2 mmg tak pndai nak menipu..

    ReplyDelete
  20. Baguslah kalau pengasuh tu pun boleh terima Atie....Nampaknya pengasuh tu bukan jenis yg penyanyang jugakkan Atie...kalau kita dengan anak orang mesti tak berani nak usik walaupun geram dengan kerenahnya.... betul tak

    ReplyDelete
  21. Betul tu Atie..nasib baik ada mutual understanding dan pengasuh Pa'e pon tak terasa hati bile kena tegur..Semoga anak-anak kita semua terus dilindungi oleh Allah..Amin!

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..