Wednesday, 22 June 2016

Fesyen Evening Dress untuk Hijabista Di Zalora

AssaLamualaikum. Masih ada yang tercari-cari evening dress untuk majlis rasmi atau annual dinner?? Kadang pening juga kan nak sesuaikan dengan trend muslimah. Yang menutup aurat dan selesa pada kita. Kini, semuanya boleh didapati dengan senang. 
Rata-rata koleksi evening dress yang kita temui di pasaran semuanya berpotongan seksi dengan rekaan yang terdedah. Jadi dilema plak pada kita bila kena ikut tema kan? Menyedari hakikat itu, kini terdapat beberapa jenama pakaian Muslimah dan ramai pereka fesyen kian peka dengan perkembangan trend fesyen Muslimah. Wanita berhijab sekarang boleh buat pilihan beberapa koleksi dress Muslimah yang sesuai digayakan sebagai evening dress seperti berikut:
Flared Maxi Dress
Potongan dress labuh yang berlengan panjang dengan bahagian skirts yang kembang sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan.
Belted Maxi Dress
Koleksi maxi dress ini juga boleh anda temui dalam rekaan bertali pinggang atau juga dikenali sebagai belted maxi dress seperti berikut dan sesuai untuk wanita yang mempunyai potongan badan yang slender dan tinggi lampai. 
Maxi Kaftan
Selain koleksi long dresses atau dress Muslimah, wanita berhijab juga boleh tampil bergaya dengan koleksi maxi kaftan yang loose dan selesa seperti diatas.

*Beli online lagi senang. Pilih, klik dan bayar. Tup-tup dah sampai depan pintu rumah. Laman web Zalora.com selalu menjadi pilihan aku dan kawan-kawan untuk mendapatkan apa yang dihajati. Service pun terbaik. Apa tunggu lagi, Jom shopping! 

19 comments:

  1. Macam2 zalora ni dah jual ye atie..

    Salam nuzul quran..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak..sekarang ni alkhamdulillah mudah untuk kita cari pakaian yang lulus muslimah..cuma kena pandai memilih dan banding harga je..lazada..zalora..nile..hihihi..semua cantik-cantik sungguh..

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan and happy shopping..

    ReplyDelete
  4. Salam Nuzul quran atie...
    Yang beli2 online ni dah jadi febret anak2 akak...

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Atie.. Wow macam-macam ada.

    ReplyDelete
  6. Ada juga tengok-tengok...cuma belum beroleh kesempatan nak beli...

    Selamat Berbuka Puasa petang nanti...

    ReplyDelete
  7. waalaikummussalam.. aah betul tu.. susah nk cari skrg bju yg tutup aurat yg selesa.. kalau ada pun kena masuk la butik2 tu.. haha.. nice sharing..

    Blogwalking sini, jom share apakah post pertama anda?

    Post Pertama AH di Dunia Blogging article..

    ReplyDelete
  8. naper takde gambarnya... ke akak nyer blog yg benggong...

    ada duit klik je boleh beli mcm2 pesen gaya baju... jnji bersesuai

    ReplyDelete
  9. pilih saja atie cantik busana raya tu.

    ReplyDelete
  10. belum pernah beli online..bila nk beli baju, mesti nk try dulu, rasa kainnya...takut tak sedap pakai...

    ReplyDelete
  11. Jom shopping yamg mana tu pilihan hati.. :) belum pernah beli lagi dari zalora ni.. duk tengok ja browse tengok trend srkarang ja :)

    ReplyDelete
  12. Shopping online dh jadi pilihan masa kini...
    Senangkn, pilihan pun byk

    ReplyDelete
  13. Tak mo tengoklah Atie....kang terbekenan susah pulak hihi....

    ReplyDelete
  14. Salam ramadhan dan selamat bershopping

    ReplyDelete
  15. Senang tau shopping online ni. Bila-bila masa dan di mana jua janji internet kencang. Hahaha!

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..