Wednesday, 16 July 2014

Cerita Ikan Keli En Kuling

AssaLamualaikum
Cerita si Ikan Keli. Nak habaq semua, aku adalah peminat ikan keli tegar. Haha! masa duk semenanjung dulu, kalau boleh hari-hari nak makan ikan keli. Tapi bila balik Sabah, aduh! susah sangat nak jumpa ikan keli. Maka tak pernah dah makan ikan keli semenjak balik ke Sabah. Nak jadi cerita, masa awal-awal mengandungkan si budak Tumpis punyalah teringin nak makan ikan keli. Puas lah mencari sampai sanggup pergi ke pasar-pasar pagi yang ada di sekitar Lahad Datu ni. Tapi tetap tak jumpa. En Kuling memang kesian sangat, sana sini sibuk tanya kawan-kawan. Korang tau, last-last dapat makan pun masa budak tumpis dah 8 bulan lebih dalam perut. Itu pun MIL yang bawakan dari Melaka. Kebetulan masa tu MIL & kak ipar nak datang jalan-jalan ke Sabah. Huhu! 
En Kuling beli benih ikan keli kat Kota Kinabalu dalam 500 ekor.
Oleh kerana susah sangan nak dapat ikan keli, maka encik Kuling sanggup beli benih dan kami pelihara sendiri di belakang rumah. Tapi tulah, sebab tiada ilmu maka banyak juga ikan keli peliharaan kami yang mati. Nak membenihkan nya pun en Kuling tak reti. Dapat jugak jual dengan kawan-kawan sekilo dua. Yang beli pun kawan-kawan Semenanjung. 
Hari ini ikan keli en Kuling tinggal seekor. 
Tunggu raya ni kot nak masak lemak cili api. Hehe!
WasSaLam^_^

25 comments:

  1. ATie, mana cukup sekor keli aje nak masak lemak cili api...kurang2nya kena 4 ke 5 ekor baru meriah mangkuk..hihiii...

    ReplyDelete
  2. sayangnya en kuling kat isteri dia..sampai sanggup bela ikan keli..hehe..tapi susah jugk ye nak menjaganya tanpa ilmu..kena belajar ni..boleh bela banyak2 lagi..baru puas makan..:)akak pon suka!

    ReplyDelete
  3. Oooo..baru saya tau susah nak dpt ikan keli kat sana....Rasa rasanya kalau buat bisnes ternakan ikan keli kat Sabah, awak boleh kaya raya :)

    Saya pun suka keli...masak sambal :)

    ReplyDelete
  4. Bermakna kalau kuling Atie nak business ikan keli di sana mestilah bagus ni.
    Tapi kena ada pekerjalah kalau tak susah juga kan.

    ReplyDelete
  5. kita tak makan ikan keli...takut..haha..

    ReplyDelete
  6. keli ni kalo kedai masak suka atie..hehehe..kalo masak sendiri tak berapa nak reti..
    siannya sampai kena bela sendiri..
    agaknya orang sabah tak pandai makan kot..
    boleh ni wat bisnes keli..mesti masyukk

    ReplyDelete
  7. Febret lya jgk.. klo nk msk lmk sdp bakar dulu ikan tu...

    Owh.
    Kat sana mmg ssh ye ikan keli..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ikan keli goreng ni atiey.... cicah sambal lagi... hehe
    1 ekor mana cukup tu Atiey :)

    ReplyDelete
  9. Gigih betul kuling Atie.. sanggup pelihara utk isteri tercinta..
    Memang sedap ikan keli goreng sambal Atie.. tapi tinggal seekor tu..cukup ke :)

    ReplyDelete
  10. pandailah jugak kan bela sampai boleh jual tuh atie..maybe kena buat sikit research kot camaner nak bela baru lebih berjaya kan...
    akhirnya dpt jugak pa'e merasa keli dlm perut kan..heheh

    ReplyDelete
  11. bestnya bela sendiri...waa...buat bisnes la atie,,.

    ReplyDelete
  12. dah lama jugak tak makan ikan keli...

    ReplyDelete
  13. Baru Jumaat lepas bunda masak ikan keli masak asam tempoyak kat kpg...makan berbuka puasa ramai2...
    sedapnyer...

    ReplyDelete
  14. takpe pasni dh pandai makin meriah la business ikan keli nyer...

    ReplyDelete
  15. tak pernah makan ikan keli. sedap ke?

    ReplyDelete
  16. tak pe . leh tuntut ilmu kat googel n bela lagi ... saya juga peminat ikan keli .

    ReplyDelete
  17. tinggal seko je kak? takpe nt bela lagi ye. kira tak minat keli hihihihi

    a'ah kak saya jumpa dengan suami dalam KBU. suami jugak seorg blogger. :D

    ReplyDelete
  18. Ikan keli goreng berempah sedap jugak.. Nyum..

    ReplyDelete
  19. Suka ikan keli juga. Dapat goreng berlada pon sodap.

    ReplyDelete
  20. Aduhaii..sedapnyaa..aida pon peminat ikan keli no 1..kiranya memang tetiap hari makan ikan keli pon takpe..tapi kesiannya sebab susah nak jumpa kat Sabah..mesti diorang tak ternak sangat ikan tu kan..

    ReplyDelete

  21. saya x makan ikan keli.
    ooo.suami akak org melaka ye.. hihi
    nasib dpt juga kan makan.

    alahai sayangnya.kena tambah ilmu lgi le kak.pastu blh buat bisnes kat sabah.comfirm ramai org semenanjung mncri kalau tahu..
    cuba lah smula kak..yg pnting tambah ilmu dlu..

    ala, sekor je.cukup ke nanti tu?

    ReplyDelete
  22. Harap sempat la tunggu raya. Kat sana memang susah nak dapat ikan keli ke.

    ReplyDelete
  23. Okje pun suka gak makan ikan keli....tp nak menyiangnya tu yg malas....licin! Kalau beli senang.....dah siap siang. Sapa yg siang tu Atie? Kuling ke?

    Nampak tu betapa sayangnya kulibg dgn bini dia sampai sanggup beli anak ikan hehe

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..