15.10.12

..: KemPen Minum Sky JuiCe..:

AssaLamualaiKum ...

Sebenar nya sejak kebelakangan ni aku bersama rakan2 opis yang lain dok sibuk kempen antara satu sama lain agar banyak kan minum sky juice (nama glamer skit), air putih @ air kosong @ air mati.:)
Bukan apa, dah umur2 macam ni kena banyak kan minum air kosong sebenarnya dalam menu harian kita.. klu tak silap kena minum sekurang2nya 8 gelas air sehari.. betul tak??....
So, aku dan rakan2 opis ku mula lah pakat2 mencari botol air utk bekal air kosong...hehe
Dan jenaMa yg menjadi pilihan adalah Tupperware.. :)
Beli dengan Bos : dapat discount 20% hehehe... TQ BOS!


Tarraaa... kami share2 beli set botol air ni..
aku dapat set Donald Duck
Sebenarnya beli utk anak.. last2 mak budak yg pakai...hehe

Minum air putih juga sangat bagus untuk kesihatan:
  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • "Sampah" utama dalam tubuh adalah 'nitrogen urea' yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih .....


Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga boleh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap 'sodium' di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak (erm baru plak aku tau, minum terlalu banyak air pun ada kesan sampingan nya)......

Sumber : www.gempak.org/forum (sharing is caring :)

Apa yg best nya.. setiap dari kmi di opis dah ada botol air kosong kat atas meja masing2!
Semangat minum air 0 dan kurangkan minum air manis :)
Moga2 berterusan lah ya... jgn mula2 jer semangat!... mari sama2 jaga kesihatan! 
Bekas air Umi Aisyah & Mama Pa'e
Mama Izz punya tak sempat snap... pink2 colour :)




WASSALAM ^_^             mamapaewithlove 8:30pm           

10 comments:

  1. comel botol tu..
    Betul tu air penting untuk tubuh kita..lagi² umur mcm kita ni kan...tapi baru aku tau terlebih munim boleh menyebabkan keracunan air..Thx for sharing Atiey..^^

    ReplyDelete
  2. Hihi..tu lah kan Wan.. aku pun baru tau klu terlebih minum air pun ada kesan sampingan.. terjumpa info masa membaca kt forum gempak :)

    ReplyDelete
  3. salam..singgah cni & follow sekali..
    betul tuh sharing is caring..x tau jg jika berlebihan air dlm badan ada kesan lain..

    ReplyDelete
  4. owhhh... x tau lak boleh keracunan. nk minum banyak ni.... nk kurus dan sihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Adam...tu lah kan ramai tak tau klu terlebih air pun ada effect.. sy pun mula2 terkejut...info jumpa hasil pembacaan.. tu yg sharing kt semua...:)
      Thanks coz sudi follow :)

      Delete
  5. assalam..wah cantik color tupperware skrg ni !!..byk khasiat air kosong ek..thanks sudi singgah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam... Mama aini; tupperware skrg mmg colourfull..
      byk kan minum air 0.. bgs utk kesihatan...
      Thanks juga coz sudi singgah :)

      Delete
  6. elok sgt kempen ni. huhuhu utk golongan yg bdiet mcm ni air masak je lah yg saya order bila keluar makan. air suam is better. huhuhu sahut kempen ni di war2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Lynn; tq sudi singgah..
      byk minum air kosong mmg bgs utk diet..
      selamat berdiet... moga semua nya di permudahkan..AMIN! :)

      Delete
  7. Botol airku dgn botol airmu jak ka yg dgmbr..botol air c mel sm salim ndak da ka?..hehehehe

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..