Wednesday, 29 June 2016

Kenangan Konvokesyen 13 tahun dahulu

Salam #24 Ramadhan. Mengimbas kenangan konvokesyen dulu-dulu. Zaman kegemilangan. Haha! Terjumpa di time line member sekampus. Sudah 13 tahun berlalu. Zaman penuh suka duka bergelar pelajar. Jauh merantau menyeberang Laut Cina Selatan. Terasa dah tua sangat sekarang. Haha
Antara sahabat-sahabat baik saya sepanjang berada dirantauan. 
Sahabat yang berkongsi suka duka. 
Ada ramai lagi kengkawan yang bersama, tapi gambar dah tak jumpa.

Jangan gosip! berdosa. Hahaha. 
Ini pun kawan baik masa study hingga lah sekarang. 
Abang Mie. Orang Perlis, baik sangat. Sekarang kerja Perkeso.
Yang ni aku panggil Chik. Sebab orangnya kecil ja. Orang Tawau juga, sama-sama merantau menimba ilmu. Bersama suka duka, Dah khawin dengan orang Perak. Dia cikgu.

Merantau belajar tahun 1999 hingga 2003. Konvokesyen kena tunggu setahun 2004. Tahun 2007 baru balik menetap di Sabah. Konvokesyen pun hanya ditemani kawan-kawan baik. Sedih juga masa itu, tapi berjaya juga diharungi. Mak dan arwah bapa tak dapat datang sebab faktor kewangan dan kesihatan. Apapun alhamdulillah, semuanya menjadikan aku seorang yang amat berdikari. Struggle untuk hidup. Syukur untuk nikmatmu hari ini ya Allah!  

19 comments:

  1. Kenangan yg terindah sampai bila-bila kan Atie..
    Untuk menimba ilmu, sanggup mengharungi suka dan duka kan..
    Jauh dari keluarga..
    Dengan membawa segulung ijazah sudah cukup menggembirakan ibubapa tu Atie :)

    ReplyDelete
  2. Best kan bila tgk gambar konvo?
    Tiba2 rasa nak pegi konvo bulan depan...
    Tapi jauhnya la hai...
    uhuk uhuk....

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak..kenangan untk ditatap bersama..menjadi inspirasi Pa'e juga..

    ReplyDelete
  4. kenangan yang terindah bersama kawan2

    ReplyDelete
  5. seronok kan tengok gambo2 kenangan lelama...sume dah berjaya dah dalam hidup syukur alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. Teringat zaman suka duka juga masa study,time konvokesyen mama, abang dan kakak saja yg datang, syukur

    ReplyDelete
  7. Kenangan yg sngt indah bersama kawan2 kan Atie alhamdulillah ada gmbr utk membuka memori dulu2

    ReplyDelete
  8. Belakar dimana dulu atiey..di kedah ye..kenangan zakaj belajar ni memori yg sangat indah kan

    ReplyDelete
  9. Wah...kenangan semasa dulu.
    Mesti best kan kalau diingat ingat balik

    ReplyDelete
  10. Walaupun dh lama berlalu...
    Kenangan tetap tersemat dlm2..

    ReplyDelete
  11. Kenangan yang sangat best dan tak boleh dilupa ni Atiey ...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dah berjaya bersama kawan-kawan.. pasti rindu zaman study, boleh la cerita dengan Pae ni.

    ReplyDelete
  13. kenangan masa belajarlah kenangan yg paling best bagi sis lah ...

    ReplyDelete
  14. saat manis seorang pelajar...bila ijazah ada dlm genggaman..

    ReplyDelete
  15. Tahniah ATie....Kenangan terindah ye ATie meski pun mak dan arwah abah tak de tapi doa mereka tetap mengiringi, Rezeki tu tau Atie dapat kawan kawan yg baik, sentiasa bersama susah dan senang ...

    ReplyDelete
  16. Manalah gambar konvo saya, lagilah makan bertahun-tahun sudah rasanya ^_^

    Sesekali mengimbau kenangan lalu, seronokkan Atie! Kadang tu terfikir pulak di manalah rakan-rakan yang dah lama tak dengar khabar.

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..