13.10.14

Akikah & Kesyukuran Muhammad Irshad

AssaLamualaikum
Sebenarnya dah lama rancang nak buat akikah si tumpis tu. Ye lah! dia pun dah besar panjang, kadang malu pada diri sendiri sebab lambat sangat buat akikahnya. Rasa terbeban dalam diri aku dan suami tau. Perasaan berat tu sukar digambarkan. Kami tau ini tanggung jawap kami sebagai ibubapa. Rasa bersalah bila asyik tangguh dan tangguh. Di entry lepas ramai yang tanya bila sebenarnya kami buat Akikah Tumpis ni. 
Kad jemputan yang simple untuk kawan-kawan. Buat sendiri sahaja. Akhirnya pada 30hb Ogos 2014 bersamaan 04 Zulkaedah 1435H (Sabtu) kami buat kenduri Akikah Tumpis. 
Ini jer gambar hero yang ada pada hari kejadian. Punya susah nak tangkap gambar dia. 
Faham-faham lah dok lasak sana-sini. Hehe.
sebahagian kawan-kawan sekolah yang sudi hadir. Ada yang sudah berbelas tahun tak jumpa. Alhamdulillah majlis ini menemukan kami semua. Suka sangat :)
Dengan MakCu Pa'e. Awal pagi sebelum majlis bermula. 
Dengan adik-beradik lain pun gambar tak ingat nak ambil. 
Masing-masing sibuk menolong apa yang patut.
Last sekali gambar tuan tanah lah. Hehe! ini jak yang sempat diabadikan.
Gambar makanan langsung tak ambil, memang tak ingat dah. Sibuk layan tetamu. Kenduri biasa yang dihadiri kawan-kawan rapat dan jiran tetangga. Jemputan pun dalam 100 orang lebih sahaja. Alhamdulillah majoriti yang di jemput pun sudi datang. Syukur sangat. 
Yang tumpis pun teruja tengok kambing 2 ekor yang disembelih. Suka dia. 
Siap tanya "ini untuk akikah abg Pa'e kah Ibu?"hehe! 
Mudah-mudahan anak Ibu jadi anak yang soleh. Amin.Amin.Amin
WasSaLam^_^

17 comments:

  1. Jeles tgk gambar kamu atiey..haha..bestnya lama suda ndak jumpa..sesekali berjumpa mesti banyak ceritanya kan..mengimbas kembali zaman persekolahan..rindduu..

    ReplyDelete
  2. Best bila buat majlis dan dpt kumpulkan kawan2 yg dh lama x jumpa....SA je x jumpa2 lg kawan2...ntah bila nk buat gathering...asyik bersosial kat FB je

    ReplyDelete
  3. betul tuh atie ..kalau asyik dok tangguh2 mmg rs terbeban kan...abg aidan kami buat after 7 hari lahir..arissa pun...yg mak nie sendiri tak sure bapak ms susah2 dl dah buat ker blom...hehehe..
    besar jgk tuh kenduri kalau dalam 100 orang....moga pa'e menjadi anak yg soleh ..inshaallah..

    ReplyDelete
  4. SERONOKNYA ... TU LE AKAK PUN X BUAT LAGI UNTUK SI KECIK TU...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tapi saya tak buat pon untuk anak saya.. :(

    ReplyDelete
  6. assalam atie...alhamdulilah terlaksana segala hajat....

    ReplyDelete
  7. malaysia online boutique http://www.padieka.com/

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..semuanya dah berjalan lancar n yang penting semua dapat meraikan..Abang pa'e pon nampaknya seronok sebab kawan-kawan dia ramai yang datang..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. majlis berjln lncr.. xpela bru buat pom. Nk buat mjlis pom kna ada.budget lebih kan..

    Alhamdulillah atie.n blog dh back to normal. Sori sgt.. bru smpt singgah ni

    ReplyDelete
  10. cantik kad tu atie..kreatip jugak ni..
    buat makan2 suka tapinya lepas tu penattt.. hahahaa bab mengemas tu yang malas skit..
    100orang 2ekor kambing memang puas makan la sumer..kena plak kambing golek kejap jerk licin..

    ReplyDelete
  11. Betul Atie kalau akikah belum tertunai terasa macam ada sesuatu yang tak cukupkan kita ni sebagai ibu bapa....Syukur segalanya dah selesai. Moga ibadah kita diterima Allah. Insyaallah

    ReplyDelete
  12. takpela...janji buat ikut kemampuan...dah selesai dah memang rasa lega kan...

    ReplyDelete
  13. Semoga si anak menjadi anak yang soleh dan penyejuk mata buat ibu dan ayah.. Insha-Allah.. =)

    ReplyDelete
  14. Amin...alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Meriah ☺

    ReplyDelete
  15. 2 majlis dlm satu ni . dpt buat gathering mmg best . semoga pa'ie manjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggan atie dan family ... aaamin .

    ReplyDelete
  16. moga jadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat pa'e aminnnnn

    takpe kak lambat pun. yang penting dah selesai kan :)

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..